Sedap ke Marrybrown BBQ SOS Meals?

Hai korang!

Korang dah cuba tak menu terbaru daripada Marrybrown, SOS BBQ Meals? Unik betul nama SOS itu sebab membawa maksud: Sensasi Ohsem Smokey, sesuai dengan line-up menu yang mereka bawakan iaitu menu yang padat dengan rasa manis dan smokey burger dan drumettes ayam.

Marrybrown merupakan sebuah syarikat makanan segera Halal yang terbesar di Malaysia. Tak sangka besar juga rangkaian restoran Marrybrown, dah ada lebih daripada 500 buah restoran di lebih daripda 16 buah negara. Whoa *o*.


Sensasi Ohsem Smokey (SOS) BBQ Meals ini merupakan menu terbaru daripada Marrybrown yang akan memberikan pemakannya pengalaman makan yang lain daripada yang lain. Saya sendiri dah rasa set ini haritu, memang Sensasi Ohsem sangat!

Paling saya suka sebab kombinasi rasa manis, pedas dan smokey sos BBQ dia sedap betul. Ada 3 pilihan untuk Set MB BBQ SOS yang korang boleh pilih:

1. S.O.S BBQ Box
2. S.O.S BBQ Burger
3. S.O.S BBQ Drumette


S.O.S BBQ Burger

Set ini siap dengan with Potato Wedges, Onion Rings dan air Coca-Cola. Roti burger arang (yang warna hitam tu) hanya boleh didapati di semua Marrybrown cawangan semenanjung Malaysia sahaja, manakala untuk cawangan di Sabah dan Sarawak akan dapat roti burger biasa. 

Antara banyak-banyak makanan didalam menu BBQ SOS Meals, saya paling suka dengan BBQ Burger ni. Paling sedap gabungan daging boneless chicken dia dengan sos, memang menyelerakan dan sedap. Ada rasa pedas-manis.


S.O.S BBQ Drumette

Set ayam drumette ini didatangkan sekali dengan Potato Wedges, Onion Rings dan air Coca-Cola. Untuk korang pencinta makanan Korea terutamanya SOS BBQ dia mesti suka dengan drumette set ini. Tak puas makan satu set, memang kena repeat lagi.

Paling syok sekali, SOS BBQ dia lah, sos yang disediakan tu memang menepati citarasa orang tempatan macam saya dengan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur sos yang tak terlalu pekat atau cair. Recommended!


S.O.S BBQ Box 

Set ini didatangkan siap sekali dengan Burger ayam, Drumette, MB Crispy Chicken, Potato Wedges dan air Coca-Cola. Kalau korang jenis yang tak boleh fikir nak makan burger atau crispy chicken, korang boleh dapatkan set BBQ Box.

Dalam set ini semua korang dapat, siap ada extra MB Crispy Chicken yang original daripada Marrybrown lagi. Selalunya saya memang suka crispy chicken ni di Marrybrown. Gabung pula dengan drumette dan burger dengan SOS BBQ dia, memang layan. 

 

Untuk pengetahuan korang, setiap set didatangkan sekali dengan Potato Wedges dan air Coca-Cola. Sesuatu yang rare jugalah untuk restoran makanan segera untuk bagi. Selalunyakan deorang akan bagi kentang goreng.

Lagi rare, untuk set S.O.S BBQ Burger dan S.O.S BBQ Drumette, korang akan dapat Onion Rings dalam setiap set. Tak pernah lagi saya jumpa set makanan segera yang siap dengan Onion Rings. Onion Rings dia pun sedap dan rangup.

 


Korang boleh dapatkan set MB BBQ SOS Meals di semua cawangan Marrybrown di Malaysia bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020. Jangan lepaskan peluang untuk cuba menu baru ni tau!

Harga MB BBQ SOS Meals bermula dari RM16.90 dan keatas.

Marrybrown Malaysia
Website: marrybrown.com
Instagram: www.instagram.com/marrybrownmy
Facebook: www.facebook.com/MarrybrownMalaysia


With love,

2 comments:

  1. Sedapnya semua. Nak try la nanti.

    ReplyDelete
  2. WoW!!! Marry Brown makin menjadi-jadi dengan menu barunya. Must try ni. Okay... esok nak ajak Otomen pergi MB Teluk Kemang.. Yummy!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^