Tuesday, March 5, 2019

Daging Striploin Sizzling dari NY Steak Shack

Hai korang,

Dah 5 tahun NY Steak Shack bertapak di Malaysia. Konsep restoran ,"Steak, Burger & Shakes" ini yang menawarkan pilihan menu daging stik premium dengan harga yang sangat berpatutan. Sesuai mereka yang teringin nak makan steak yang sedap dengan harga yang murah.

Baru-baru ini NY Steak Shack telah memperkenalkan 4 menu terbaru dari koleksi kombo sizzling steak. Saya sebagai peminat daging sizzling semestinya tak melepaskan peluang untuk mencuba menu terbaru mereka.

Korang boleh cuba menu kombo sizzling daripada NY Steak Shack bermula daripada 4 Mac hingga 28 April 2019.



NY Steak Shack betul peka dengan pelanggan beragama Islam sebab restoran mereka memang ada sijil Halal daripada JAKIM. Jadi, tak adalah nak was-was nak makan daging premium kat sini. Sekarang pula ada menu kegemaran sizzling saya.

Kat bawah contoh daging premiun yang NY Steak Shack pakai untuk pelanggan mereka. Boleh nampak mereka hanya akan pakai antara daging bahagian striploin atau rib eye. Tapi untuk menu terbaru sizzling ni, striploin.


NY Striploin + Southwest Chicken (RM52.80)

Peminat ayam yang baru nak mencuba daging sizzling kat NY Steak Shack patut cuba set ini. Pandai chef buat resepi ni sebab bukan sahaja striploin tu sedap, malah ayam tu pun sedap. Ayam tu rasa dia pedas-manis dan berempah.

Dihidangkan sekali dengan sos blackpeper dan butter bawang putih, pilihan kombo ini memang sangat sesuai untuk mereka yang pening nak pilih ayam atau daging.



NY Striploin + Smoked Beef (RM52.80)

Daging panggang ni merupakan satu menu yang rare juga sebab mana ada restoran sizzling jual set striploin sekali dengan daging salai macam ni kan. Menariknya tentang rasa dia, sedap dan pedas. Siapa yang suka pedas mesti suka.

Walaupun satu hidangan, korang boleh dapat 2 rasa yang berbeza didalam set ini. Ada striploin yang lebih kepada masakan barat, dan daging salai pedas untuk masakan Melayu. Recommended.



NY Striploin + Lamb Noisette (RM58.80)

Saya tak pernah lagu cuba makan daging bahagian Noisette. Noisette ni adalah bahagian tulang belakang kambing yang dipotong yang ada sum-sum tu. Daging bahagian ni lebih liat daripada bahagian lain, tapi manis.

Sesuai sangat bawa pasangan korang untuk cuba pilihan kombo ni sebab bukan mudah nak jumpa lamb noisette premiun yang murah dan sedap. Satu menu rare yang korang patut cuba.


 

NY Striploin + Beef Meatballs (RM48.80)

Walaupun menu ini lebih simple daripada menu yang lain, tapi menu ni pilihan ramai orang. Bukan sahaja daging striploin yang sedap, malah bebola daging dia pun sedap. Saya suka bebola daging yang lembut dan menggunakan 100% isi daging.

Tips saya: Jangan lupa untuk cicah bebola daging dengan sos pilihan korang dan campurkan sekali dengan butter garlic tu. Seriously akan jadi sedap sangat kuah tu nanti.



Menariknya, NY Steak Shack juga bekerjasama dengan syarikat 7Up, Mug Sarsapilla dan Nestle Ice Cream untuk memperkenalkan 5 pilihan minuman yang baru dan menyegarkan dengan harga RM8.80 sahaja.

1. Mug Sarsapilla Splash (sarsapilla dan ais krim vanilla),
2. Strawberry Lemonade (soda, strawberry dan lemon),
3. Cranberry Cooler (soda, cranberry dan oren),
4. Pina Coco (air campuran nenas dan kelapa),
5. Summer Fizz (soda, oren dan nenas).

Korang boleh dapatkan menu kombo sizzling daripada NY Steak Shack bermula daripada 4 Mac hingga 28 April 2019. Setiap set kombo didatangkan sekali dengan sos pilihan, bawang, jagung kernel, sayur stim dan kentang goreng.


NY Steak Shack
Website: www.nysteakshack.com
Facebook: www.facebook.com/nysteakshackmy

Outlet NY Steak Shack: Sunway Pyramid, IOI City Mall, Subang Parade, AEON Shah Alam, Sunway Velocity Mall, SOGO, Alamanda, Melawati Mall.


Till then,

1 comment:

  1. NY Steak Shack tak pernah lagi tak sedap. Seriusly LeYa dan Otomen menag menyukainya... Kelazatan hidangan memang berbaloi dengan harga yg disertakan. Okay...next...nak cuba yang baru ni pulak..ahahaha.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^