Wednesday, June 19, 2019

Makan Malam Ala Thai di Dapur Kita, KL Traders Square

Salam sejahtera dan hai korang,

Haritu, saya ada gathering dengan kawan-kawan. Memang ingat nak melepak kat KL je. Lepas cari restoran yang menghidangkan makanan ala-thai, maka kami pun jumpa Restoran Dapur Kita yang terletak di KL Traders Square (KLTS).

KLTS Dapur Kita merupakan sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai juadah masakan seperti masakan Thai, Melayu, goreng-gorengan dan banyak lagi. Restoran yang baru saja dibuka ini menawarkan pelbagai pilihan makanan.


Jujurnya, susah juga nak jumpa restoran makanan Halal yang masak makanan ala Thai ktat area Gombak dan Batu Caves, tapi jumpa juga Restoran Dapur Kita. Thanks kat membe yang recommend kedai ni sebab dia duduk area sana.

Sampai je kat restoran ni, tengok je menu terus rasa nak order semua. Menu yang mereka hidangkan adalah menu standard masakan ala-Thai. Harga pun normal, tak mahal dan tak murah sangat. Sesuai lah nak datang sikit atau ramai-ramai.


 

Ikan Siakap 3 Rasa

Ikan yang mereka hidangkan kat sini semua segar-segar dan dimasak hanya bila korang order. Menu ikan siakap tiga rasa merupakan salah satu menu wajib yang saya akan pesan setiap kali datang ke restoran makanan Thai.

Ikan siakap tiga rasa yang Restoran Dapur Kita hidangkan ada rasa keunikan yang tersendiri. Rasa pedas-masam-manis sos kuah dia bersama dengan ikan siakap yang baru lepas goreng merupakan satu kombinasi yang padu.

Saya suka sebab walaupun mereka sengaja masak dengan kuah yang banyak (sebab kami request extra kuah), tapi kerangupan ikan tu masih ada. Dahla ikan pun besar, takde lah berebut makan.



Ikan Siakap Stim Limau 

Setengah orang suka ikan siakap stim. Selalunya saya akan pesan stim halia, tapi sebab nak cuba menu baru, maka kami pun pesan ikan siakap stim limau. Not bad rasa dia, takde lah masam sangat seperti yang saya bayangkan.

Untuk stim limau, Restoran Dapur Kita menggunakan kombinasi limau purut dan asam keping untuk meningkatkan rasa limau dalam menu ni. Satu perkara yang saya suka dalam menu ini adalah mereka pandai masak supaya kita tak terasa kelat kulit limau tu.

Selalunya saya akan makan nasi bersama dengan kuah ikan siakan stim. Sebab tu saya suka kalah kuah dia tak terasa kelat limau tu. Maksudnya mereka tak terlebih masak, dan ikan pun masih lembut dan terasa stim limau tu.

 

 

Tom Yam Campur

Kalau datang restoran masakanan Thai tapi tak pesan tom yam memang tak sah. Bukan senang nak jumpa restoran makanan Thai yang boleh buat tom yam yang sedap. Satu perkara yang saya suka tentang tomyam kat sini adalah tom yam mereka ada macam-macam rasa.

Tom yam di Restoran Dapur Kita ada rasa masam-masin-pedas dan manis rasa seafood dia. Tom yam ni pedas sikit, sesuailah saya makan dengan ikan siakap stim yang tak pedas sangat.

 

Sayur Campur



Kailan Ikan Masin



Sambal dengan Timun

Setiap hidangan masakan disinidiberikan sekali dengan sambal dengan timun. Ala, korang pun faham-faham lah orang Melayu mana boleh makan nasi putih tanpa sambal. Timun pun fresh, tak lembek dan berair.


Pulut Kuning & Rendang Ayam 

Ya Allah, dah lama saya dok cari Rendang Ayam dengan pulut kuning. Susah betul nak jumpa. Alang-alang memang dah lama nak, rugi pula kalau tak cuba satu kan. Memang sedap betul ayam rendang dia.

Rendang dia boleh rasa keaslian masakan Melayu. Suka dengan kombinasi bahan masakan yang mereka pakai untuk masak rendang ni. Walaupun ayam tu seketul je, tapi padat dengan rasa yang keaslian rendang tu sendiri.

Kami beramai-ramai pesan 2 set untuk dikongsi, pun berebut. Padahal perut masing-masing dah kenyang dengan lauk dan nasi masakan Thai tadi. Berbaloi pesan dan cuba.Kalau tak pun boleh tapau bawa balik.

 


Untuk pilihan air, saya pilih Teh Tarik Madu. Pertama kali juga cuba air viral ni. Ingatkan pelik rasa dia sebab teh tarik campur dengan madu, rupanya sedap sangat. Sedap sebab rasa dia tak terlalu manis. Atas air tu, siap ada  krim susu lagi.

Masa tengok pilihan air kat sini, jadi rambang lidah nak pilih yang mana satu. Selain pilihan minuman biasa, ada juga pilihan milkshake yang terdiri daripada Milkshake Vanilla, Cappucino, Coklat, Green Tea, Mocha, Honeydew dan Kopi.



Restoran Dapur Kita
G80-Blok C, KL Traders Square, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur.
 Contact: 019-9092121
Facebook: www.facebook.com/KLTsDapurKita
Instagram: www.instagram.com/kltsdapurkita

Till then,

1 comment:

  1. Wahhh... Meriah betul dengan hidangan sedap-sedap... Macam-macam boleh dinikmati di Malaysia ni. Bertuah dan bangga dilahirkan di sini. Jom Makan now!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^