Monday, March 19, 2018

Khazanah Unik di Ripley's Believe It or Not! Odditorium Genting Highland

Hai korang,

Siapa dulu suka tengok rancangan Ripley's Believe It or Not? Macam merepek kat benda yang ada dalam rancangan tu? Tapi, percaya lah, semua dalam tu memang wujud dan real!

Di Ripley's Believe It or Not! Odditorium korang perlu berfikir luar daripada kotak pemikiran. Kena lupakan benda biasa yang korang pernah tengok sebab semua pameran kat dalam ni akan memukau minda korang.

Di dalam odditorium ini, merupakan koleksi pameran yang paling pelik, paling jahat dan paling merepek dan tak masuk dek akal punya benda yang manusia cipta. Paling best, ini merupakan tempat koleksi tangkal bertuah (lucky talisman) yang paling banyak di dunia!


Kebanyakan yang dipamerkan kat sini pernah keluar kat dalam rancangan dia. Ada juga yang pernah masuk Guinness World Records. Whooaa. Bukan mudah nak tengok benda yang rare yang pernah pecah rekod dunia kan.

Percaya tak korang, kereta saiz penuh model Ferrari Testarossa diperbuat daripada 100% lantai dapur jenis kayu 'teak'. Rupa model kereta ni lebih kurang sama dengan model kereta yang dipakai oleh Leonardo DiCaprio dalam filem The Wolf of Wall Street.

Pintu kereta ni boleh buka dan tayar pun boleh berpusing bila kita pusingkan steering ok. Bayangkan, kereta pakai enjin biasa yang boleh bawak atas jalan dan boleh masuk air.

Kitchen Floor Ferrari


Dalam Ripley's Believe It or Not! Odditorium, banyak pameran interaktif. Pameran lampu-lampu tu macam dah biasa, tapi ada juga pameran yang korang boleh cuba. Kotlah masa ni korang baru tahu yang ada potensi nak pecah rekod atau masuk dalam rancangan dia.

Kotak real orang masukkan badan yang fleksible lagi kecik tau.

Boleh tak korang gulungkan lidah korang? Tengok cermin cuba.


Banyak juga pameran kat sini yang diperbuat daripada bahan terpakai. Unik dan menarik. Paling penting, sesuai sangat buat port untuk korang yang suka bergambar dengan benda unik macam ni. Siapa yang suka dengan seni, sejarah dan membaca pun mesti suka dalam ni.



Gigi ni merupakan gigi sebenar zaman pra-sejarah dari ikan jerung spesis Megalodon yang merupakan keluarga jerung spesis Jerung Putih. Megalodon boleh membesar sehingga panjang 45 kaki dan ada hampir 300 batang gigi sepanjang 7 inchi !

Megalodon lebih besar daripada kebanyakan kapal pejuang Perang Dunia ke-2 dan rahang gigi deorang boleh gigit dan hancurkan sebiji kereta kecil.


Sebenarnya dalam Ripley's Believe It or Not! Odditorium ni ada beberapa bahagian macam bahagian seni art, pra sejarah, zaman batu, bahagian pamerak biasa dan beberapa lagi bahagian interaktif aktiviti. Boleh join semua kalau berminat.

Kalau korang masuk kat bahagian pra-sejarah, ada koleksi tangkal ajaib. Kat bahagian ni sebenarnya banyak je saya ambil gambar, tapi bila nak letak kat dalam blog macam scary sikit. Ada banyak koleksi topeng muka zaman dulu. Mayat ikan duyung pun ada.


Genuine Shuar Indian Shrunken Human Head c. 1900. (Tsantsa: Kepala orginal manusia)

Yang nampak macam dia tengah pegang tu sebenarnya adalah kepala orang dewasa. Kaum Shuar Indian daru Ecuador akan ambil kepala musuh deorang dan kecilkan sampai hanya sebesar penumbuk sebagai trofi untuk deorang.

Untuk mengecilkan kepala orang tu, deorang akan potong bahagian belakang kepala untuk keluarkan tempurung kepala. Kemudian, batu panas dan pasir akan dimasukkan untuk mengisi ruang kosong tu dan direneh didalam air herba.

Genuine Shuar Indian Shrunken Human Head c. 1900 dikenali sebagai Tsantsa.

Masuk kat bahagian warna dan interaksi macam ni, perlu lah cuba. Walaupun sebenarnya macam tak faham apa yang berlaku, tapi buat-buat je lah main. Orang otak berseni faham lah, orang kaki game amcam kami ni, acah-acah amik gambar je.




Sebelum habis tu, masuk ke zaman dinosaur dan ada beberapa pameran binatang. Ada replika binatang terbesar semua. Banyak info menarik dapat kat dalam ni. Memula ingatkan deorang reka cerita je, rupanya memang rea dan wujud tau.


Realistik kot dua patung ni. Kalau lalu siap ada flash macam kita photobomb dia.

 
Lukisan kat atas ni dibuat menggunakan 100% bulu anjing dia. Wew.

Pameran orang zaman dulu macam mana deorang akan di hukum dan didera. Scary wei.



Bayar RM30 so far memang berpuas hati dengan semua pameran yang ada kat dalam ni. Saya sendiri habiskan masa dalam 1 jam lebih jugak dalam ni. Itupun ada beberapa benda yang saya tak habis cuba. Sesuai sangat kalau datang bercuti kat Genting Highland.

Harga tiket:
RM30 Dewasa, RM25 Kanak-kanak

Ripley's Believe It or Not! Odditorium
Level 4, SkyAvenue, Resorts World Genting.

Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^