Thursday, September 26, 2019

Tahniah Matxi Corp Berjaya Masuk ke Pasaran Malaysia!

Hai dan salam sejahtera korang,

Pada 21 September 2019 yang lepas, saya telah dijemput untuk ke majlis ulang tahun Matxi Corp yang ke 2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Meriah juga majlis ni. Ada lebih kurang 2,000 ahli dan pengedar yang hadir.

Majlis ulang tahun ke 2 Matxi Corp yang bertemakan "Glory to Glory" ini diadakan untuk memberi anugerah dan pengiktirafan kepada pengedar mereka yang telah berjaya. Happy saya tengok banyak wanita yang berjaya mengubah nasib hidup dengan Matxi.

Di Vietnam, Matxi Corp terkenal dengan gelaran murah hati sebab setiap bulan, mereka gunakan 10% keuntungan bulanan untuk membantu orang yang susah. Selain itu, ada tabung Yayasan Amal Matxi yang disumbangkan ke Rumah Ah Nhien (Rumah kebajikan kanak-kanak dan orang tua).


Matxi Corp & Cik. Le Thi Hong Nhung

Matxi Corp yang sebelum ini dikenali dengan nama Matxi S.G. merupakan sebuah anak syarikat milik MIIC Holdings Sdn Bhd. Juga terkenal dengan slogan "You Deserve A Better Life" (Dalam bahasa Malaysia: Anda Berhak Memiliki Kehidupan yang Lebih Baik).

Matxi Corp merupakan sistem perniagaan online terbesar di Vietnam dan memberikan latihan perniagaan, pembanggunan manusia dan membantu orang dan syarikat perniagaan yang nak berjaya dengan latihan dan pemantauan menggunakan alat dan tenaga pengajar yang profesional.

Mengikut perancangan, mereka akan mula memasuki pasaran Malaysia selepas kejayaan 2 tahun di Vietnam dengan tujuan dan misi untuk membantu lebih ramai orang mengubah nasib deorang. Lepas Malaysia, mereka merancang untuk terjah ke pasaran Korea dan Amerika Syarikat pula.


Menariknya lagi, pengasas syarikat ini adalah seorang wanita, yang juga merupakan CEO Matxi Corp Vietnam, Cik. Le Thi Hong Nhung (Cik Nhung). Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan muda dari Vietnam. Girls power!

Tahu tak korang, syarikat Matxi Corp diasaskan bermula dari 10 orang sahaja,. Diketuai oleh Cik Nhung, dalam masa 1 tahun sahaja, mereka dah berjaya mencapai 3,000 ejen dan pengedar besar dan kecil, dan kini selepas 2 tahun, mereka ada lebih daripada 20,000 ahli.

Pada umur 27 tahun (beliau lahir pada tahun 1990), Cik. Nhung dah asakan syarikat yang berjaya berkembang ni. Beliau juga merupakan seorang pakar yang popular di dalam industri perniagaan dan masakan secara dalam talian di Vietnam.



Matxi Corp 2nd Anniversary

Turut hadir di majlis ulang tahun Matxi Corp yang ke-2 adalah Cik Nhung (CEO Matxi Corp Vietnam), Encik Kenny Teoh (CEO Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny Ngoc Nu (CEO Matxi Corp Amerika Syarikat), Encik Luck Kim (CEO Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembanggunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd).

Majlis diraikan dengan persembahan tarian tradisional Malaysia dan ucapan dari barisan CEO Matxi Corp. Semua CEO tak sabar nak kenalkan khidmat dan produk mereka ke pasaran untuk orang ramai.

Selain itu, Encik James Morris juga ada bagitahu tentang perancangan mereka untuk mengeluarkan produk di bawah label Max Health (Produk kesihatan) , Max Skin Care (Produk kosmetik) dan Max. 1 (Produk kecantikan).




Majlis diteruskan dengan acara yang paling semua peserta tunggu-tunggu, iaitu majlis penyampaian anugerah kepada pengedar yang telah berjaya. Ada banyak kategori yang diraikan, tapi rasa seronok bila tengok wanita-wanita ini berjaya.

Semua pakai baju dress yang cantik, dah macam ada pertandingan ratu cantik (Saya pula pakai seluar slack dengan blouse saja :D) . Dalam semua yang naik pentas terima anugerah penghargaan mereka, ada 1 sahaja lelaki yang terima.

Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kepada penerima anugerah. You deserve a better life!




Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh 3 penyanyi jemputan:

1. Thanh Ha: Merupakan seorang penyanyi popular Vietnam-Jerman.
2. Yynn Lim: Seorang penyanyi Cina yang terkenal dengan lagu Mandarin dari Malaysia.
3. Bui Anh Tuan: Merupakan penyanyi lelaki muda yang sedang meningkat naik dari Vietnam.

Dan tak dilupakan, persembahan pembukaan tarian lampu oleh kumpulan Light Balance! Awesome betul persembahan deorang. Memang patutlah mereka menang pertandingan America's Got Talent pada tahun 2017 dulu.

 

Untuk pengetahuan korang, produk Matxi Corp ada kilang mereka yang tersendiri di lokasi yang berlainan. Rangkaian produk Max Health akan dikilangkan di Malaysia, Max. 1 dikilangkan di Amerika Syarikat dan Matxi Health pula dikilangkan di Korea.

Malaysia terkenal hasil herba yang sesuai digunakan untuk kecantikan dan penjagaan diri seperti Tongkat Ali, Amerika Syarikat pula terkenal dengan penghasilan produk kosmetik yang berkualiti tinggi dan Korea ada ginseng yang berkualiti dan terbaik untuk kesihatan.

Di Vietnam, Matxi Corp ada sebuah kilang Medino dengan pensijilan GMP yang khusus dalam pembuatan makanan kesihatan, produk makanan dan kosmetik.

Matxi Corp pun ada pusat R&D mereka sendiri untuk tujuan mengkaji dan terus meningkatkan mutu dan kualiti produk yang dihasilkan. Bagus la ada tubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan macam ni sebab boleh terus menerus memperbaiki mutu produk mereka.



 Untuk maklumat lanjut:

Matxi Malaysia Sdn Bhd
Facebook: www.facebook.com/MatxiMalaysia
Instagram: www.instagram.com/matxicorp
Hashtag rasmi: #MATIXCorp #YouDeserveABetterLife



With love,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^