Travelog Iran: Pengalaman ke Negara Parsi, Iran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 15 hingga 23 April 2019 yang lepas, saya berkesempatan melawat ke negara yang jarang orang pergi, tapi kaya dengan sejarah tamadun awal kemanusiaan, iaitu ke Iran. Iran atau nama lamanya Persia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Barat. 

Berkeluasan sebesar 1,648,000 km persegi menjadikan Iran salah satu negara yang terbesar di Asia. Kedudukan Iran di peta adalah bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq di sebelah barat.

Kebanyakan orang takut nak ke Iran sebab negara ini bersempadan dengan negara bergolak seperti Iraq, tapi Alhamdullilah selama saya disana, tiada apa-apa yang jadi dan keadaan di sana pun okay dan selamat sahaja.


Saya sendiri pun pertama kali ke Iran bersama dengan travel agensi Heritage One Stop Travel. Suka dengan servis dan pakej yang mereka tawarkan sebab sekali bayar dah termasuk semua. Tak payah pening nak fikir kena bayar apa-apa dah. Insuran pun dah siap.


PERJALANAN KE IRAN

Perjalanan kami ke Iran menggunakan Mahan Air. Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki pesawat ni. Walaupun ramai orang cakap Mahan Air banyak masalah, Alhamdullilah selama 7 jam 30 minit perjalanan pergi balik tu seronok je.

Seronok saya dalam kapal terbang sebab dapat makanan sedap, dapat tidur dengan tenang sebab mereka sediakan bantal dan selimut, lepas tu mereka malapkan lampu untuk tidur. Nyenyak je dalam tu, cuma bangun masa nak makan sahaja.



Menariknya tentang bumi geografi Iran, kalau dari atas kapal terbang, boleh nampak banyak perbezaan yang setiap lokasi di Iran ada. Ada lokasi yang padat dengan penduduk dan banggunan, ada lokasi yang kosong, hanya bukit dan gunung.

Iran ni besar, tapi tak membangun seperti negara Asia yang lain.


Selepas 7 jam 30 minit perjalanan dalam kapal terbang dari Kuala Lumpur, maka kami pun sampai di Lapangan Terbang Imam Khomeini, Tehran, Iran. Masa sampai tu dalam 5AM waktu tempatan. Selesai imigresen dan ambil beg, kami disambut mesra oleh tour guide disana.

Alang-alang sampai tu hampir nak masuk waktu Subuh, maka kami dibawa terus ke hotel persinggahan untuk solat subuh dan sarapan. Nak solat dekat airport pun boleh saja sebab cantik dan unik juga surau yang mereka sediakan.


Disebabkan Iran ni merupakan negara yang sangat luas, maka trip kali ini mengambil masa selama 9 hari. Kami mula teroka di bahagian Selatan Iran dengan menaiki pesawat Mahan Air ke Shiraz. Jarak dari Tehran nak ke Shiraz adalah 800KM. Naik flight, jadi 1jam.

Perbezaan waktu Iran dan Malaysia, tolak 4jam 30minit.




 .
PENGANGKUTAN DARAT

Selepas perjalanan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Tehran, dan Tehran ke Shiraz, semua perjalanan kami adalah menggunakan bas. Nasib baik bas luas dan selesa sebab perjalanan darat di Iran memang lama dan jauh.

Walaupun perjalanan jauh, berbaloi sebab kiri-kanan penuh dengan permandangan bumi Iran yang kaya dengan bentuk bumi yang tiada di Malaysia. Sekejap nampak bukit dengan rumput hijau, sekejap lagi nampak kawasan pasir, lepas tu nampak gunung yang ada salji kat atas dia. 

Hebat ciptaan Allah, sebuah negara ada banyak suhu/ musim.


MATA WANG IRAN

Nilai mata wang di Iran adalah menggunakan Iranian Rial (IRR). MYR 1 bersamaan dengan IRR 10,107. Susah sebenarnya nak jumpa money changer yang ada tukaran wang IRR sebab nilai yang sangat kecil dan tak stabil. 

Kalau tak jumpa tempat tukar mata wang IRR, korang boleh bawa duit USD atau EUR. Selalunya kat sini duit macam ni memang laku dan kebanyakan kedai pun memang pakai matawang ni. Lagi bagus kalau korang tukar duit dalam kad debit.


Sebelum pergi haritu, pihak HOSTravel ada tanya, siapa yang nak ambil kad debit Iran. Dengan currancy yang mereka tawarkan MYR100 dapat IRR 30,000 memang sangat berbaloi. Maka saya pun tukar MYR400, dapatlah dalam IRR12 juta.

Kad debit ni memang kena habiskan sebab tak boleh refund. Yang bestnya, kad ni semua kedai boleh pakai, tak kisahlah kedai besar ke, kedai jual buah tepi jalan ke semua sure boleh pakai. Yang tak boleh pakai cuma orang local yang datang tawar jual barang je.


SUASANA DAN PERMANDANGAN

Musim di Iran semasa saya kesana pada April lepas adalah semasa musim bunga. Memang banyak bunga cantik-cantik nak mengembang. Tepi jalan pun banyak bunga lelawa. Bunga ros pun macam tu je buat tanam tepi jalan.

Setiap daerah di Iran suhunya tak sama. Semakin ke utara, semakin sejuk. Suhu dalam lingkungan 17- 23 degree celcius. Kadang-kadang nampak je macam padang gurun kosong, tapi sekali kalau angin tiup, punya la sejuk sampai menggigil selsema. Jadi, bawa la baju yang sesuai.




SENIBINA DAN LANDSKAP

Geografi Iran penuh dengan dataran, tanah tinggi dan gunung besar, yang terdiri daripada Gunung Elburz di utara dan Gunung Zagros di sebelah barat. Bahagian tengah dan selatan Iran pula dipenuhi dengan dataran tinggi Iran.

Senibina di Iran sangat unik dan ada keunikan yang tersendiri kalau nak banding dengan negara Islam yang lain, tak kisahlah dari segi struktur hinggalah ke ukiran dia. Nampak sama, tapi kalau tengok betul-betul, memang lain dan ada cerita yang tersendiri.




BUDAYA TEMPATAN

Penduduk Iran menggunakan bahasa Parsi sebagai bahasa utama. Bahasa Parsi memang dengar macam bahasa Arab, tapi tak sama. Kebanyakan orang Iran tak fasih sangat nak berbahasa English. Agama rasmi Iran pula adalah agama Islam. 

Kat sini wanita wajib menutup kepala. Kalau yang tak pakai tudung tu, kena bawa shawl atau tudung untuk kesini, tak kisahlah korang Islam atau bukan Islam semua kena tutup kepala. Lepas tu, kalau nak melawat ke tempat yang suci atau tempat sembahyang pun kena pakai sopan.

Korang kena tahu, Iran ni ada agama yang hampir sama dengan Islam iaitu Syiah, jangan terikut pula ya. Kat sini pun masih lagi ada tinggalan agama purba mereka, Majusi atau Zoroastrianisme yang sembah api.






MAKANAN

Makanan harian masyarakat Iran adalah nasi, roti dan kebab. Kalau datang ke Iran, paling wajib korang kena cuba makan adalah nasi butter saffron dia berlaukkan daging atau ayam kebab. Memang sedap. Rasa memang tak sama lansung dengan nasi putih yang kita selalu makan.

Kena juga cuba pelbagai jenis roti unik dari Iran yang orang panggil Lavash. Roti dia ada banyak jenis dan rupa, dan besar gedabak saiz dia. Percaya tak roti flatbread Iran ni ada pengiktiirafan makanan tradisional di bawah UNESCO.

Lagi satu, wajib juga cuba minum teh dengan gula popular Iran. Untuk peminat teh macam saya, teh kat sini merupakan antara yang sedap pernah saya minum. Saya suka dengan cara penyediaan dan penggunaan gula untuk buat teh ni.




SOALAN HOT:

1. Selamat ke Iran?
Dulu Iran memang terkena sekatan politik, tapi sekarang dah tak ada apa-apa sekatan. Dari segi keselamatan, so far semasa saya pergi tak ada apa-apa berita buruk atau kejadian yang tak diingini berlaku dan kat sana pun selamat je.

2. Kenapa pelancong pilih Iran?
Kebanyakan pelancong asing yang saya tanya, mereka ke Iran sebab nak tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah negara Persia yang wujud sejak beribu tahun lamanya. Selain tu, Iran merupakan negara yang murah untuk membeli-belah.

3. Siapa patut datang melawat ke Iran?
Mereka yang suka dengan sejarah tamadun kemanusiaan, sejarah agama di dunia dan suka dengan permandangan dan negara yang tak sesak, sesuai sangat datang ke Iran.

4. Mahal tak pakej HOSTravel ke Iran?
Pakej yang mereka tawarkan memang fullboard, tiket pergi-balik kapal terbang, makan sehari 3-4 kali, pengangkutan, tempat tidur selesa, tour guide, tiket masuk tempat lawatan dan insuran semua bawah RM4.6k untuk 9 hari.



Terima kasih kepada Heritage One Stop Travel untuk 5 hari yang awesome. Kalau korang berminat nak berjalan ke Iran, saya memang recommend untuk pergi dengan agensi ni. Nantikan blogpost Travelog Iran saya yang lain ya.


Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel


Entry lain tentang Iran:
1. Travelog Iran: Teroka Sejarah Iran di Shiraz
2. Travelog Iran: Yazd & Esfahan
3. Travelog Iran: Apa Nak Buat Dalam 1 Hari di Tehran
4. Travelog Iran: Main Salji di Tochal Ski Resort, Tehran

Till then,

Post a Comment

3 Comments

Faeez Azmi said…
Wew.. Selalu mmg agak was2 nak bg kebenaran pergi sana sb faktor keselamatan.. Alhamdulillah so far mmg ok & enjoy betul kat sana.. :)
sbfadzil said…
Bila baca dan lihat gambar terus timbul keinginan untuk bercuti ke Iran.

FOLLOWERS