Kursus Kecantikan & Estetik Diploma TVET di Promasterskill Academy

Hai dan Salam sejahtera korang,

Ramai lepasan SPM, graduan, malah pemilik salon dan spa kini memilih TVET (Technical and Vocational Education and Training) sebagai laluan kerjaya mereka.

Kenapa? Sebab bidang kecantikan dan estetik bukan sahaja ada permintaan tinggi, malah ia industri yang terus berkembang, bukan sahaja di Malaysia, tapi juga di peringkat antarabangsa.

Kalau sebelum ini orang fikir kursus kecantikan sekadar belajar makeup atau facial, realitinya kelas TVET kecantikan jauh lebih menyeluruh sebab merangkumi teori, latihan praktikal hands-on, dan juga pendedahan kepada trend global.



Promasterskill Academy – Akademi TVET Kecantikan Bertaraf Antarabangsa

Promasterskill Academy (Wisma Promaster Skill Global) ialah sebuah institusi latihan kemahiran berdaftar (TVET) yang memang fokus kepada bidang kecantikan, estetik dan keusahawanan yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

Diterajui oleh I.s (Dr) Teacher Mastura Hj. Idris, seorang pakar estetik bertaraf antarabangsa, akademi ini komited melahirkan pelajar yang kompeten, kreatif, dan berdaya saing dalam industri kecantikan yang memang ada lebih daripada 20 tahun berpengalaman didalam industri kecantikan.

I.s (Dr) Teacher Mastura Hj. Idris juga memiliki sebuah spa kecantikan yang terletak di Cheras, The Beauty Expert Aesthetics & Academy Cheras yang memang telah dikenali sebagai salah satu spa muslimah kecantikan yang terbaik di Cheras.

I.s (Dr) Teacher Mastura Hj. Idris

Pengalaman Sertai Kelas Pembuatan Lip Scrub di Promasterskill Academy

Selain daripada kelas kursus Diploma kecantikan dan estetik, Promasterskill Academy juga turut menawarkan kursus jangka pendek untuk pensijilan yang diiktiraf SKM. Ada kursus 1 hari dan 2 hari untuk kursus jangka pendek.

Rezeki saya sebab dapat sertai kursus pembuatan lip scrub yang sangat hands-on dan mudah! Dengan bantuan daripada tenaga pengajar, peserta diberikan ilmu tentang lip scrub dan of course cara nak buat sendiri lip scrub. Lepas ni boleh la buat sendiri atau jual produk sendiri. Hehe


Apa yang membezakan Promasterskill Academy ialah pendekatannya yang holistik:

 Teori berasaskan standard industri;
 Latihan praktikal hands-on;
 Pendedahan kepada trend global;
 Bimbingan ke arah keusahawanan & kerjaya profesional;
 Pilihan kelas TVET kecantikan yang ditawarkan.


Pilihan Program RPEL - Diploma TVET di Promasterskill Academy

Promasterskill Academy menawarkan ebih daripada 25 kursus program RPEL - Diploma TVET dalam bidang kecantikan & estetik. Antaranya:

1. Kursus Estetik Profesional: 
Fokus kepada rawatan kulit, facial, spa, dan teknik penjagaan wajah mengikut standard terkini.

2. Kursus Makeup & Kecantikan Moden:
Melatih pelajar dalam bidang solekan profesional, dari asas hingga advanced, sesuai untuk kerjaya sebagai makeup artist.

3. Latihan Spa & Terapi Badan:
Menyediakan kemahiran urutan, rawatan badan, dan spa therapy, dengan gabungan teknik tradisional & moden.

4. Kursus Keusahawanan Kecantikan:
Bukan sekadar belajar skill, tapi juga bagaimana untuk buka salon atau spa sendiri, urus pelanggan, dan bangunkan jenama.

Kursus Kecantikan & Estetik Diploma TVET di Promasterskill Academy

Promasterskill Academy: Kelas TVET Kecantikan Untuk Bina Kerjaya & Keusahawanan

Siapa Sesuai Sertai Kelas TVET Ini?

✔️ Lepasan SPM / Diploma yang nak bina kerjaya dalam bidang kecantikan.
✔️ Pemilik salon & spa yang nak upskill staf atau tambah servis baharu.
✔️ Graduan / individu bekerja yang mahu tukar kerjaya ke bidang estetik.
✔️ Usahawan baru yang nak mula bisnes kecantikan dengan asas kukuh.

Kenapa Promasterskill Academy Jadi Pilihan?

✔️ Latihan diiktiraf & bertauliah
✔️ Pensyarah berpengalaman industri
✔️ Modul teori + praktikal menyeluruh
✔️ Fokus kepada kemahiran & keusahawanan
✔️ Graduan bersedia untuk pasaran kerja tempatan & antarabangsa


Bidang kecantikan bukan sekadar “cantik-cantik”, tapi ia industri yang mampu menjana kerjaya, pendapatan, dan bisnes yang kukuh.

Melalui kelas TVET kecantikan Promasterskill Academy, korang bukan sahaja belajar skill, tetapi juga diasah untuk menjadi tenaga mahir bertaraf antarabangsa dan berpotensi menjadi usahawan kecantikan berjaya.

Jadi kalau korang sedang mencari kursus TVET kecantikan bertauliah di Malaysia, Promasterskill Academy adalah pilihan yang tepat. Paling best, semua orang boleh belajar tau!


Wisma Promaster Skill Global
No. 6B & 6C, Jalan Suarasa 8/4, Town Park 1,
Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.
Contact:  011-29821327 | 014-549 8392 | 03-90815439

Instagram: https://www.instagram.com/promastertvetacademyhq
Facebook: https://www.facebook.com/share/1CLCZ2NNW1/?mibextid=wwXIfr
Tiktok: https://www.tiktok.com/@akademibeautyexpert

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS