Tuesday, February 6, 2018

Alami Detik Keemasan Dengan KFC Golden Egg Crunch

Hi dan salam sejahtera korang,

Sempena dengan musim perayaan Tahun Baru Cina, KFC Malaysia akan membawakan citarasa keemasan khusus untuk penggemar mereka untuk menambah kemeriahan dalam pertemuan seisi keluarga dan sahabat handai.

KFC Golden Egg Crunch ditampilkan dalam perisa telur asin bersama dengan daun kari dan selasih manis menyebabkan menu ini merupakan antara menu yang wajib dicuba. Kalau habis tak tahu eh.


Saya berpeluang untuk merasai macam mana rasa ayam goreng Hot & Spicy KFC yang telah diformulakan dengan ramuan istimewa yang menghasilkan unik masin, pedas dan manis yang semestinya membangkitkan selera saya. Memang sedap.

KFC Golden Egg Crunch boleh didapati dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam bermula dengan harga RM14.50. Macam biasa, setiap kombo didatangkan juga dengan hidangan sampingan KFC coleslaw, kentang putar dan secawan minuman Mug Sarsaparilla.

 



Celebration Bucket menampilkan ayam Original Recipe dan Hot & Spicy yang didatangkan dalam kombo 5 ketul dan 9 ketul ayam bersama KFC Cheezy Golden Sticks dengan krim keju, cebisan udang dan cendawan,kentang putar dan minuman ringan berkarbonat.


KFC Golden Egg Crunch dan Celebration Bucket boleh didapati di semua restoran KFC dari 25 Januari 2018, sementara stok masih ada.

Till then,

21 comments:

  1. Pergh menu baru dia mmg sume sedap!

    ReplyDelete
  2. Golden egg salt menu baru kfc ni belum berkesempatan ccl nak cuba . Rasanya camner ? Sedap ?

    ReplyDelete
  3. Sebulan sekali akak makan kfc. Menu baru ini belum pernah cuba. Tunggu bila terasa nak makan baru cuba.

    ReplyDelete
  4. Golden egg crunch ni macam salted egg lah kan? macam sedap jer hehehe.. nanti nak cuba lah. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  5. Mesti kena cuba ni. Hari2 tgk iklan KFC golden egg crunch ni dkt tv.mana boleh tahan. Dah lah ana peminat ayam hot and spicy.tak leh lepaskan peluang nak rasa menu baru ni.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah... Semua dok.kata ayam kepsi baru ni best sangat.... Ni yang eruja sgt nak try. Smoga dpt rezeki untuk cuba sbb overwhelming sgt thumbs up

    ReplyDelete
  7. Dari last week lagi duk teringin nak makan kfc telur masin ni, wuuuuuu. Belum berkesempatan nak singgah kfc. Busy memanjang. Kalau la ada kfc berdekatan ofis kan bagus. Esok nak pi try la kat mana-mana branch kfc.

    ReplyDelete
  8. Alahaiiii... Nampak sedap pulak. Baru jer makan KFC last week. Tapi tak beli yang ini lah. Nak try lah nanti.

    ReplyDelete
  9. Sedap eh Zayani..akak tak sempat nak try lagi..boleh la try weekend nanti..nak bawak anak dara akak..dia memang hantu KFC..

    ReplyDelete
  10. Oh my! KFC is always my favourite... Wanna try!

    ReplyDelete
  11. Heheheheh baru jer tadi lepas makan KFC golden Egg Crunch ni hehehe memang pedas tapi memenuhi selera kita makan dua tak cukup ok nak kena habis sebakul tapi tak ada jual combo kalau tak senang.

    ReplyDelete
  12. aida lom try!!!
    lom berpeluang terjah fast food these few weeks. anak tak brape sihat la :(
    kfc ni memang selalu la masuk. sebab izzat suka ayam goreng. mcm upin ipin.
    will try ni :)

    ReplyDelete
  13. Tengah mode diet. Tak dapat la nak merasa menu baru dari KFC ni. Sadis

    ReplyDelete
  14. Alahaiii jelesnyeee...akak dari hari tu nak cuba golden egg crunch ni..sampai la ni lom merasa lagi.

    ReplyDelete
  15. mood diet from KFC, tak rasa menarik dah tengok ayam kfc hahahahahahahaa...... lol... rasa kalau sebulan kadang kadang 0 nak singgah.... rasa macam setahun 2-3 x

    ReplyDelete
  16. Baru makan semalam. Memang sedap sebab ada rasa masin masin manis sikit. Recommended!

    ReplyDelete
  17. nampak yummy sangat ayam tu, teringin jugak nak merasa sebab ada orang cakap sedap

    ReplyDelete
  18. Alamak sedapnya. Dahla lama x pekena kfc tiba2 rindu ayam ni huhuhu

    ReplyDelete
  19. Ada gak masa event ni cuma tak sempat nak rasa sbb terpaksa balik sebaik shj event selesai nanti nak cuba juga .. cuma selalunya bila masuk KFC mesti nk order yg Ori... huhu

    ReplyDelete
  20. Sejujurnya, onie tak try lagi menu baru dari KFC ni. Hehe... sebab takut tak sedap. Nantilah nak cuba. Harap tak menghambarkan la..hee

    ReplyDelete
  21. Dah try makan ayam golden crunch ni... memang sedap dah siap repeat 2 kali ha ha ha tersuka tanpa sengaja.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^