Sunday, December 31, 2017

Melawat Ladang Susu Lembu Farm Fresh di Holstein Milk Company

Assalamualaikum dah salam sejahtera,

Terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia/ Malaysia Tourism Council (MTC), terutamanya kepada Exco Pelancongan Malaysia, En Aminuddin, Puan Ezani dan AJ sebab sudi menjemput saya ke trip Road To Agro Tourism Siri 3/2017.

Perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke ladang ternakan susu Holstein Milk Company yang terletak di Muadzam Shah mengambil masa selama 4 jam memang berbaloi setelah sampai dengan permandangannya yang memukau mata.

Holstein Milk Company merupakan sebuah syarikat tenusu yang popular dan kini telah memegang 39% pasaran susu di Malaysia dengan jenama susu Farm Fresh, Desaru Cheese, Farm Yogurt dan yang terbaru Farm Fresh Greek Yogurt serta susu UHT Farm Fresh.


Kali ini, kumpulan media dengan seramai hampir 40 orang dibawa ke Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) yang berlokasi di Rompin, Pahang untuk melihat sendiri bagaimana proses tenusu diambil dan disampaikan kepada pengguna.

Kawasan nak masuk tu agak dalam, tapi kami dijamu dengan permandangan bukit dan rumput hijau serta permandangan awan yang biru. Ala-ala New Zealand Semenanjung Malaysia dah. Lokasi yang best untuk berhenti bergambar.

 

Selesai menjamu selera makan tengah hari, kami diberikan taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Holstein Milk Company, En. Azmi Zainal tentang syarikat, visi dan misi serta target mereka untuk tahun yang akan datang. 

Menarik dengar tentang SOP mereka. Target Holstein Milk untuk susu Farm Fresh adalah 48 jam untuk daripada proses pengambilan susu hinggalah dibawa kepada pengguna. Oh, patutlah susu dia memang betul-betul rasa segar.

Tahu tak korang, susu Farm Fresh bebas pengawet. Kalau korang pernah beli, kalau dah buka seal tu, disarankan untuk habiskan dalam 3-4 hari. Kalau tidak, susu tu basi. Ini merupakan satu baik yang menunjukkan susu tu takde bahan pengawet.

Dari kiri: En Amunuddin dan En Azmi Zainal.

Bahagian yang paling tak sabar, nak masuk jumpa lembu. Bukan senang orang Kuala Lumpur nak jumpa ladang lembu kan. Sebenarnya ladang ini dibuka kepada orang awam, tapi tak ramai yang tahu. So, sekarang dah tahu kan?


Lembu-lembu di Holstein Milk diasingkan mengikut umur dan jantina kecuali di kandang kahwin (jantan camput betina). Kami dibawa melawat di kandang lembu jantan dewasa, betina dewasa, lembu remaja dan anak lembu serta kandang lembu bunting.

 


Memang gemuk-gemuk dan sihat-sihat belaka lembu di ladang ni. No wonder la susu deorang rasa sedap je takde rasa pelik. Kat sini pun deorang jaga makanan dan nutrient lembu tu tau. 

Produksi susu lembu ini boleh mencecah berpuluh litre tan sehari yang mampu menampung permintaan pasaran domestik. Selain itu, syarikat ini juga sudi membantu peniaga kecil yang nak berniaga dan mulakan perniagaan susu dengan tawaran harga susu segar Farm Fresh yang murah.

Automatic shower yang beroperasi menggunakan sensor.

Susu lembu di Holstein Milk akan diperah sebanyak 2 kali sehari iaitu pada 5AM dan 5 PM sahaja untuk memberi ruang untuk lembu-lembu itu berehat dan tak stress. Kalau datang dan teringin nak belajar macam mana nak pecah susu lembu, datang pada masa yang ditetapkan tau.

Kalau dia stress, macam mana nak dapatkan banyak susu yang bagus kan? Lembu kat sini siap ada kipas dan automatic shower lagi tau. Dan kalau cuaca panas sangat, deorang akan dimandikan/ dibasahkan supaya deorang tak stress.



Di kandang anak lembu lain sikit sebab kandang dia lebih kepada seokor satu. Ini bagi memudahkan kerja pemantauan nak lihat samada lembu tu makan atau tidak atau ada sakit apa-apa. Jangan risua, anak lembu ni semua pun baik-baik dan comel.


Anak lembu ni baru nak tumbuh tanduk dia. Sure sakit kan?


Antara 'candid' lembu di Holstein Milk Company, Muadzam Shah

Lembu kat sini semua friendly dan photogenic. Pantang nak ambil gambar mesti pandai posing.

Lembu ni mungkin tengah gatal lidah, sebab tu dia menggaru lidah kat palang tu.

Takperlu nak jelaskan apa yang lembu ni buat kat gambar ni kan? :D


Produk Farm Fresh daripada Holstein Milk Company

Sejak dari awal pengeluaran jenama susu Farm Fresh saya dah jadi peminat setia susu ni. Rasa gembira sangat apabila diberitahu yang kami akan singgah untuk melihat proses susu kat sini.

Jujur saya cakap, produk susu Farm Fresh memang the best antara banyak jenama yang saya rasa. Dia punya fresh tu, memang no. 1. Tambah pulak syarikat anak Malaysia dan ladang pun ada 2 je kat Malaysia iaitu di Johor dan Pahang.

Antara seleksi jenama Farm Fresh yang kini berada di pasaran adalah seperti Susu Segar Farm Fresh, Susu Kurma Farm Fresh, minuman yogurt Farm Fresh (Perisa: original, manga, strawberry, peach) dan yogurt Farm Fresh (Perisa: markisa, peach).


The Holstein Milk Company

Contact: 1-800-88-1228
Website: www.farmfresh.com.my
Facebook: www.facebook.com/farmfreshdairyproduce

Till then,

14 comments:

  1. Tak sangka ladang farm fresh ni dekat pahang gilalah esok boleh lawat.. sekejap.. dapat harga murah tak dari yang biasa kat mall ? Lagi satu kau post gambar lembu romen hahhahaha !

    ReplyDelete
  2. Susu Kurma Farm Fresh memang terbaik..asal jumpa je mesti beli. La ni ada ejen kat opis k.sal..harusla beli ..sedap sangat !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya siap ada agen. Kalau saya beli kat AEON je.

      Delete
  3. wah menarik. produk ni memang saya suka. awal2 dulu ingat produk luar negara

    ReplyDelete
  4. Laa kat situ rupanya ladang farm fresh ni. Tumbuh tanduk sakit mcm tumbuh gigi ke? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jenis yg demam, ada yg ok je. Itu kena jaga elok-elok.

      Delete
  5. Masuk situ kena bayaran berapa ye.. sy suka minum susu ni jugak. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk info bayaran tu boleh call deorang. Saya pun tak pasti sangat.

      Delete
  6. Bestnya dapat pelung tengok sendiri ladang dan perternakan lembu. Baru tahu betapa freshnya susu dan makin berani dan percaya dengan produk Farm Fresh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kita pakat beli susu Farm Fresh je la ok Lia.

      Delete
  7. Assalamualaikum, bestnya!!! Macam nak dapat invitation join event2 or activities camni eh

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^