Pasukan Esports Yoodo: Yoodo Gank (PUBG)

Hai korang,

Zaman sekarang ni, semua orang pakai telefon pintar. Ada orang pakai telefon untuk bersosial media, ada yang pakai untuk kerja dan ramai juga yang pakai telefon pintar mereka untuk bermain permainan online.

Permainan mobile yang popular sekarang adalah Player Unknown's Battlegrounds atau kita kenal dengan nama PUBG. Permainan PUBG memang popular sampai ada kejohanan besar, PUBG Mobile National Championship (PMNC).

Dah permainan mobile semakin menarik minat orang Malaysia, maka syarikat telco Yoodo tidak melepaskan peluang untuk masuk kedalam bidang esports dengan menjadi syarikat telco digital rasmi untuk PMNC bersama dengan Tencent Games.


Yoodo & Esports = Yoodo Gank

Yoodo telah memperkenalkan pasukan esports pertama mereka, Yoodo Gank yang juga merupakan Juara kejohanan Player Unknown's Battlegrounds Mobile National Championship (PMNC) tempoh hari. Pasukan Yoodo Gank kini diuuskan dibawah Gank Asia.

Empat orang pemain yang berbakat besar didalam pasukan PUBG Yoodo Gank adalah:

1) Kapten Aiman Amirul bin Mohd Said (ManParang), 22
2) Mohd Hazim bin Abd Hamid (Jimboy), 25
3) Abdul Azim Ikromi bin Andul Rashad (Draxx), 20
4) Muhammad Hafizi bin Baharudin (Geek), 23



Apa pendapat korang dengan pasukan Yoodo Gank ni? Korang rasa boleh kalahkan mereka tak? Kalau korang berani dan confident boleh kalahkan mereka, meh sertai perlawanan dalam talian "Beat-the-Champions".

Perlawanan ini akan diadakan pada setiap bulan. Semua pemain PUBG Mobile diseluruh negara boleh sertai. Kalau dapat kalahkan pasukan Yoodo Gank, korang boleh dapat hadiah wang tunai sebanyak RM600 dan RM50 kredit Yoodo.


Khas untuk pengguna pelan telefon Yoodo yang juga pemain PUBG Mobile, korang boleh menikmati tawaran pelan bermain PUBG dengan percuma tanpa sebarang cas dengan data sebanyak 20GB PUBG Mobile sehingga hujung April 2019.

Tahniah kepada Yoodo sebab menjadi syarikat telco yang pertama di Malaysia yang ada buat pelan spesifik untuk permainan mobile. Gamers PUBG Mobile sure suka dengan pelan macam ni. tak payah sedih data habis dan lag. 

Pakai Yoodo seronok sebab mereka menawarkan pilihan pelan mengikut jenis servis yang kita perlu. Korang boleh pilih samada nak minit bercakap, SMS, atau jumlah data bersama dengan tawaran pakej yang menarik. Sesuai untuk gaming, travel dan gaya hidup.


Untuk maklumat lanjut:
Website: www.yoodo.com.my
Facebook: www.facebook.com/yoodoMY


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS