Hai korang,
Perjalanan 5 hari saya juga ke lokasi yang lain di Thailand:
Khao Kho: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-kho-thailand.html
Phurua: http://www.nurulzayani.com/2019/02/melawat-ke-tempat-paling-sejuk-di-thailand.html
Khao Yai: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-yai-thailand.html
Till then,
Kejap je 5 hari di Thailand. Tak sangka, kat Thailand pun tempat cantik, memukar mata serta minda dan sejuk macam ni. Dekat je pula tu dengan Malaysia. Walaupun jarak perjalanan jauh, tapi bertambah pengalaman saya.
Terima kasih kepada Heritage One Stop Travel untuk 5 hari yang awesome. Kalau korang berminat nak berjalan ke Khao Kho- Phurua- Khao Yai- Bangkok, saya memang recommend untuk pergi dengan agensi ni. Contact ada kat bawah sekali.
Ok, jom sambung. Apa yang menarik kat Bangkok, Thailand?
Hari 4
Sampai je kat Bangkok, kami singgah dulu di Asiatique The Riverfront. Tempat ni macam kawasan tempat membeli belah, pasar malam, karnival dan port melepak yang lawa. Banyak benda menarik yang ada di sini.
Nak beli barang murah macam barangan kecantikan, spa, tshirt semua ada kat sini. Rambang mata shopping. Pastikan bawa banyak duit je sebab mesti korang akan membeli belah kat sini. Memang kebanyakan orang beli barang kat sini.
Saya suka layout gudang ni sebab memudahkan orang yang datang kesini untuk untuk mencari barang atau yang datang nak mencuci mata. Setiap banggunan/ gudang disini, ada nombor dan indikasi kat situ ada jual apa.
Jadi, kalau katakan nak cari barang spa, atau minyak urut ke, tengok je papan tanda gudang tu kat mana. Jadi, takde lah sesat sebab tempat ni besar. Bagus lah untuk orang yang tak familiar dengan tempat besar dan asing.
Kalau nak cari street food yang Halal, kat sini memang belambak. InshaAllah Halal untuk dimakan walaupun takda tanda Halal tu. Pepandai lah korang cari dan yakin makanan tu boleh makan. Setakat roti, ais krim, pulut tu memang banyak.
Kalau rajin lagi, jalan kat sampai area dekat dengan sungai. Kat sana ada macam karnival makanan street food. Banyak makanan Halal seperti seafood, gorengan kat situ. Rugi tak cuba makanan.
Petang tu, dah puas bergambar dengan bunga matahari (yang patah tengkok dan yang baru nak mekar) dan kenyang perut, kami terus ke Wathana Place Hotel untuk malam terakhir di Thailand sebelum balik esok hari.
Kebetulan malam tu ada pasar malam tepi jalan yang dekat dengan hotel, saya pun berjalan keluar untuk tengok apa rupa pasar malam kat Thailand ni. Lebih kurang sama je dengan pasar malam kat Malaysia, cuma makanan je yang limited sikit.
Kebetulan malam tu ada pasar malam tepi jalan yang dekat dengan hotel, saya pun berjalan keluar untuk tengok apa rupa pasar malam kat Thailand ni. Lebih kurang sama je dengan pasar malam kat Malaysia, cuma makanan je yang limited sikit.
Hari 5
Kalau ke Khao Kho dan Khao Yai, lapangan terbang yang terdekat dari Kuala Lumpur adalah dari Bangkok. Memang trip ni, flight balik hari terakhir jam 6 petang, maka sempat lagi lah nak berjalan selepas check out pada hari terakhir.
Singgah ke pasar awam. Orang suka bawa balik buah mangga dari Thailand. Mangga popular sebab buah dia lagi manis daripada mangga harum manis. Ada juga buah mangga potong yang dah kering. Itu pun dah sedap dan manis.
Beras pun banyak jenis dengan kualiti yang tinggi. Murah-murah pula. Beras pulut hitam hanya THB80 untuk 1kg. Ok la kan murah. Patut la ramai orang borong beras kalau datang ke Thailand.
Menarik di kawasan rehat kat sini, merata-rata ada alat mainan macam ni. Kadang-kadang kat tempat lain, depan 7 Eleven pun ada mesin mainan ni. Senang, tak payah nak pergi arcade untuk main. Kalau saya ada syiling haritu, saya pun main. Haha.
Beli makanan Halal di 7Eleven di Thailand:
1) 7 Eleven kat sini memang banyak makanan Halal dengan logo Halal dari Majlis Agama Thailand, Indonesia dan Malaysia.
2) Mencari makanan berat kalau tengah lapar, boleh beli daging burger atau roti jenama CP. Tak perlu masak pun dan sedap pula tu.
3) Makanan yang wajib korang cuba dari 7 Eleven adalah air dari peti sejuk, chips dan kek Lepas Banana yang hanya dijua di 7 Eleven.
Lepas habis membeli di pasar pagi, kami terus dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang untuk pulang ke Malaysia. Thank you abang driver sebab bawak van dengan selamat. Dahla perjalanan semua jauh jarak dia.
Terima kasih juga kepada abang dan akak tour guide, abang tour lead dalam van dan semua lah! Even aunty dan uncle yang join trip ni pun semua awesome.
Terima kasih kepada Heritage One Stop Travel untuk 5 hari yang awesome. Kalau korang berminat nak berjalan ke Khao Kho- Phurua- Khao Yai- Bangkok, saya memang recommend untuk pergi dengan agensi ni je.
Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel
www.facebook.com/HOSTravel
Perjalanan 5 hari saya juga ke lokasi yang lain di Thailand:
Khao Kho: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-kho-thailand.html
Phurua: http://www.nurulzayani.com/2019/02/melawat-ke-tempat-paling-sejuk-di-thailand.html
Khao Yai: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-yai-thailand.html
Till then,
19 Comments
menarik ni. terutama pemandangan2 yg zayani share, terbaik.
tapi tu la, ada plan ke negara lain dulu.
nanti baru pusing masuk thailand plak lagi :)
Siap shopping lagi.
Seronok.
Terasa satu kepuasan bila dapat berjalan pastu dapat shopping, dapat tengok keindahan tempat orang..