Apa Nak Buat di Kuala Langat, Selangor

Hai korang!

Yay! MCO dah dilonggarkan sedikit dan kita pun dah dibenarkan untuk keluar berjalan merentas negeri dan yes untuk travel! Masa inilah untuk kita  sokong produk pelancongan di dalam Malaysia. Untuk sekarang, saya pilih lokasi yang dekat di Selangor, iaitu di Kuala Langat.

Saya sediakan dibawah, itinerary apa yang korang boleh buat di Kuala Langat dalam masa 1 hari. Trip ini simple dan tak sesak, sesuai untuk semua golongan umur dan mereka yang nak berjalan di dalam Selangor dengan lebih rileks.

Antara bandar yang paling popular di daerah Kuala Langat adalah seperti Banting, Pulau Carey, Jugra, Morib dan juga Telok Datok. Setiap bandar ini mempunyai terikan dan keunikan yang tersendiri. Dan lokasi bandar ini pun tak jauh sesama sendiri.

 

Jom Melawat Daerah Kuala Langat!

 Trip itinerary 1 hari di Kuala Langat:

9AM.: Sarapan pagi di Kedai Kopi & Makanan Phua Kian Guan
10AM: Berjalan-jalan di sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
11AM: Melawat Mah Meri Cultural Village
12PM: Makan tengahari di Restoran Selera Tujuh
1PM: Membeli-belah di kedai Kerepek Ros yang terkenal
2PM: Bersiar-siar di Bukit Jugra dan sertai aktiviti paragliding
4PM: Lawati Kuan Wellness Eco Park
5PM: Minum petang di Kafe Mansion 196
6PM: Tengok sunset yang cantik di Pantai Morib
7PM: Makan malam di Assam Batu Laut.


Kedai Kopi & Makanan Phua Kian Guan
50, Jalan Kemboja 12, Taman Aman, 42700 Banting, Selangor 
Buka: Jumaat-Rabu (8AM-4.30PM) 
Tutup: Khamis.

Sebelum mulakan hari korang, kena lah isi perut dengan sarapan pagi. Kalau korang check-in hotel lain, korang boleh sarapan di kawasan yang korang tinggal. Tapi kalau korang stay di kawasan Banting, boleh la cuba sarapan di Kedai Kopi dan Makanan Phua Kian Guan.

Kedai Kopi dan Makanan Phua Kian Guan merupakan sebuah restoran Cina yang dikenali di Banting. Kalau datang sini dah macam berapa pada zaman sebelum merdeka sebab rekabentuk dan dekorasi restoran ini bercirikan gaya lama.

Antara menu yang paling popular disini adalah Kuih Chai dan ubi keledek goreng oleh Phua Kian Guan yang selalu habis dan sedap. Nota: Untuk maklumat orang Muslim, saya tak pasti tentang sijil Halal restoran ini.


 Fo Guang Shan Dong Zen Temple
PT 2297, Jalan Sungai Buaya, Kampung Jenjarom, 42600 Jenjarom, Selangor.
 Buka: Selasa-Ahad (9AM-6PM) 
Tutup: Isnin.

Tak salahkan kalau kita nak lihat senibina agama lain dan belajar tentang budaya masyarakat lain. Kuil Fo Guang Shan Dong Zen yang terletak di Jenjarom ini berkeluasan 16 ekar dan dibina pada tahun 1994.

Kat sini korang boleh tengok permandangan yang cantik juga. Dan paling penting, masuk pun pecuma. Jangan lupa jaga adap korang ya disini.

Selain tempat ibadah utama kuil, korang juga boleh melawat mercu tanda utama seperti Waterdrop Teahouse, taman Lumbini dan Galeri Seni Fo Guan Yuan yang menyimpan pelbagai hasil seni yang menarik dan memukau.


 Mah Meri Cultural Village
 Jln Kampong Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Manikavasagam, 42960 Pulau Carey, Selangor.
  Buka: Selasa-Ahad (9AM-5PM) 
Tutup: Isnin.

Salah satu aktiviti wajib untuk mereka yang berkunjung ke Kuala Langat, Selangor adalah melawat Mah Meri Cultural Village. Kampung Orang Asli ini menyimpan pelbagai rahsia dan budaya sebenar Orang Asal di Negeri Selangor.

Dengan pakej yang mereka sediakan, korang dapat melihat dan merasai sendiri kehidupan sebenar suku-kaum Mah Meri serta aktiviti-aktiviti mereka. Jangan lupa join deorang menari tau!

Selain itu, korang juga boleh melihat sendiri hasil seni kraf tangan yang dibuat secara live di bengkel Mah Meri. Rare sangat pengalaman ni, tengok macam mana mereka buat kraftangan dari mula sampai siap. Satisfying tau.



Restoran Selera Tujuh
No. 6 & 7, Jalan Persiaran Majlis, 42700 Banting, Selangor.
  Buka: Setiap hari (7AM-4PM)

Dah penat setengah hari berjalan, maka masanya untuk makan tengah hari. Korang boleh singgah di Restoran Selera Tujuh yang terletak di Bandar Banting. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan Malaysia termasuklah: Nasi Ayam, Nasi Ambeng, Asam Pedas dan Ikan Bakar. .


 Kedai Kerepek Ros
738, Jalan Sukun, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor.
Buka: Setiap hari (8AM-10PM) 

Rugilah kalau datang ke Daerah Kuala Langat tapi tak singgah membeli kerepek di Kedai Kerepak Ros. Peminat kerepek home-made macam saya akan rambang mata dalam kedai ni sebab rasa semua kerepek saya nak beli. Haha

Antara kerepek yang paling best dan sedap disini adalah Ubi Masin, Pisang Tanduk, Kuih Siput danbanyak lagi.


Bukit Jugra
Buka: Setiap hari.

Petang-petang seronok kalau dapat berjalan menghirup udara segar dan tengok permandangan bersama dengan yang tersayang. Bukit Jugra merupakan antara tarikan yang sangat popular di Kuala Langat yang wajib korang pergi.

Nak naik atas ini kena hiking, lebih kurang dalam 1 jam. Walaupun macam lama kan nak hiking, tapi lepas dapat lihat permandangan dari atas tu, phew hilang penat. Kalau korang suka aktiviti yang adventure sikit, korang boleh cuba paragliding disini.

Jangan lupa buat tempahan dahulu sebelum datang untuk aktiviti paragliding ya. Untuk maklumat lanjut tentang Paragliding di Bukit Jugra, layari link dibawah:
selangor.travel/listing/paragliding-at-jugra-hill.


Kuan Wellness Eco Park
408, Tanjung Layang, Kampung Batu Lapan, 42800 Tanjong Sepat, Selangor.
Buka: Sabtu & Ahad (9AM-5PM)

Tak lengkap trip kalau tak singgah di Kuan Wellness Eco Park yang dibuka oleh syarikat yang terkenal dengan pengeluaran sarang burung. Kuala Langat kan terkenal sebagai antara destinasi pengeluar sarang burung yang terbaik di Malaysia. Dekat sahaja dengan Pantai Batu Laut.

Dalam ni korang boleh tambah pengetahuan tentang sarang burung sebab ada banyak info yang ada untuk orang awam.

Kalau korang ada masa lebih dan suka dengan haiwan, korang boleh masuk ke Mini Zoo (Bayar RM5), Swiftlet Home (Bayar RM3), Eco Park, Bird's Nest Gallery dan juga Eco-Café! Best juga dalam zoo mini ini sebab ada banyak spesis burung, ikan dan reptilia lain di sini.


Kafe Mansion 1969
389, Jalan Klang Banting, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor.
Buka: Setiap hari Rabu-Isnin (12PM-9PM)
Tutup: Selasa. 

Boleh singgah di Kafe Mansion 1969 untuk minum petang. Popular juga restoran ini sebab dekorasi dalaman dia memang insta-worthy. Cantik nak ambil gambar, dan makanan yang dihidangkan pun sedap dengan harga yang berbaloi.


 Pantai Morib
Morib, 42700 Banting, Selangor.
Buka: Setiap hari. 

Kat mana lagi nak tengok sunset yang lawa di daerah Kuala Langat kalau bukan di Pantai Morib. Sambil berjalan di pantai mengirup udara, dengar deruan air laut sure nak tertidur dibuatnya. Kat sini ada medan selera yang menawarkan makanan laut seperti Ikan Bakar dan Sotong Goreng Tepung.

Credit photo to: www.expatgo.com.v1

Assam Batu Laut
Kampung Batu Lapan, Tanjong Sepat, Selangor.
Buka: Setiap hari (11AM-10PM)

Untuk akhiri hari korang, boleh singgah makan malam di restoran makanan laut yang terbaik di Kuala Langat yang terletak di Assam Batu Laut. Ada banyak menu makanan laut yang ditawarkan disini, pilih je nak apa.

Antara menu yang saya recommend adalah: Ikan Merah Stim Asam dan Ikan Kerapu Stim yang disajikan dengan halia yang telah dicincang. Semua menu yang dihidangkan memang fresh dan sedap. Harga pula standard makanan laut, yang dikira ikut timbang.


Menarikkan Daerah Kuala Langat? Bukan sahaja terletak dekat dengan mereka yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur, tepi juga penuh dengan aktiviti dan tempat menarik untuk dikunjungi.


Tourism Selangor
Website: selangor.travel
Facebook: www.facebook.com/TourismSelangor
Instagram: www.instagram.com/discoverselangor

Safe travel korang!

Regards,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS