Tuesday, April 10, 2018

Stesen MARDI Bagan Datuk: Syurga Produk Kelapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Ramai yang tak tahu, pada zaman dulu, industri kelapa memang sangat popular seperti industri pokok getah di Malaysia. Kawasan tanaman pokok kelapa yang paling besar dan popular adalah di Bagan Datuk, Perak. 

Tapi, prestasi industri kelapa yang tak berapa baik sejak beberapa tahun lepas telah mendorong usaha kerajaan untuk mengembalikan kedudukan ekonomi industri ini supaya lebih kukuh dan mampu bersaing dengan produk agro yang lain.

Makanya, wujudlah Stesen MARDI Bagan Datuk, Perak yang bukan seperti stesen MARDI yang lain yang ada banyak jenis pokok dan buah, tapi stesen MARDI di Bagan Datuk hanya fokus kepala industri agro kelapa.


Sesampainya rombongan kami di Stesen MARDI Bagan Datuk, kami diberikan taklimat tentang aktiviti kami pada hari tu. Lepas tu, jadi pekerja ladang kejap sebab kami dibawa dengan menaiki lori untuk ke dalam ladang tapak tanaman kelapa.

Kami diajar dan diberikan penerangan mengenai pembenihan, pendebungaan kelapa dan cara mengenal-pasti jenis pokok kelapa dan buah yang berkualiti dan pemprosesan minyak kelapa dara.



Seumur hidup baru saya tahu yang sebenarnya pokok kelapa pun ada banyak jenis. Saya ingatkan pokok kelapa sama jenis, cuma ada yang tinggi dan ada yang rendah saja. Maka mereka tunjukkan cara macam mana nak buah pembenihan kelapa hybrid. 

Proses pembenihan kelapa hybrid sangat penting sebab ia boleh menghasilkan pokok kelapa yang mengeluarkan buah yang lebih berkualiti. Selain tu, ia juga mampu mempercepatkan proses pembungaan dan buah kat pokok tu.



Antara proses untuk pembenihan kelapa hybrid adalah:

1. Pengasingan benih jantan dan biji betina;
2. Benih jantan akan diambil, dihancurkan dan akan diproses menjadi polen;
3. Proses polinasi akan dibuat dalam seperti gambar plastik kat bawah;

Yang kecik macam padi tu biji jantan, dan yang bulat tu benih betina.


Selepas proses perkahwinan benih jantan dan biji betina tadi, dalam masa 3-4 hari, dah boleh nampak yang biji tu keluarkan nektar. Nektar ni macam cecair yang menunjukkan proses tu dah berjaya. Lepas dah berjaya tu, baru plastik tu akan dibuka.

Lepas proses tu, akan ada lebih kurang 12 biji yang berjaya, tapi hanya 3 yang dikekalkan dan lain dibuang supaya dahan pokok kelapa itu hasilkan buah kelapa yang berkualiti dan baik. Jadi takde lah buah kepala yang busuk dan hitam.

Dah buka tu, dalam lepas 4-5 hari, boleh nampak biji betina yang berjaya tadi bewarna hitam macam ni. Warna hitam macam tu tandanya nanti jadilah buah kelapa. Dalam masa 1 tahun buah kelapa akan luruh sendiri bila dah ready.


Saya jenis suka dengan air kelapa, tapi tak pernah pula belajar macam mana nak kupas kulit kepala jadi bulat tu. Kalau nak minum kelapa selalu saya belah dua je buah yang ambil daripada pokok tu. Pertama kali juga belajar macam mana nak kupas.

Nak kupas kulit pun ada teknik. Silap langkah, kang isi perut saya yang terburai. Tapi, bila dapat merasa air dari buah kelapa yang saya kupas tadi, feel dia punyalah syok. Sekali nasib saya baik, siap dapat tombong kelapa.



Selepas itu, saya dibawa untuk melihat proses pengambilan minyak kelapa dara, original ambil daripada bahagian putih kelapa yang dah dikeringkan. Patutlah dipanggil minyak kelapa dara sebab hasil dia tak campur dengan apa-apa.

Minyak ni popular sebab ada banyak kebaikan dia. Boleh diambil secara dalaman (minum) dan luaran. Kat sini boleh dapat dengan harga RM15.00 sebotol sahaja.



Datang sini, ke syurga kelapa tak sah kalau tak merasa air kelapa telur yang popular tu. Tengok macam mana deorang kupaskan dan potong kepala untuk jadikan kelapa telur ni. Memang agak susah nak potong dia, no wonder mahal sikit.

Tapi takpe, air kelapa kat sini sedapnyaaa. Minum semasa tengah hari panas pula kan.


Maklumat lanjut mengenai Penyelidikan Kelapa di MARDI, hubungi Stesen MARDI Bagan Datuk di talian; 05-6489242

Entry ini diterbitkan sempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri 5 -  Edisi Bagan Datuk anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.


Till then,

19 comments:

  1. Nikmatnya dapat minum and makan buah kelapa. Lawatan ke MARDI ni open for public tak ek?

    ReplyDelete
  2. Gigih ya panjat kelapa itu. Super woman sungguh !! Suka inisiatif yg diambil oleh pihak MARDI dalam mempertingktkan jumlh pengeluaran produk pertanian. Best lwatan ke sini. Timba banyak ilmu

    ReplyDelete
  3. Hahaha..bergaya sungguh panjat pokok kelapa ya..kalah pemanjat kelapa. Nasib baik pokok tu rendah je. Yang best tu lps panjat terus dapat minum air kelapa..sure fresh badan

    ReplyDelete
  4. Amboiii... Kemain lagi panjat pokok kelapa tu.. Hehehe... Tahu kelapa yang hijau dengna kelapa laut tu. Tapi kelapa hybrin ni baru tahu and 1st time dengar. Best nya dapat minum air kelapa fresh. Bagus minum air kelapa untuk immune sistem badan juga.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ada program macam ni. Baru tahu macam mana proses pembenihan kelapa hybrid. Mungkin ada yang tak tahu kan. Bestnya dapat minum air kelapa. Nak nak kalau tengah panas kan...

    ReplyDelete
  6. Syok nya dapat melawat stesen mardi ni... Banyak nya pokok kelapa... air kelapa memang sedap..

    ReplyDelete
  7. Baru tahu pokok kelapa pun kahwin ya, tq sharing info menarik macam ni. Dulu kat sekolah tak belajar pembenihan kelapa. Dah tahu rasa macam menarik pulak.

    ReplyDelete
  8. adoi sedap dapat nikmatii air kelapa segar2...tapi kelapa ni mmg dari segi sains dia banyak sangat khasiat dan banyak kegunaan dalam kehidupan seharian

    ReplyDelete
  9. Ramai nih yang buat tulisan tentang surga kelapa di Bagan Datuk. Apa ramai blogger yang berkunjung kesana? Ini di Perak kan ya?

    ReplyDelete
  10. Whoa! Gigih cik Zayani kopek kelapa. 😂 I remember my grandma hse byk tanam kelapa yg kuning Tu. Join FAM agro ni memang banyak belajar kan? 😊

    ReplyDelete
  11. wah tu dia, panjat panjat nak viral lagi ke kak oiii, hehehehe...
    gadis bertudung memanjat pokok kelapa...
    heehehhehe... apa pun kelapa memang banyak benefits.. air dia memang sangat bagus untuk sejukkan badan...

    ReplyDelete
  12. Seronok ha pi la dang pokok kelapa naik Lori eh. Kemain korang. Hahahaha. Ada kelapa muda tak tu? Sedapnya waktu panas-panas sambil potong kelapa tu dapat minum sebiji dua kelapa muda. Ekekeke

    ReplyDelete
  13. Such a good experience as you get to try how to memerah coconut. I also never try climb up the coconut tree and pluck the coconut. I love this trip.

    ReplyDelete
  14. Hahaha kalau ambil gambar dari bawah mesti ramai orang ingat yani panjat pokok kelapa tinggi... Ada pelbagai jenis kelapa ek dekat sana...

    Rindu nak minum air kelapa puas2 macam zaman kecik2 dulu

    ReplyDelete
  15. Nice.... Never know got such place... I thought only climb, pick and drop to lorry... The rest factory will do... But here different... They still keep the traditional way... Wow you can climb too..

    ReplyDelete
  16. Bagus ada inisiatif sebegini - membantu menggalakkan ekonomi tempatan dan sekaligus menggiatkan penduduk setempat. Chaiyok!!

    ReplyDelete
  17. Comel betol pokok kelapa tu. Pokok kelapa mawar ke? Eh tersebut nama sendiri pulak. Apapon mmg bnyak kegunaan pokok kelapa ni

    ReplyDelete
  18. Syioknya kalau dapat minum ayaq nyior campur lemon.. Refreshing gila rasanya. Tapi AS baru sangat lagi bersalin nya. Kena tunggu sampai baby umur setahun baru boleh minum air kelapa balik..ohh~ Teringin yakmat.

    ReplyDelete
  19. Wah menariknya air kelapa telur tu! Ika nak try. Wahh pandai panjat pokok je. Ika tak pandai.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^