Thursday, December 20, 2018

Sabah Part 2: Gunung Kinabalu & Kundasang

Hai dan Assalamualaikum,

Lepas dah puas teroka Kota Kinabalu, saya nak bawa korang untuk ke kawasan Kundasang, yang merupakan kawasan yang dekat dengan Gunung Kinabalu. Jangan lupa bawa baju sejuk kalau datang kesini sebab siang pun sejuk, apatah lagi malam.

Perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu menganbil masa dalam 2 jam 30 minit hingga 3 jam. Memang agak lama, tapi perjalanan lama tu memang berbaloi sebab suasana di Kundasang memang cantik sangat.


Monday, December 17, 2018

Sabah Part 1: Nak Buat Apa di Kota Kinabalu?

Kopivosian (Selamat datang dalam bahasa Sabah) ke blog saya!

Baru-baru ni saya sempat ke Sabah untuk meneroka apa yang menarik disana. Perjalanan menaiki kapal terbang dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.

Trip saya ke Sabah kali ini sebab nak teroka produk pelancongan baharu di kawasan Kota Kinabalu, Gunung Kinabalu dan Kundasang. Sabah ni unik sebab selain daripada kecantikan pulau dan alam semuja jadi, mereka juga ada tradisi dan budaya yang tersendiri.

Kota Kinabalu atau lebih mudah dipanggil KK merupakan sebahagian daripada Borneo. Kat sini banyaklah keychain atau fridge magnet dengan tulisan Sabah Borneo. Kota Kinabalu terletak lebih kurang 1 jam 30 minit daripada lapangan terbang Kuching.


Wednesday, December 5, 2018

Steamboat Halal & Murah di Kuala Lumpur

Hai dan Assalamualaikum korang,

Saya pernah cakap yang suami dan saya memang kaki steamboat dan grill. Antara port kami selalu datang makan adalah di Pak John Steamboat & BBQ. Kenapa kami pilih makan kat sini? Sebab utama adalah kerana dengan satu harga, kami dapat menikmati buffet steamboat dan grill.

Selain tu, harga makanan di Pak John Steamboat & BBQ pun murah dan sesuai sangat dengan bajet. Nak datang bawak satu family pun tak terasa sangat sebab harga berpatutan dan murah dengan kualiti dan amount makanan yang disediakan.

 Paling penting, makanan di Pak John Steamboat & BBQ adalah Halal.


Sunday, December 2, 2018

Beli 39 Helai Baju Dengan Harga RM10 Sahaja!

 Hai korang,

Percaya tak kalau saya cakap yang saya berjaya shopping sebanyak 39 helai pakaian dengan harga RM10 sahaja? Dan pakaian yang saya dapat tu semua elok dan masih boleh dipakai lagi. Susah nak percaya kan?

Tapi ini cerita betul, ya saya berjaya "tapau" 39 helai baju dengan harga RM10 sahaja di event Tapau Sab yang diadakan di Jalan Jalan Japan, 1 Shamelin pada setiap hari Sabtu pada setiap bulan.


Saturday, December 1, 2018

Uji Kemampuan Diri Di Anlene #WEAREMORE Viper Challenge

Hai dan salam sejahtera korang,

Haritu masa Anlene ada buat cabaran Anlene #WEAREMORE Viper Challenge di 1 Utama Shopping Centre, saya dan kawan saya sempat la sertai cabaran ni. Konon nak menguji kelasakan dan ketahanan badan.

Cabaran ini memang diadakan untuk orang awam secara percuma. Nak sertai pun mudah je, hanya perlu daftarkan diri ke mana-mana hari event, dan selesaikan cabaran dalam masa yang terpantas. Menarik juga la hadiah yang ditawarkan.