Assalamualaikum dan hai korang,
Setiap kali nak masuk bulan Ramadan, mesti saya akan prepare siap-siap pasal baju raya sebab saya memang jenis yang tak suka buat benda last minute. Orang cakap prepare awal untuk memudahkan urusan kita in case kalau tak ada masa nanti.
So untuk cari kasut raya, memang port wajib nak shopping kami akan ke Sogo sebab mudah shopping mall ni ada banyak pilihan dengan harga yang affordable. Kalau dah kat sogo tu, kadang kami akan stay satu malam kat hotel depan Sogo Shopping Mall, The Grand Campbell Hotel.
The Grand Campbell Hotel ada pakej untuk Ramadan Staycation dengan harga hanya RM150 nett untuk 2 orang siap dengan sahur. Kalau nak sekali dengan buffet berbuka Ramadan, hanya RM300 nett semalam untuk 2 orang. Kedua-dua pakej ini adalah untuk bilik Superior.
Paling perfect kalau stay kat sini masa bulan puasa nak dekat dengan raya untuk last minute shopping sebab lokasi yang berada di Campbell Shopping Complex dan dekat dengan Sogo Mall, Pertama Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Jalan Masjid India dan sekitarnya.
Pada tahun ini, The Grand Campbell yang dimiliki oleh Kumpulan SHAPADU ini akan menganjurkan buffet Ramadan yang berkonsepkan “Hidangan 1001 Rasa” dengan penampilan istimewa oleh Chef Selebriti, Chef Dee yang juga dikenali dengan watak “Dee Jangan Ketawa”.
Buffet Ramadan di The Grand Campbell Hotel boleh menampung seramai 500 orang pada setiap hari di bulan Ramadan bermula dari 27 Mac sehingga 20 April 2023. Baca sampai habis untuk tahu promosi apa yang hotel ini berikan pada tahun ini.
Buffet Ramadan yang akan diadakan di Ballroom Campbell Hotel terkenal dengan reputasi sebuah wedding hall yang cantik dengan dekorasi yang moden. Sempena dengan kedatangan Ramadan, pada tahun ini mereka akan tukar ke design tema Ahlan Wa Sahlan - tema Timur Barat.
Buffet berbuka puasa The Grand Campbell Hotel akan diadakan di Dewan Bunga Raya. Bagi saya sebuah lokasi yang sangat strategik di tengah Kuala Lumpur yang menghidangkan menu berbuka dengan harga yang sangat berpatutan.
Kalau ada company yang nak bawa staff untuk berbuka puasa pun ada pakej yang ditawarkan, dengan setiap 10 tiket pembelian, akan dapat 1 percuma. Jadi jimat lah RM78.00 untuk satu group. Family besar pun boleh juga bawa makan kat sini sebab ada pelbagai jenis menu.
Buffet Ramadan 2023: The Grand Campbell Hotel menghidangkan menu masakan lauk-pauk yang yang pelbagai jenis sesuai dengan selera orang kita dengan seleksi menu masakan kampung dan juga lauk kenduri sebab mereka memang terkenal dengan katering kenduri yang sedap.
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell: Kambing Golek. |
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell: Masakan Udang |
Antara menu wajib untuk korang cuba adalah seleksi ikan bakar, gulai udang masala, sambal ikan bilis petai, daging masak lemak, paru bercili, ayam masak hitam, tempe goreng, dalca sayur dan kubis masak lemak. Menu ini yang aku boleh gerenti sedap la.
Selain itu ada juga menu lain seperti aneka gulai dan kari, gulai kari ikan kering tumis darat, sambal tumis udang dan menu wajib buffet berbuka puasa sekarang, Kambing Golek.
Menu yang dikurasikan oleh Chef Dee sendiri mengambil menu yang kebanyakannya dari Pulau Pinang, negeri asal Chef Dee. Sebab itu lah menu seperti gulai, kari dan sambal merupakan antara menu warisan dan wajib untuk Orang Utara.
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell Hotel: Ikan Bakar. |
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell Hotel: Paru Bercili. |
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell: HotelDaging Masak Lemak. |
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell: Dalca Sayur. |
Aneka sebanyak 100 lebih lauk yang akan dihidangkan sempena dengan berbuka puasa bulan Ramadan nanti daripada menu ayam, daging, ikan, dan makanan laut seperi udang dan sotong pun turut akan dihidangkan secara rotation menu supaya pelanggan tak bosan dengan menu yang sama.
Kalau bercakap tentang makanan menu masakan Melayu, buat pula inspirasi menu dari Pulau Pinang, tak sah pula kalau tak ada sambal. Di buffet berbuka The Grand Campbell Hotel pun turut akan dihidangkan menu sambal belacan dan juga budu serta sayur seperti ulam-ulaman.
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell: Tempe Goreng. |
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell: Kubis Masak Lemak. |
Ke bahagian pencuci mulut pula, juga dihidangkan bubur untuk penggemarnya. Antara yang saya recommend untuk korang cuba adalah Bubur Kacang Hitam. Kawan saya suka betul dengan bubur kacang ni, katanya pekat dan cukup rasa.
Aneka kuih tradisional dan kuih moden pun ada juga. Kalau habis jangan risau sebab mereka selalu akan refill sebab buffet ini dibuka sampai jam 10 malam.
Untuk mereka yang teringin nak menu seperti Mee Kari pun turut disediakan. Mee kari dia siap ada tengkok ayam dan kaki ayam untuk penggemar bahagian tu. Sebagai orang Penang, saya verified yang Mee Kari di buffet berbuka The Grand Campbell Hotel pada tahun ini adalah SEDAP.
Oh ya, ada juga menu light seperti Pecel untuk peminat menu ini. Kuah kacang dia sedap tau.
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell: Mee Kari. |
Menu Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell: Pecel. |
Untuk pilihan air pula, dengan menggunakan konsep air balang, korang jangan terliur tengok ada banyak pilihan air yang korang boleh pilih. Daripada air klasik seperti air jagung dan laici sehinggalah ke menu air fancy sikit seperti soda dan lemonade.
Menu air panas seperti Teh Tarik dan Kopi Tarik turut dihidangkan untuk peminat minuman air panas seperti saya. Kalau nak diet sikit, air kosong pun ada juga.
Tahu tak korang yang Campbell Complex sebenarnya merupakan antara kompleks membeli belah yang terawal di Kuala Lumpur dan pada tahun ini, mereka akan menyambut ulang tahun yang ke 50 tahun! Sebab itu kalau perasan, layout hotel dan banggunan ini agak 'oldskol' sikit.
Buffet Ramadan 2023: The Grand Campbell Hotel
⭐ Bertemakan "Hidangan 1001 Rasa"
⭐ Lebih daripada 100 juadah berbuka akan dihidangkan.
✅ Seleksi makanan ala kampung & menu kenduri!
🤩 Must try menu: Menu Nasi Kenduri, Mee Kari & Bubur Kacang!
👉 Dihiburkan oleh Chef Selebriti, Chef Dee Jangan Ketawa.
Buffet Ramadan 2023: The Grand Campbell Hotel |
Tarikh buffet berbuka di The Grand Campbell Hotel:
27 Mac - 20 April 2023.
Masa: 6pm - 10pm
Harga Buffet Ramadan 2023 The Grand Campbell Hotel
Dewasa RM78, Kanak-kanak RM55
*Promo: Beli 10, Percuma 1
The Grand Campbell Hotel
Website: grandcampbellhotel.com
Instagram: www.instagram.com/tgchofficial
Facebook: www.facebook.com/grandcampbellhotel
Zayani Zulkiffli.
0 Comments