Sunday, July 29, 2018

Peniaga Makanan dan Minuman Kena Sertai Galeeveurs

Hai dah salam sejahtera korang,

Baru-baru ni sempat saya ke majlis pelancaran sistem terbaru daripada Kumpulan Galeeveurs, yang diwujudkan khas untuk restoran atau hab F&B (food & beverages) terutamanya untuk mereka yang menghidangkan makanan tradisi dan tempatan.

Tahniah kepada Galeeveurs kerana berjaya melancarkan Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B (Integrated F&B Incubator Ecosystem) yang pertama di Malaysia yang menawarkan servis khusus untuk mereka yang dalam industri makanan dan minuman di Malaysia.


Kalau korang mempunyai kedai makan atau restoran makan, yang berniat nak kembangkan ke banyak cawangan, Galeeveurs boleh membimbing anda dari A sampai Z macam mana nak uruskan satu restoran sampai lah ke beratus cawangan.

Matlamat utama Galeeveurs wujudkan servis ini adalah supaya mereka boleh mengekalkan warisan makanan tempatan bagi generasi yang akan datang. Bayangkan, kalau dah dekat berpuluh tahun buka kedai makan, kalau tak ada pengurusan yang betul, kan rugi boleh tutup.



Mereka yang akan menguruskan Galeeveurs memang boleh tahan pakar orangnya. Tak rugi kalau korang belajar dan ambil servis daripada mereka. Antara jenama makanan dan minuman yang diuruskan oleh Galeeveurs setakat ini termasuklah Kim Lian Kee, Ten Years dan Sunny Cha.

Galeeveurs yang diuruskan oleh beberapa orang pakar, menawarkan 6 servis iaitu:

1. Strategi penjenamaan dan pemasaran,
2. Servis pengurusan,
3. Kilang produksi sentral,
4. Pendidikan mengenai makanan dan minuman,
5. Perkembangan IT,
6. Bantuan kewangan.


Setakat ini Galeeveurs mensasarkan peniaga tempatan dan operator makanan dan minuman kerana misi utama mereka adalah untuk mengekalkan keaslian makanan tempatan. Jadi kalau yang ambil servis ini, mereka akan melalui 6 proses tadi sampai berjaya. 

Idea servis Galeeveurs ini diwujudkan kerana mereka percaya bahawa makanan tempatan Malaysia mempunyai satu keunikan dalam menyatukan orang ramai serta mengimbau kenangan sewaktu kecil dan ada potensi yang akan baik kalau dinaikkan ke taraf global.



Selain itu, Galeeveurs juga bercadang untuk membina satu hab untuk pemilik perniagaan makanan dan minuman untuk berkembang. Hab ini akan menempatkan perkongsian tempat kerja yang disediakan kemudahan dapur dan bar, bilik pelancaran produk dan pameran. 

Sesuai sangat untuk korang yang nak mulakan perniagaan tapi tak ada modal untuk sewa lokasi atau kedai. Boleh saja sewa di hab ni.


Info tentang hab inkubator dan servis yang ditawarkan oleh Galeeveurs
Email: joinus@galeeveurs.com



Till then,

1 comment:

  1. Artkikelnya Bagus banget gan,jangan lupa singgah juga ya,Makasihh ^_^ AGEN BANDARQ

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^