Wednesday, March 20, 2019

Apa Nak Buat Dalam 1 Hari di Kuala Lumpur?

Hai dan Assalamualaikum korang,

Saya ada ramai kawan yang bukan warganegara Malaysia, yang selalu tanya apa yang menarik dan best nak buat di Kuala Lumpur dalam masa sehari? Selalunya mereka ni samada transit ke Kuala Lumpur untuk ke destinasi yang seterusnya.

Soalan macam ni membuatkan saya terfikir, "Apa Nak Buat Dalam 1 Hari di Kuala Lumpur?". Memang banyak tarikan menarik yang ada di KL ni, tapi yang masa satu paling berbaloi, jimat dan senang untuk korang pergi.

Disini, saya kongsikan 4 lokasi menarik di Kuala Lumpur yang boleh korang buat dalam masa 1 hari.


Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2019
Lokasi: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 
Bayaran masuk: Percuma
Waktu operasi: Setiap hari jam 9AM- 6PM.
Nota: Kompleks Kraf Kuala Lumpur dibuka setiap hari untuk orang awam.


Kraftangan Malaysia yang merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah menganjurkan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2019 yang berlangsung pada 28 February hingga 11 Mac 2019 yang lepas.

Bagus usaha Kraftangan Malaysia untuk menarik minat warganegara dan bukan warganegara untuk belajar dan tahu tentang keunikan kraftangan Malaysia. Industri kraftangan Malaysia pun not bad saya tengok, banyak betul penggiat kraf.



Tema HKK 2019 adalah "Memperkasa Komuniti Kraf", yang dimana tujuannya adalah untuk memastikan industri kraf di Malaysia terus hidup dan membangun. Kat HKK boleh nampak banyak produk kraf tempatan yang kita boleh pakai dalam kehidupan seharian.

Fungsi dan kegunaan produk kraf pun dah dinaik taraf. Sebagai contoh, kalau dulu orang pakai labu sayong untuk simpan air, tapi sekarang boleh buat sebagai perhiasan lampu atau bunga. Banyak idea mereka untuk menginovasikan produk kraf.



Saya juga berpeluang untuk melihat pelbagai aktiviti dan demonstrasi kraf. Lebih menarik lagi, pengunjung juga dapat merasa pengalaman buat kraf tu secara percuma. Tak sangka kebanyakan yang buat demo tu pelajar dari kolej kemahiran.

Rasa lega bila tahu ada anak muda yang masih berminat dakan industri kraf dan yang boleh membawa jenama dan kraf ni pada masa depan.



Bukit Bintang Art Street 
Lokasi: Jln Alor Street Art 1/ Jln Alor Street Art 2/ Street music site, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Bayaran masuk: Percuma

 


Dah lama saya nak cari kat mana port Bukit Bintang yang cantik, then baru sekarang ada kesempatan. Tak sangka di Jalan Bukit Bintang, belakang banggunan macam ni ada port cantik untuk bergambar yang bewarna warni. Sesuai sangat ambil gambar untuk IG dan FB.

Ada 3 port street art ni. ak cari hanya perlu google maps sahaja atau cari je sebab tak susah. Lokasi ketiga-tiga port ni pun tak jauh. Puas hati berjalan dan bergambar, dahla percuma, orang pun tak ramai yang lalu-lalang.

Nama jalan: Jalan Alor Street Art 1,  Jalan Alor Street Art 2 dan Street music site.


 

Setiap kawasan ada dekorasi yang tersendiri. Saya sempat pergi ke 3 kawasan/ banggunan. Nampak lah keunikan setiap kawasan tu. Contoh macam gambar kat atas, deko design dia sampai ke lantai, manakala gambar kat bawah tu banggunan yang unik.

Tips saya: Sebelum datang make sure pakai pakaian yang sesuai untuk korang bergambar dengan suasana yang berwarna-warni. Satu je nak cakap, musim Malaysia sekarang memang panas, jadi jangan lupa untuk bawa air kosong.



Museum of Illusion 
Lokasi: Tingkat 1, Ansa Kuala Lumpur Hotel, Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Setiap hari jam 10AM- 10PM
Bayaran masuk: RM35 (Dewasa), RM25 (Kanak-kanak)

 

Museum of Illusion merupakan muzium yang pertama sepertinya di Asia Tenggara. Museum of Illusions memiliki koleksi pameran hologram, stereogram dan ilusi optik yang terbesar di Asia. Bangga pula kat Malaysia ada muzium konsep macam ni.

Konsep muzium ini diilhamkan dari Zagreb, Croatia yang menyimpan lebih daripada 70 pameran yang terdiri daripada bilik yang menguji minda, ilusi optikal, dan bilik permainan  dan teka-teki. Sangat sesuai untuk semua golongan umur.

Di bilik cahaya warna, kita akan bermain dengan ilusi ruang kosong, warna, cahaya dan objek. Dengan menggunakan warna utama: Merah, Hijau dan Biru, dengan ilusi tu maka wujudlah warna sekunder seperti: Magenta, Kuning dan Cyan.

   

Kalau yang jenis suka menguji kemampuan otak tu, boleh bermain dengan banyak permainan minda disini. Korang tahukan mainan puzzle teka-teki macam ni memanh terbukti boleh melatih otot otak korang supaya berfungsi secara maksima.

Antara jenis puzzle yang ada disini adalah puzzle kayu, permainan minda dan permainan dilema. Main mainan macam ni bukan saja dapat melatih minda kita, tapi kalau gagal nak selesaikan tu, sampai boleh pecah kepala. Haha

 


Kaleidoscope: Masa kecik dulu teringat saya suka main dengan kaleidoscope yang kecil yang macam teropong tu. Unik dan simple ilusi dia. Sebabkan kaleidoscope ini selalunya dalam bentuk silinder, dengan adanya cermin dan cahaya, maka terpantul lah imej tu berulang kali.

Unik dan impressive!


Makan di The Love @ MaTiC
Lokasi: Malaysia Tourism Center (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Setiap hari, 24jam.
Harga makanan: Harga makanan dan minuman bermula dari RM4 hingga RM15.


Dulu, The Love ni dikenali dengan banyak nama, antara yang popular adalah Saloma Bistro. Lepas pihak lain ambil alih, maka nama lokasi ini sekarang adalah The Love. 

Saya suka dengan konsep terbaru, The Love. Restoran makanan ini mensasarkan untuk menjadikan lokasi ini tempat melepak orang sekeliling. Ye lah, dah buka 24 jam, dah tu hidangkan menu makanan yang sedap dan berpatutan.

The Love @ MaTiC menghidangkan makanan tradisional dan popular mengikut negeri di Malaysia secara buffet sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Untuk buffet makan petang, menu popular minum petang Malaysia dihidangkan.

Selain itu, mereka juga ada menghidangkan menu makanan ala carte yang terdiri daripada pilihan makanan barat, goreng dan makanan ringan.




 Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana menjemput saya untuk menyertai Kuala Lumpur Media FAM Trip sempena dengan Hari Kraf Kebangsaan 2019.


Till then,

3 comments:

  1. Saya bangga jadi rakyat Malaysia. Malaysia is Truly Asia. Memang sangat cantik kalau kita jejak satu persatu lokasi.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^