Monday, December 25, 2017

Tempah Makanan Halal Jepun Secara Online di Bentodon

Hello korang,

Siapa kat sini suka order servis penghantaran makanan? Ye la, kadang-kadang kita kat office malas nak keluar sebab nanti susah cari parking, atau tak ada masa nak keluar sebab sibuk sangat. Aku kadang kat rumah pun order je online delivery ni.

Berita baik untuk korang yang suka dengan makanan Jepun dan suka order servis penghantaran makanan (delivery), kini korang boleh tempah makanan kegemaran Jepun korang secara dalam talian sahaja di website Bentodon.

Menu di Bentodon telah direkacipta khas oleh Chef Shohaimi yang ada pengalaman selama 18 tahun dalam masakan Jepun. Bukan senang nak jumpa chef Muslim yang terer masakan Jepun. Dah orang Islam masak, tak perlu risau bab Halal sebab dah tentu Halal dimakan.



Nak order makanan dari Bentodon kalau minima 2 set free delivery, kalau tak kena bayar RM5. Selain tu, Bentodon juga ada ambil servis katering untuk meeting atau untuk apa-apa function dengan syarat kena la order beberapa hari sebelum.

Kawasan penghantaran Bentodon: 

5KM to 10KM – Kawasan Petaling Jaya Area (Penghantaran percuma)
** Radius: Atas 10KM (Cas penghantaran: RM5 per order)
Kawasan Kuala Lumpur (Cas penghantaran: RM5 per order)
**Min: 6 Main Dish (Penghantaran percuma)

Menu makanan Jepun Halal di Bentodon ada banyak. Ada 9 jenis Bento, 9 jenis Don dan 3 jenis makanan untuk korang yang vegetarian. Sesuai untuk semua orang samada tengah die. Tapi kali ini aku nak cerita pasal 9 jenis Don dari Bentodon.


Tori Katsu Curry Don RM 22.70

Tak sahla kalau hidangkan makanan Jepun tapi takde curry don ni. Menu wajib ada kat mana-mana tempat yang jual makanan masakan Jepun. Aku suka yang Bentodon punya sebab kuah kari dia tak over macam sesetengah tempat. Just nice aje.


Tori Teriyaki Don RM21.70


 Smoked Duck Tamago Don RM25.70

Jarang aku jumpa menu delivery yang ada itik, dahla Halal pulak tu. So korang yang mengidam nak makan itik tu, senang je order online di website Bentodon. Dah tak payah susah-susah nak cari kat mana nak makan itik kan.


Gyu Don RM23.70

Salah satu kegemaran aku kalau makan di kedai Jepun. Tips dia kalau nak sedap daging dia tu kena hiris nipis-nipis baru rasa dia syok. Tambah pulak ada juah sikit tu, makan dengan nasi pergh layan sangat. Saya kasi 5 bintang kat gyu don ni!


Tori Katsu Tamago Don RM 21.70

Inilah hidangan Bentodon yang paling aku suka dan kalau ada peluang memang nak order je lagi. Sedap betul ayam goreng dengan serbuk roti dan diletakkan di atas telur goreng bawang merah. Siap dengan kuah kicap manis dia, memang kalau orang mintak takdenya aku nak bagi. Haha


Unagi Kabayaki Don RM 33.70

Unagi tu maksud dia belut. Aku tak beberapa suka sebab belut, tapi rasa jugak kuah dia tu. Not bad la. Tapi paling penting telur gulung dia thor-baik. Teringat drama Korea pulak bila tengok telur gulung tu.


Sake Butter Yaki Don RM 23.70


Golden Tendon RM 23.70


 Seafood Yaki Udon RM 22.70

Jenis yang tak suka nasi tu, boleh order je udon. Udon mee ni special sebab ada seafood semua. Paling syok, sos dia sedap dan ada topping dengan Bonito Flakes ala-ala Takoyaki tu. Sedap jugak.


Kan aku dah cakap, memang aku suka Tori Katsu Tamago Don. Akak sebelah mintak pun aku tak kasi tau sebab sedap. Bagi aku ni yang paling kena dengan citarasa aku. Kalau korang, suka yang mana?


Waktu operasi: 
Isnin-Sabtu (Ahad dan cuti umum: Tutup)

Waktu penghantaran:
Makan tengah hari:  (11:30am – 12:30pm / 12:30pm – 1:30pm)
Makan malam: (6:30pm – 7:30pm / 7:30pm – 8:30pm)

Syarat tempahan:
2 Main Dish (Penghantaran percuma)
1 Main Dish (Cas penghantaran: RM5 per order)


Korang boleh mula tempah makanan halal Jepun secara online di Bentodon bermula Januari 2018 di laman web rasmi Bentodon di www.bentodon.my


Nak tengok menu apa lagi yang ada di Bentodon? Klik kat bawah:

Vegetarian:  www.foodilifecious.com/bentodon-don-vegetarian-online-delivery/
Review: www.bebelancikmin.com/2017/12/bento-don-masakan-jepun-pertama-yang.html
Review: encikpink.wordpress.com/2017/12/22/kalau-lapar-boleh-order-makanan-jepun

Jom order Bentodon!

20 comments:

  1. Omg! Bento!!! Memang favourite saya! Tapi agak mahal juga ya. Haha. Sekali sekala mencuba best jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la jugak dengan harga tu. Portion dia banyak, nak makan 2 orang pun boleh, rasa pun sedap.

      Delete
  2. Bagus juga ye ada servis macam ni. Penggemar makanan jepun sesuai sangat lah. Saya memang tak suka sangat makanan Jepun.

    ReplyDelete
  3. fuh.. sedapnya.. 1st time tahu makanan jepun ada pelbagai yang sedapa macam ni.. sebeblum ni tahu sushi aje.. hahahah

    ReplyDelete
  4. Lepas ni tak susah dah nak makan makanan jepun yang halal dan boleh delivery ke doorstep. Makin senang sekarang

    ReplyDelete
  5. Servis yang macam ni yang kita cari. Kalau tak, setiap kali nak makan makanan jepun, nak kena cari kedai yang betul-betul sesuai.. ; JMR23

    ReplyDelete
  6. baru makan makanan jepun tadi.. wahh kalau boleh order online nak jugak la. nampak semua sedap

    ReplyDelete
  7. wa everything looks delicious. I wanna try it out tmr

    ReplyDelete
  8. Bagi penggemar makanan jepun, kena wajib try nie. Chef muslim pulak tu yg masakkan..

    ReplyDelete
  9. Mudahnya sekarang ni. Nak makan bentodon pesan secara online sahaja. Tak sabar nak cuba jugak ni.

    ReplyDelete
  10. Banyak gila pilihan makanan die. Yang paling best ada delviery tu. Saya sekarang duduk rumah, memang malas je nak keluar. Ade delivery senang lah nak cuba nanti.

    ReplyDelete
  11. Banyak nua pilihan..
    Nampak semua sedap2 kot

    ReplyDelete
  12. Omg macam sedap je menu yang dorang provide. Kena try ni nanti. Order je, terus sampai depan pintu. Terbaikkk

    ReplyDelete
  13. Bestnya bento! Semalam baru pi sushi king. Itu je la yang bole dapat kat kuantan ni. Yang ni memang order online je ye?

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap! Lagi banyak variety makanan Jepun eh. Selalu bento makanan Jepun ruby makan sushi je. Hehehe. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  15. Nampak sedap betul semua makanan. Tp malang sekali, Banting terlalu jauh dari radar Brntodon 😂

    ReplyDelete
  16. Sedap. Tapi membayangkan harganya yang agak tinggi, saya akan terus pergi ke Zanmai.

    ReplyDelete
  17. haha takda dekat Penang jugak. but price like that tak boleh survive here.

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  18. wow, tempah tapi avalaible tak hulu langat ?

    ReplyDelete
  19. Semua sesedap ni...mmm x sabar nak pre-order huhu

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^