Daftar Larian 5KM & 10KM Coway Run 2017

Hai korang.

Pakar air Coway (M) Sdn Bhd bakal menganjurkan Larian Coway Run 2017 yang pertama kali pada 7 Mei 2017 di Starling Mall, Damansara Uptown.

Event: Coway Run 2017
Tarikh: 7 Mei 2017
Lokasi: Starling Mall, Damansara Uptown

Dengan harapan untuk mendidik orang ramai bahawa larian jarak jauh bukan sahaja untuk pelari profesional, tapi juga untuk orang ramai, Larian Coway Run berniat untuk memperbetulkan pandangan orang ramai terhadap sukan ini.


Antara yang akan turut serta dalam Larian Coway Run 2017 adalah Jordan Yeoh dan Carey Ng. Mereka dilantik untuk menjadi duta untuk Larian Coway Run 2017 kerana mereka berjaya membuktikan bahawa ratu kecantikan dan model fitness juga mampu menyertai larian jarak jauh.


Kata Mr Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway, Larian Coway Run 2017 akan menjadi titik permulaan untuk pesertanya dimana mereka akan berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sama, bergaul dan motivasi sesama mereka untuk mencapai kehidupan yang sihat.

Coway percaya bahawa dengan menjalani hidup sihat dan meminum air Coway, maka seseorang individu boleh mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan produksi harian dan mencapai kesihatan yang optima seterusnya menjadikan kehidupan mereka lebih baik dan gembira.


Larian Coway Run 2017 yang pertama kali diadakan ini akan dipertandingkan dalam beberapa kategori dengan jarak 5KM dan 10KM yang terbahagi kepada 4 kategori iaitu lelaki dan wanita vateranlelaki dan wanita terbuka (untuk 18 tahun dan keatas).

Pemenang untuk Larian Coway Run 2017 akan membawa pulang wang tunai RM 1000 untuk tempat pertama, RM 800 untuk kedua, RM 500 untuk tempat ketiga dan RM 150 seorang untuk tempat keempat dan kelima beserta medal untuk setiap seorang.

Untuk yang tak menang juga akan membawa pulang medal eksklusif sekiranya mereka berjaya menghabiskan larian mengikut jarak mereka. 

Larian Coway Run 2017 hanya dibuka peyertaan untuk warganegara Malaysia sahaja dan mensasarkan penyetaan sebanyak 5000 orang.


Coway Run 2017
7 Mei 2017
Starling Mall, Damansara Uptown

Pendaftaran
5KM: RM 40
10KM: RM 50

Berminat? Jom daftar di www.myraceonline.com. 
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 April 2017.

Coway Run 2017
Facebook: Coway Malaysia
Hashtag: #CowayRun, #BetterWaterForABetterLife

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS