Friday, October 19, 2018

Unik! Nasi Briyani Dalam Kelapa di TTDI

Hai korang,

Siapa kat sini peminat nasi daun pisang? Kalau ada, kita geng! Dulu masa zaman belajar kat Melaka, merata-rata ada restoran makanan nasi daun pisang yang sebagai orang Islam selesa dan yakin nak makan. Kat KL susah nak jumpa.

Sampailah ada seorang kawan saya perkenalkan Restoran Mahesha yang terletak di TTDI. Lokasi kat tengah-tengah KL yang takdelah jauh sangat dengan saya. Buat pulak haritu ada pelancaran menu terbaru mereka, rugi lah tak datang cuba kan.



Senang je nak jumpa Restoran Mahesha. Dari tepi jalan pun dah nampak. Restoran ni memang terkenal dengan hidangan nasi daun pisang dia yang sedap, original dan sedap. Sebab tu selalu ramai orang. Waktu makan tengah hari lagi ramai.

Tapi kali ni, saya nak cuba deorang punya menu popular dan baru, "Baby Coconut Briyani Rice" atau nasi briyani dalam kelapa. Amacam, rare tak menu ni?



Baby Coconut Briyani Rice ada banyak pilihan. Ikut korang lah kalau nak pesan lauk ayam, kambing, sayuran (vegetarian), itik, ikan pari atau ketam. Harga pun boleh tahan untuk 1-2 orang punya makan tengah hari. Portion memang banyak.

Chicken Briyani: RM18.90
Mutton Briyani: RM19.90
Duck Briyani: 19.90
Stingray Briyani: RM18.90
Crab Rasam Briyani: RM14.90
Vegetables Briyani: RM13.90

Jangan risau pasal Halal sebab mereka punya sumber daging dan ayam semua ambil direct daripada SEGI Fresh. InshaAllah Halal.



Setiap set hidangan Baby Coconut Briyani Rice akan dihidangkan sekali dengan raita, chutnet dan papadom. Tak layan lah kalau makan nasi daun pisang tapi takde 3 benda tu kan.

Tengok lah, nampak je kelapa tu macam kecil, tapi seriously banyak. Makan sorang memang tak habis (tapi sebab sedap sangat, saya habiskan juga seorang makan :D).

Rarenya di Restoran Mahesha, nasi briyani ni tak terlalu kering. Jadi bila makan semua tu, boleh cakap semua yang dalam mulut tu macam dikisar sekali dan jadi sedap. Walaupun macam pelik, saya boleh cakap rasa kelapa tu yang bagi sedap.



Pertama kali juga rasa nasi briyani dengan kelapa. Ingatkan rasa dia akan jadi pelik, tapi sedap juga rupanya. Nasi briyani tu akan dimasak dan distim didalam kelapa ni, so rasa isi kelapa tu akan masuk dan masak bersama dengan rempah dalam nasi tadi.

Sebab tu isi kelapa tu jadi lembut dan sedap. Nasi pun tak kedekut, penuh dalam kelapa tu deorang sumbatkan nasi, dengan terasa dan bau wangi minyak sapi, ada kacang gajus, daging pilihan tadi, telur rebus dan sedikit kerisik kelapa.

Pilihan tambahan, korang boleh add on jelly kelapa home-made dengan harga RM2.00 je. Sedap jugak, rasa lain daripada yang lain. Lagi layan sebab saya pesan sekali dengan air kelapa. Sedap minum air tu musim panas macam ni.


Waktu operasi: 5AM - 2AM (Setiap hari)

Restoran Mahesha
36, Jalan Tun Mohd Fuad 1,
Taman Tun Dr.Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Contact: 03-7732 5408
Facebook: www.facebook.com/RestoranMahesha


Till then,

2 comments:

  1. First time ni nampak nasi briyani dalam kelapa. Tempat lain tak oernah buat lagi. Boleh try nanti ni

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^