Kepentingan Penjagaan Gusi | Be #GUMPROUD Dengan Systema

Hello dan Assalamualaikum,

Bersempena dengan Hari Kesihatan Gus / Gum Health Day 2023, jenama produk penjagaan mulut terkemuka di Jepun yang dimiliki oleh Lion Corporation Japan, Systema telah melancarkan kempen Be #GumProud.

Kempen Be #GumProud telah dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran awam terutamnya warga Malaysia tentang kepentingan penjagaan kesihatan gusi.

Sebenarnya sangat penting untuk kita jaga kesihatan gusi kita. Selalu kita abaikan ingat gusi tak penting, gigi lagi penting padahal gusi pun sama penting dengan gigi juga. Tahu tak, 94% orang dewasa Malaysia ada masalah gusi yang juga penyebab utama masalah kehilangan gigi tau.

Makanya, tujuan utama kempen Be #GumProud adalah untuk membantu rakyat Malaysia dalam menilai kesihatan gusi mereka dan memperoleh pemahaman yang lebih baik terhadap kesihatan gusi.


Kempen Be #GumProud Anjuran Systema

Sepanjang Kempen Be #GumProud dari bulan Mei hingga Jun 2023, korang boleh buat penilaian kesihatan gusi korang secara dalam talian di laman web Systema [gumhealthcheck.com] untuk lihat samada gusi korang sihat atau tidak.

Selain itu, Systema juga akan mengadakan roadshow untuk mendidik pengguna tentang kepentingan amalan kebersihan mulut yang baik dan peranan kesihatan gusi dalam mengekalkan gigi serta kesihatan keseluruhan mereka untuk kualiti hidup yang lebih baik. 

Dalam masa ni, korang turut berpeluang untuk dapatkan sesi penilaian kesihatan gusi dan tahu apa yang korang patut lakukan untuk menjaga kesihatan gusi dan gigi supaya lebih sihat. Untung lagi siap boleh dapat kit permulaan secara percuma daripada Systema.

Kepentingan Penjagaan Gusi | Be #GUMPROUD Dengan Systema

Pada hari pelancaran kempen ini yang diadakan pada 12 Mei 2023 di Aloft Hotel Kuala Lumpur tempoh hari, banyak informasi yang saya dapat untuk tips penjagaan gusi yang sihat. Ada test yang mudah untuk korang buat untuk tengok kesihatan gusi korang.

Check kesihatan gusi dengan mengigit sebiji epal. Daripada sini, korang boleh lihat samada gusi dan gigi korang sihat ataupun perlu bantuan.

Tanda-tanda awal gusi tidak sihat:
👉 Sakit apabila gigit,
👉 Rasa gigi longgar,
👉 Ada kesan darah pada epal/ makanan,
👉 Gusi nampak sangat merah,
👉 Gusi nampak bengkak,
👉 Gigi bergerak daripada kedudukan asal,


Video Cara nak tengok gusi sihat atau tidak:
 


Ramai orang ingatkan, ada gigi putih dan nafas tak berbau tu maksudnya tak ada masalah, tapi ramai tak tahu yang kesihatan mulut secara keseluruhan juga bergantung kepada keadaan gusi yang sihat dan berwarna merah jambu.

Rupa-rupanya, 99.6% kanak-kanak yang berumur 12 tahun mengalami masalah gusi berdarah, yang merupakan tanda awal penyakit gusi mengikut data laporan Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan untuk Kanak-Kanak Sekolah di Malaysia (NOHSS, 2015).

Dianggarkan juga, pada tahun 2019, 9.2% orang dewasa berumur 15 tahun ke atas mengalami penyakit periodontik yang teruk menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2022). 

Hasil kajian yang dijalankan ke atas orang dewasa Malaysia oleh Lion Corporation Japan - Systema, 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda atau simptom penyakit gusi, tapi hanya 1% je yang tahu pasal masalah tu.

Pada hari pelancaran juga, ada banyak tips dan sesi perkongsian untuk cara penjagaan gusi. Dr Noormi binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia pun cakap yang tahap penyakit gusi di Malaysia amat membimbangkan.

Kempen Be #GUMPROUD Dengan Systema

Dari kiri: Dr Noormi binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia; Encik Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion.

Banyak sebab dan punca mengapa boleh terjadinya masalah gusi ini dan antara punca utama adalah: 
✅ Penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik,
✅ Penggunaan tembakau.

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian), Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noormi binti Othman bercakap didalam ucapannya:

"Terdapat keperluan untuk mengajar dan membimbing warga Malaysia untuk melakukan penjagaan kesihatan mulut sendiri sebelum atau selepas memberus gigi, termasuklah memeriksa keadaan seperti gusi berdarah, sisa makanan atau bengkak yang membantu pengesanan awal keadaan mulut."

"Walaupun kementerian telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencegah dan mengawal penyakit gusi melalui pendidikan dan kempen kesedaran awam serta menyediakan perkhidmatan penjagaan pergigian yang berpatutan dan senang diperolehi, kita masih perlu terus mendekati rakyat Malaysia supaya mereka sentiasa mengambil berat tentang kesihatan gusi dan gigi mereka,".

Pengarah Urusan Southern Lion, Encik Kazuo Mabuchi,  pula berkata:

"Systema sebagai salah satu jenama penjagaan mulut terkemuka dari Lion Corporation Japan, dengan lebih daripada 130 tahun kepakaran dalam penjagaan periodontium, melihat peranannya untuk membantu mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan kesihatan dan penjagaan gusi mereka secara menyeluruh."

"Gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Kempen Be #GumProud menggalakkan warga Malaysia untuk melindungi serta mengekalkan kekuatan dan kesihatan gusi mereka agar mereka dapat memperagakan gusi mereka dengan bangganya."

"Kami juga berbesar hati kerana telah mendapat sokongan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen nasional ini."

Systema Launches Be #GUMPROUD Campaign

Systema Launches Be #GUMPROUD Campaign

Jaga Kesihatan Gusi dan Gigi Dengan Rangkaian Produk Penjagaan Oral - Systema

Systema, jenama pro-life daripada LION, - Syarikat Penjagaan Mulut No.1 Jepun yang membawa misi untuk membantu menyihatkan gusi dan gigi dengan penggunaan ubat gigi dan berus gigi yang menggunakan kekuatan dan teknologi Systema dalam pencegahan penyakit periodontium dari Jepun.

Ada banyak variasi berus gigi dan ubat gigi yang direka oleh Systema untuk melindungi gusi dan membantu mencegah masalah gusi di samping mengekalkan gigi yang sihat seperti: 

Systema Advance Anti-Plaque Toothpaste 
Mengandungi tiga bahan (IPMP, TDS dan GK2) yang memecahkan biofilem plak dan membasmi bakteria dan menggunakan teknologi Jepun, Advance Plaque Buster Technology memecahkan plak dan membunuh 99.9% bakteria.

Ada 3 variasi didalam rangkaian Systema Advance Anti-Plaque Toothpaste:
→ EXTRA GUM PROTECTION - Perisa pudina yang unik untuk kesegaran yang bersih.
→ EXTREME CLEAN BREATH - Teknologi Perisa Pudina yang kuat untuk kesegaran dan kesejukan yang bertahan lama selepas memberus.
→ DEEP CLEAN WHITENING - Mengandungi particle bewarna biru untuk gigi yang lebih putih.

Rangkaian berus gigi Systema
Mmenggunakan bulu berus tirus 0.02mm untuk membuang plak secara fizikal dari celah gigi, sepanjang garis gusi dan dalam poket gusi dengan lembut.



Systema Malaysia
Website: systema.my
Facebook: www.facebook.com/SystemaMY
Instagram: www.instagram.com/systemamy

#SystemaMY #KeepGumsPink #BeGumProud #GumProud #HappyGumHealthDay #GumHealthAwareness 

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS