Wednesday, November 1, 2017

Ikhtiar Hamil Dengan Supplement Mamteen

Assalamualaikum dan hai korang.

Setiap pasangan yang dah berkahwin mesti nak zuriat sendiri walau cepat atau lambat pun, termasuklah aku. Tipu lah kalau deorang cakap taknak. Aku sendiri pun ada buat macam-macam ikhtiar untuk hamil.

 Tak semua orang diberi rezeki untuk ada anak sendiri dengan cepat. Ada yang baru nikah sebulan dah mengandung tapi ada juga yang dah kahwin 11 tahun tapi belum ada rezeki macam bintang tanah air kita Dato' Siti. Semua orang ada cara tersendiri dalam ikhtiar nak mendapatkan anak.

Ternampak Fatin Suhana ada post pasal produk baru dia kat Instagram, Mamteen. Not bad juga sebab Mamteen merupakan satu supplement susu, buah delima dan kurma yang boleh membantu untuk melancarkan haid aku.


Aku pun cuba PM dan lepas baca testimoni orang ramai, macam best je, jadi aku order sebotol. Nak cuba dulu mana tahu produk ni sesuai untuk aku ke. Sampai je terus excited nak cuba. Cara makan pun mudah, hanya ambil 1 tablet masa perut kosong. Ambil la dalam 2-3 tablet sehari.

Aku sendiri dah cuba Mamteen dalam 1 minggu. Aku dapat rasa badan lebih bertenaga dan otak pun macam best je, banyak idea dan asyik rajin je nak buat kerja. Sakit kepala aku pun macam kurang je. So far best la Mamteen ni.


Antara ramuan dalam Mamteen:
Maltodekstrin, Dekstrosa, Krimer bukan tenusu, serbuk susu skim, ekstrak jus delima, Vitamin C, ekstrak tomato, ekstrak bunga mawar, ekstrak kurma, serbuk DHA, ekstrak brokoli, ekstrak daun zaitun, serbuk Saffron.

 

Bahan utama yang ada dalam Mamteen adalah susu, delima dan kurma. Mamteen ni sangat bagus tau, sebab kandungan ramuan utama dia. Selain daripada membantu orang yang tengah ikhtiar hamil, antara kebaikan lain susu, delima dan kurma adalah:

⇒ Susu: Susu kaya dengan zat besi. Kalsium dalam susu menguatkan tulang dan magnesium memberikan kekuatan kepada jantung dan sistem saraf. Selain tu, susu mengandungi “Conjugated Linoleic Acid” (CLA) yang membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan reaksi alergi makanan.

⇒ Delima: Delima terbukti bagus untuk ibu yang mengandung kerana mampu memberi tenaga dan mengurangkan alahan semasa kehamilan. Delima juga mampu mengurangkan rasa mual dan mencegah keletihan.

⇒ Kurma: Mengandungi 50% hingga 57% tahap glukosa (memberikan tenaga) sebab tenaga diserap serta merta selepas makan kurma. Selain tu, kurma juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.


Sebotol Mamteen ada 30 biji tablet kunyahan. Rasa dia jujur cakap pelik sikit sebab ada rasa serbuk saffron. Tapi boleh je aku makan dan kunyah, cuma tak ada la sedap macam manis sangat. Kiranya normal je rasa dia.

Supplement Mamteen sesuai diambil untuk orang yang ada masalah haid tidak teratur, sedang ikhtiar hamil atau sedang hamil dan ibu yang menyusu sebab Mamteen berfungsi sebagai makanan tambahan (supplement) yang membantu memberikan tenaga dan menstabilkan hormon wanita.

Kalau korang nak cuba jugak, boleh tengok harga kat bawah dan pergi order melalui Facebook atau Instagram deorang. Nak baca banyak testimoni pun ada kat sana. Mana la tahu kot Mamteen dapat membantu korang dapat baby ke :)

Harga (30 tablet/sebotol):
RM 65.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 69.00 (Sabah & Sarawak)

Mamteen
Facebook: www.facebook.com/mamteenHQ/
Instagram: www.instagram.com/mamteenhq/



Till then,

17 comments:

  1. Bgus khasiatnye.. tq share.. fara pon tgh mncri milkbooster...

    ReplyDelete
  2. menarik ni..boleh cuba untuk ikhtiar dapatkan zuriat

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah. Moga dipermudahkan usaha masing-masing kan.
    Boleh juga mencuba pil Maharani jika ingin menambahbaik dalaman wanita.

    ReplyDelete
  4. Nampak ingredient dia macam sedap.. Semoga cepat dapat rezeki ya..

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  5. Best yang awk post ni. Harap semua akan tau dan menjaga badan sendiri.

    ReplyDelete
  6. wow! good on you! Hope everything goes well!

    ReplyDelete
  7. Bagus at least you tried to take care of your health. Saya pun ambil supplement gak but not for hamil la. hahaha

    ReplyDelete
  8. This sounds like a good supplement for those who wants to get pregnant. I heard that taking folic acids can also helps. Good luck!

    ReplyDelete
  9. Whoa!! This sounds like an awesome supplement for women who wants to get pregnant. and The pomegranate has many benefits to our health. I will surely recommend this supplement with to my friend.

    ReplyDelete
  10. susu, delima dan kurma.. not bad, campur sekali, tentu rasa manis kan?

    ReplyDelete
  11. Oh interesting! We are planning to get pregnant, maybe I should try this supplement :)

    ReplyDelete
  12. Nowadays, many couples are trying but to no avail. This seems good for those who want to get pregnant.

    ReplyDelete
  13. How does this supplement help with getting pregnant? Wah, I belum kahwin. Bahaya ni. HAHAHA

    ReplyDelete
  14. bagus lah khasiatnyer... hahaha... must have more healthy body to support any baby...

    ReplyDelete
  15. One good nutrition that body need. Nowadays ppl have no more courtesy in taking own meals.. so supplements always the best for busy lifestyle friends, especially those hoping for baby

    Racheal

    ReplyDelete
  16. Kak nina pun makan Mamteen ni... Tuk milk booster. Tambah susu.
    Sedap lak tu... Macam gula-gula :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^