Apa Nak Buat Itinerary 3H2M Ke Muar Johor 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Masa zaman belajar dekat Melaka, tak pernah sampai ke Bandar Maharani, Bandar Diraja Muar. Padahal dekat aje kalau nak datang sebab nak ke Muar tak sampai sejam pun dari Melaka. Walaupun Muar merupakan sebuah daerah yang kecil di Johor, tapi banyak juga boleh di explore kat sini.

Muar atau orang sini panggil 'Muo' merupakan sebuah Daerah yang menarik untuk diterokai, dengan banyak aktiviti menarik serta banyak juga port makanan best-best kat sini. Saya enjoy Trip Muar dan InshaAllah akan datang lagi denngan family juga.

Jom saya bawakan untuk korang, Trip Itinerary 3H2M Ke Muar Johor 2023 dan Apa Nak Buat di Muar Johor. Korang juga boleh simpan 1 hari untuk explore ke Tangkak [Lokasi Menarik dan Tempat Makan Sedap di Tangkak Johor].

Apa Nak Buat Itinerary 3H2M Ke Muar Johor 2023


Sejarah Muar, Bandar Maharani Johor

Bandar Maharani yang membawa makna bandar permaisuri telah diwujudkan pada zaman Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor selepas pembukaan rasmi Bandar Maharani pada 1884. Bandar Maharani Bandar Diraja, merupakan nama rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar, Johor

Muar kini mempunyai penduduk seramai 110,000 sejak dibuka sekitar tahun 1884. Nama Maharani sebenarnya dinamakan bersempena gelaran isteri kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Sultanah Fatimah Abdullah, iaitu Maharani.



Hotel Classic Muar
Alamat: 69, Jalan Ali, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor
Contact: 06-9547000

Kalau kat Muar ni sebenarnya pilihan hotel yang ada agak limited sebab bandar dia tak besar dan bandar lama. Kebanyakan hotel yang ada pun dalam rate 2-3 bintang, tapi decent lah untuk stay. Salah satu hotel yang boleh korang menginap adalah di Hotel Classic, Muar. 

Hotel Classic Muar terletak didalam kompleks membeli belah, Wetex Parade. Banyak juga kedai barang dan restoran yang ada didalam kompleks membeli belah ini. Lokasi kawasan ni pun walking distance je dengan Dataran Muar. Jadinya kalau korang nak cari barang atau makanan ke, dah mudah.

Fasiliti basic memang lengkap, seperti towel, toiletries, bilik berhawa dingin, televisyen serta room service pun ada. Kat sini, kalau korang datang view cantik, korang juga boleh tengok sunset yang cantik tau. Cubalah request kalau korang sempat.

Review Hotel Classic Muar

Review Hotel Classic Muar

Roomate untuk trip di Hotel Classic Muar kalini.

Medan Selera Sabak Awor
Alamat: Medan Selera, Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar, Johor

Kalau korang nak makan seafood yang fresh di Muar pada waktu malam, korang boleh ke Medan Selera Sabak Awor yang menghidangkan pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, kerang dan banyak lagi disini.

Berkonsepkan medan selera, korang boleh pilih sendiri gerai mana yang menarik perhatian korang. Ada banyak jenis pilihan makanan laut segar yang dijual disini seperti ikan, udang, sotong, kerang dan sebagainya.

Tambah best kat sini, korang boleh makan sambil menghirup Udara laut tau dan kawasan parkir untuk kenderaan pun luas. Mudah nak diakses oleh orang ramai.

Medan Selera Sabak Awor, Muar

Medan Selera Sabak Awor, Muar

Makan malam di Medan Selera Sabak Awor, Muar

Makan malam di Medan Selera Sabak Awor, Muar

R&H Cafe Satay Maharani
Alamat: 15, Jalan Seri Temenggong 26/1, Taman Sri Temenggong, 84000 Muar, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari (7.30am-12pm), Jumaat - Tutup

Sejak datang sini berborak dengan orang Muar, rupanya menu sarapan mereka pun lain daripada yang lain. Walaupun menu sarapan popular di Malaysia adalah Nasi Lemak atau Roti Canai, tapi kalau di Muar, mereka akan makan satay untuk sarapan.

Korang boleh jumpa banyak restoran dan kedai makan yang hidangkan satay untuk menu sarapan. Saya sebagai peminat satay, mestilah suka nak makan satay pagi-pagi kan. Kami sunggah di sebuah restoran yang memang ramai orang tempatan suka, Sate Maharani Muo - R&H Cafe Satay Maharani.

Antara menu yang ada di R&H Cafe Satay Maharani termasuklah:
✨ Satay DAPP - Daging, Ayam, Perut
✨ Mee Rebus Jawa
✨ Mee Bandung Muo
✨ Tauhu Lentok
✨ Roti Manja
✨ Lontong Champion
✨ Nasi Lemak Pacak
✨ Nasi Ambeng
✨ Meatball Kampungku
✨ Supersoup

Nasihat saya adalah korang kena datang awal untuk bersarapan kat sini. Bukan sahaja deorang memang buka untuk sarapan sahaja, tapi memang selalu akan penuh dengan orang. Suasana kat R&H Cafe Satay Maharani ni pun cantik tau.




Muar River Cruise
Alamat: Jln Tanjung 4, Taman Emas, 84000 Muar, Johor.
Contact: 06-9815517
Waktu operasi: Setiap Jumaat - Ahad (9.30am-5.30pm)
Harga tiket: Dewasa RM15.00 / Kanak - kanak RM7.00.

Salah satu aktiviti menarik yang korang boleh buat kalau ke Muar adalah untuk menaiki Muar River Cruise yang terletak di Tanjung Jeti Emas, Muar. Selain daripada dapat enjoy naik boat cruise, korang juga boleh lihat keindahan semulajadi hutan pokok bakau dan juga aktiviti sepanjang Sungai Muar. 

Banyak landmark yang korang boleh nampak dengan menaiki Muar River Cruise selama lebih kurang 1 jam ni. Sesuai sangat naik dengan keluarga sambil dapat ilmu dan fakta menarik tentang Bandar Muar selain dapat merehatkan minda dan mengisi masa lapang bersama keluarga. 



Laluan Muar River Cruise termasuklah:

✅ Jeti Tanjung Emas;
✅ Masjid Sultan Ibrahim;
✅ Masjid Sultan Ibrahim;
✅ Melalui Jambatan Sutlan Ismail - yang menghubungkan Bandar Maharani Muar dan Tanjong Agas;
✅ Istana Hinggap Muar;
✅ Banggunan Sultan Abu Bakar - merupakan Pejabat Daerah Muar sekarang yang telah dibina pada tahun 1921 yang dahulunya merupakan pejabat komunis Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 



Unik lagi perjalanan kami sebab dapat nampak orang mencari kepah depan mata. Tak mudah rupanya nak mencari kepah sebab kena duduk lama didalam air, dengan kena berenang untuk kutip kepah tu. Terus rasa insaf nak minta kurang kalau nak makan kepah.


Muar Leather Craft
Alamat: No 11, Taman Sri Siantan, J140, 84000 Muar, Johor.
Waktu operasi: Setiap hari (9.30am-5.30pm), Ahad - Tutup

Jarang jumpa orang Malaysia yang buka kedai barangan kulit tetapi di Muar Leather Craft, korang boleh dapatkan produk seni rekaan berasaskan material kulit, melihat dan berpeluang mempelajari tentang material kulit.

Di Muar Leather Craft, selain daripada menggunakan kulit haiwan seperti lembu, kuda dan sebagainya, mereka juga ada gunakan kulit haiwan yang unik seperti kulit ikan pari untuk hasilkan produk seni rekaan berasaskan material kulit haiwan seperti  topi, bag, tali pinggang dan sebagainya.

Best juga bila dapat tahu macam mana proses nak dapatkan kulit haiwan tu. Datang sini boleh belajar bagaimana bahan mentah kulit haiwan diproses hingga menjadi barangan kulit. Korang boleh la shopping barang kulit original kat sini, kalau ada specific design atau nak barang, boleh tempah juga. 


Kedai Barangan Kulit di Muar Leather Craft

Kedai Barangan Kulit di Muar Leather Craft

Kafe Kopi 434
Alamat: No. 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor

Bermula dari nama Sai Kee Kopi Muar yang diasaskan pada tahun 1960-an. Deorang tukar ke nama Kopi 434 untuk dapatkan nama yang lebih catchy supaya orang ingat. Pengasas pun tukarlah nama jenama ini kepada 3 nombor terakhir nombor telefon mereka pada masa tu, 434. 

Kini Kopi 434 dikenali sebagai kopi terbaik di Muar, Johor dibawah kilang Sai Kee Kopi Serbok Sdn Bhd. Kami berpeluang untuk melawat ke Kilang 434 untuk lihat proses pembuatan kopi yang digemari ramai ni.

Kopi 434 menggunakan beberapa jenis biji kopi didalam penbuatan produk mereka diantaranya adalah biji kopi tempatan, Arabica dan Liberica untuk rasa yang berbeza.

Kilang Kopi 434 Muar

Kilang Kopi 434 Muar

Selain lawatan kilang, peminat kopi wajib lah ke Kafe Kopi 434 yang terletak di tengah-tengah Bandar Muar ni. Ada pelbagai minuman dan snek ringan berasaskan kopi yang dihidangkan disini. Korang siap boleh pilih jenis kopi macam mana yang korang nak rasa.

Antara jenis minuman kopi yang korang boleh cuba termasuklah:
✅ Kopi Sai Kee Special;
✅ 100% Elephant Bean Coffee;
✅ Kopi Elephant "O" 1960s;
✅ Kopi Elephant "Si" 1960s;
✅ Coconut Ice Coffee;
✅ White Coffee'
✅ dan banyak lagi.

Kafe Kopi 434 Muar

Kafe Kopi 434 Muar

Mak Pon Mee Bandung
Alamat: No. 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, 84000 Muar, Johor.
Contact: 06-9539464 / 012-2620044

Muar memang popular dengan Mee Bandung dan kilang-kilang yang buat rempah dan pes mee bandung dan salah satunya adalah jenama Mak Pon Mee Bandung. Mereka membuat dan membekal perencah mee bandung asli Muar untuk pasaran tempatan. 

Bermula dengan secara kecil-kecilan di rumah pada tahun 2000, nama Mak Pon dipilih sempena dengan nama ibu kepada pemilik jenama ini. 

Di sini, memang port untuk korang borong homemade rempah mee bandung. Selain perencah mee bandung, Mak Pon juga menghasilkan produk keluaran yang lain seperti perencah soto, asam pedas, mee rebus, sambal ikan bakar, dan rendang.



Muar Art Gallery
Alamat: 66-1, Jalan Hang Tuah, Taman Junid Perdana, 84000 Muar, Johor.
Contact: 012-7033789
Waktu operasi: Setiap hari (7.30am-5.30pm), Rabu - Tutup

Sebelum saya sampai kt Muar, tak pernah tahu yang di Malaysia adanya Muar Art Gallery - Galeri kayu pokok getah yang terbesar di Malaysia. Banggunan galeri yang 3 tingkat ni ada banyak aktiviti dan ilmu tentang kayu dan rotan yang korang boleh dapat.

Di Muar Art Gallery korang boleh tengok koleksi perabot dan hiasan rumah untuk dibeli. Harga dengan kualiti memang top notch dan yang paling penting semua perabot ini adalah keluaran rakyat tempatan. Banyak juga hotel yang tempah perabot rotan mereka dari sini.




Antara aktiviti menarik yang korang boleh buat kalau ke Bandar Muar adalah untuk join Wood Workshop anjuran Art Space di Muar Art Gallery. Selain daripada workshop, korang juga boleh belajar tentang sejarah pokok getah dan tengok koleksi barangan kayu dan rotan yang ada di Muar Art Gallery.

Antara Wood Workshop yang ditawarkan disini termasuklah:
⭐ Solid wood furniture;
⭐ Woodwork Class;
⭐ Art & Crafts;
⭐ Laser Engraving;
⭐ Board game.

Korang boleh check out atau contact Art Space di Muar Art Gallery untuk tehu dengan lebih lanjut tentang pakej harga untuk aktiviti Woodwork Class yang mereka tawarkan. Sesuai sangat untuk parent yang nak isi masa anak mereka dengan aktiviti kemahiran macam ni.

Lepas dah penat tu, boleh juga terus chilling dekat kafe Muar Art Gallery yang berada di aras bawah banggunan ni. Air dan karipap dia sedap!



Nasuha Herbs & Spice Farm
Alamat: Jalan Muar, 84500 Muar, Johor⁣.
Waktu operasi: Setiap hari (10.30am - 5.00pm) - Selasa Tutup⁣
Harga tiket: Masuk percuma - Kecuali kalau sewa kenderaan/ tour⁣
Korang yang ke Muar dan nak tambah ilmu baru, terutamanya mereka yang memang suka belajar tenteng tumbuhan dan rempah ratus, korang wajib untuk singgah di Nasuha Herbs & Spice Farm. Lokasi yang terletak di daerah Muar-Pagoh, Johor, tak jauh pun daripada lebuhraya.

Nasuha Herbs & Spice Farm telah dibina sejak tahun 1981 oleh Tuan Haji Nasuha Kasian dan kini merupakan sebuah Ladang Herba dan Rempah yang terbesar di Asia yang telah ⁣diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records dengan keluasan sebesar 3,200 ekar.

Nasuha Herb merupakan ladang yang menghasilkan rempah ratus di bawah jenama Mak Siti. Jumlah spesis pokok herba yang ada lebih dari 100 dengan lebih daripada 6,000 jenis spesis tumbuhan disini.⁣ Tanaman herba kat sini bukan sahaja herba dari Asia Tenggara tapi juga ada yang dari Jepun dan Amerika.




Korang boleh borong produk herba dibawah jenama Nasuha Herbs untuk beli. Banyak juga produk kesihatan yang mereka keluarkan dan semuanya organik.

Selain daripada melihat koleksi herba dan rempah ratus, korang juga boleh cuba makan di Restoran Nasuha Herbs yang menghidangkan pelbagai menu sedap dengan harga yang berpatutan. Semasa lawatan kami tempoh hari, ramai juga orang tempatan datang makan disini.

Jangan lupa untik cuba menu special di Nasuha Herbs & Spice Farm iaitu Nasi Herba Briyani yang diperbuat 100% menggunakan rempah yang ada di ladang rempah ni. Saya sendiri enjoy makan tengah hari disini selepas penat belajar tentang herba-herba.


Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pihak Tourism Malaysia dan Tourism Tangkak sebab bawa saya untuk explore Tangkak dan Muar di Johor. Banyak lokasi dan benda baru yang saya belajar sepanjang trip kalini.

Baca juga artikel ini:
🌸 Lokasi Menarik dan Tempat Makan Sedap di Tangkak Johor [https://www.nurulzayani.com/2023/07/lokasi-menarik-tempat-makan-di-tangkak-johor.html
🌸 Tourism Malaysia Lancar Pakej Durian Tourism 2023 [https://www.nurulzayani.com/2023/06/pakej-durian-tourism-2023.html]

Dari kiri: Puan Yati dari Tourism Tangkak, Puan Norhaiza dari Tourism Malaysia

Entry ini diterbitkan dari program FAM Trip Agro Tangkak-Muar Johor 2023 yang berlangsung pada 29-31 Mei 2023⁣ anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Pelancongan Majlis Daerah Tangkak.

Tourism Malaysia
Website: www.malaysia.travel
Instagram: www.instagram.com/malaysia.truly.asia
Facebook: www.facebook.com/malaysia.travel.my


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS