Review Filem: Dorm Melati (2017)

Hello korang.

Terima kasih kepada Bro Framstone dan Metrowealth kerana sudi jemput aku untuk tonton DORM MELATI yang merupakan filem ke 116 terbitan mereka.

Filem ini menampilkan pelakon muda seperti Julia Marin, Aizat Hassan, Syaa Nasir, Ardell Ardyana, Adam Shahz, Ikmal Amry bersama dengan pelakon yang berpengalaman seperti Nadia Aqilah, Sabrina Ali dan Azman Hassan.


SINOPSIS FILEM
Filem ini menceritakan tentang 5 sahabat baik iaitu Adam, Zafira, Eddy, Raihana dan Carol yang baru habis belajar dan merancang untuk pergi bercuti bersama-sama. 
Oleh sebab Adam sangat suka dengan benda yang extreme, jadi dia memilih untuk membawa kawan-kawannya untuk bercuti di Dorm Melati sebab dengar cerita yang tempat itu berhantu.

Walaupun kawan-kawan yang lain tak suka dengar cadangan si Adam ni, tapi akhirnya semua orang ikut je dia pergi. Bermula dengan malam pertama mereka kat sana, seorang demi seorang mendapat gangguan dari hantu Melati Putih.

Mereka kena kacau dengan hantu tu ada yang sampai cedera, dan ada yang sampai disorok oleh hantu tu.



REVIEW FILEM

Filem ini bagi aku, boleh tahan jalan ceritanya, agak perlahan sedikit tapi sangat sesuai untuk korang yang penakut, atau yang baru nak 'belajar' tonton cerita hantu. Bahagian yang terkejut dan suspens masih ada, cukup untuk membuatkan satu panggung terkejut dan jerit-jerit, tapi tak seberat filem hantu yang lain.

Jujurnya aku rasa, pelakon baru dalam filem ini semuanya sama menonjol. Tak ada seorang pun yang tertinggal, semua ada peranan dan personaliti yang masing-masing dan pandai bawa diri.

Oh, aku memang teringat dengan 'killer clown' masa tonton filem ini sebab ada bahagian yang hantu tu seret cangkul untuk bunuh orang tu. 

Bintang: ★★★
Rating IMDb: -


Post a Comment

12 Comments

AngelBong said…
Dorm Melati look scary ; P hope have change to have a look this malay ghost movie ...
NO, NO WAY from me, just that photo already freak me out to be honest.
Rawlins GLAM said…
Dah la I kerja jaga students kat dorm - memang takut la nak tengok hahaha
Tapi nak gak tengok
Em said…
Geesss... I am quite a scaredy cat when it comes to horror films. This one sounds amateurish but then again, I don't want to get nightmares later when I go to bed!!
Mariella said…
I easily get scared so I would really need somebody that will accompany me if I will watch this lol
Miera Nadhirah said…
oh dear.... my daughter is gonna love this but I do not want to be fearful of where I go... lol
仙妮 said…
Omg....horror movie! No...no..no...scarf to watch any...am timid, later night mare ;) cheers, SiennyLovesDrawing
Ivy Kam said…
Oh wow scary movie, I like this type of story, thanks for sharing :)
wow scary movie it seems. will catch it at the cinema when free
Betty's Journey said…
Issues. Seram betul when watch the trailer. Seem a good movie to consider.
This looks great, another Asian horror film and I think its a must see!
Shiv B said…
Not really a big fan of horror films but the storyline on this one seems alright. Will certainly share it to those who would enjoy it :)

FOLLOWERS