Thursday, November 1, 2018

The Kuala Lumpur Major: Peluang Terakhir Untuk Dapatkan Tiket Kejohanan

 Hai korang,

Siapa kat sini peminat Dota 2? Tahu kan yang ada satu pertandingan besar, The Kuala Lumpur Major akan diadakan di Malaysia nanti? Nak bagitahu berita gembira yang tiket untuk korang menyaksikan kejohanan ini masih lagi ada!

Kejohanan Dota 2 The Kuala Lumpur Major akan berlangsung pada 16 hingga 18 November di Axiata Arena, Bukit Jalil. Kejohanan ini melibatkan 16 pasukan antarabangsa yang akan bertanding untuk merebut wang hadiah terkumpul lebih dari RM4 juta.

The Kuala Lumpur Major
Tarikh: 16-18 November 2018
Lokasi: Axiata Arena, Kuala Lumpur.



The Kuala Lumpur Major yang merupakan kejohanan yang terbesar di Malaysia dan yang merupakan kejohanan Dota 2 Pro Circuit Major (DPC) yang pertama kalinya dianjurkan di Asia Tenggara. Dianjurkan oleh PGL, eGG Network dan Imba TV mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Majlis Sukan Negara Malaysia.


15 daripada 16 pasukan yang akan berentap di The Kuala Lumpur Major:

Team Secret, Alliance, Ninjas in Pyjamas, PSG.LGD, Vici Gaming, Team Aster, Virtus.Pro, ferzee, Fnatic, TNC Predator, Evil Geniuses, Forward Gaming, Marchoutofarmy, paiN Gaming, paiN X. Slot terakhir akan diberikan kepada pemenang DreamLeague Season 10.

16 pasukan ini akan berlawan untuk mendapatkan hadiah terkumpul kejohanan yang bernilai  US$1,000,000 dan mata Dota Pro Circuit (DPC) Points sebanyak 15,000 mata DPC untuk berpeluang melayakkan diri ke The International 2019 di Shanghai.


Harga tiket The Kuala Lumpur Major 2018 boleh didapati dalam 3 kategori. Paling best, Tiket Immortal dan Ancient masih lagi boleh dibeli! Takkan nak lepaskan peluang.


Immortal RM600
- Tempat duduk khas berdekatan dengan pentas
- Goodies bernilai RM150
- Berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah
- Dapat berjumpa dengan pemain professional Dota 2

Devine RM330
- Duduk bebas di kawasan kedua stadium
- Berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah.
  
Ancient RM180
- Duduk bebas di kawasan ketiga stadium .

Beli tiket The Kuala Lumpur Major disini: https://myticket.asia/#event=15613422


Kali ni punya para host, caster, tukang interview, influencer dan star memang ramai dan banyak bakat baru yang khas dari Malaysia. Bangga lah kalau lepas ni ada orang Malaysia dapat host di kejohanan Dota 2 yang besar seperti The International (TI).

Beli tiket The Kuala Lumpur Major disini: https://myticket.asia/#event=15613422


The Kuala Lumpur Major
Website: www.thekualalumpurmajor.com

Facebook Kuala Lumpur Major: www.facebook.com/events/343197142892550
eGG Network: www.facebook.com/eGGNetwork
Hashtag rasmi: #KualaLumpurMajor


Jumpa korang disana !


With love,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^