Assalamualaikum dan hello korang!
Selama saya membesar di utara (Pulau Pinang), saya masih lagi belum berkesempatan untuk meneroka banyak kawasan menarik di utara, terutamanya di Kedah dan Perlis. Baru-baru ini, saya dapat peluang untuk menjejakkan kaki ke Baling, Kedah.
Baling merupakan salah satu daerah tertua dalam negeri Kedah. Daerah Baling adalah berkeluasan 1,530 km persegi (590.32 batu persegi) dengan kawasan tanah bumi yang bertanah pamah dan bukit-bukau. Antara tarikan yang paling popular disini adalah Gunung Baling.
Baling ni dekat je dengan daerah Kulim, Sik dan Kuala Muda serta berjiran dengan negeri Perak dan bersempadan dengan wilayah Yala di Thailand. Daerah Baling merupakan sebuah daerah yang penting didalam sejarah Malaysia sebab disinilah tercatatnya sejarah Rundingan Baling.
PERJALANAN KE BALING, KEDAH DENGAN KERETAPI
Perjalanan kami ke Baling bermula dengan berkumpul di Stesen KL Sentral untuk menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dengan naik keretapi jenis servis Electric Train Service (ETS) ke Stesen Sungai Petani, Kedah. Perjalanan mengambil masa selama 4jam 30minit sahaja.
Sebenarnya dah beberapa kali saya naik ETS dan so far takde lagi pengalaman yang tak best. Naik train lebih santai sebab lebih santai, ada tandas, ada surau, ada kafe untuk makan-makan. Kira lebih selesa, sekarang koc siap ada wifi tau.
Kalau korang jenis yang selalu travel dari Kuala Lumpur ke Utara atau sebaliknya, naik ETS adalah pilihan yang terbaik sebab selain daripada dapat jimat masa perjalanan, naik train lebih berbaloi daripada kalau korang nak drive. Takde lah penat.
Cuma downside-nya, nak naik train ni kena book awal in advance. Tiket train dari KL Sentral ke Sungai Petani adalah RM96.00 untuk sehala.
MITOS BALING - RAJA BERSIONG
Korang pernah tak dengar cerita mitos asal usul nama "Baling". Ada 2 versi cerita mitos tentang macam mana Kedua-dua versi ini mash bersifat mitos, versi yang pertama Baling berasal dari perkataan Siam, Ban Ling yang bermaksud Kampung Kera.
Dikisahkan orang dahul kala kononnya begitu banyak kera dan monyet yang mendiami kawasan hutan dan perkampungan sekitar Baling, lantas Baling merujuk pada perkampungan dan jumlah kera yang banyak.
Cerita yang kedua, dikata Baling berkait dengan mitos Raja Bersiung. Seorang raja yang zalim dan dikatakan gemar meminum darah hamba rakyat. Raja ini dikatakan melarikan diri dari buruan rakyat bila sampai di Baling, baginda diceritakan mencabut gigi siungnya bagi menghilangkan identiti. Siung itu dibaling jatuh ditempat yang menjadi nama Baling.
MASJID RIDZWANIAH PEKAN BALING
09100 Baling, Kedah
Untuk umat Islam yang nak mengerjakan solat, korang boleh melawat ke Masjid Baru Ridzwaniah Pekan Baling yang terletak di kaki Gunung Baling. Lokasi yang berada di Pekan Baling ini membuatkan masjid bewarna putih cantik terletak berlatar belakangkan Gunung Baling.
Masjid baru ini merupakan masjid yang menggantikan masjid yang lama sejak dari Ogos 2019 yang lalu dengan pengubahsuaian untuk besarkan lagi ruang di masjid.
LOKASI PENGINAPAN DI BALING KEDAH
DIMA Garden Sungai Petani
Lot 3472, Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, 09400 Sungai Petani, Kedah.
Contact 010-4610838
Facebook: www.facebook.com/p/Dima-Garden-100086694420940
Instagram: www.instagram.com/dimagardensungaipetani
Kami berpeluang untuk menginap di resort yang baru DIMA Garden yang baru sahaja buka pada Ogos 2023 yang lepas ini adalah hasil idea dari pengasasnya, Dato’ Ir Mansor Musa. Nama DIMA diambil hasil gabungan namanya, Dato’ Ir Mansor Musa bersama dengan nama isterinya, Datin Afiza.
DIMA Garden terletak di Sungai Petani yang juga merupakan lokasi yang strategik untuk mereka yang datang dari arah selatan yang mencari lokasi untuk healing bersama dengan keluarga atau kawan-kawan. Mereka menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan.
🌸 Bilik Cengal (Maksima 2 dewasa)
🌸 Bilik Akasia (Boleh muatkan 2-5 orang)
🌸 Bilik Kabin (Maksima 4 dewasa)
🌸 Bilik Kapsul (Boleh muatkan 2-3 orang)
Untuk review penuh Resort DIMA Garden di Sungai Petani Kedah, boleh terus baca artikel ini:
Baling Mountain Garden Village
Baling, 09100 Baling, Kedah
Phone: 017-4229001 / 017-5586428
Facebook: www.facebook.com/bmgardenvillage
Instagram: www.instagram.com/balingmountaingardenvillage
Semasa di Baling, kami menginap di Baling Mountain Garden Village yang memang berada di kaki Gunung Baling. View dan vibe disini sangat menarik dan cantik terutamanya pada waktu siang sebab betul-betul boleh nampak Gunung Baling dibelakang.
Lokasi Baling Mountain Garden Village yang terletak di tengah-tengah pekan Baling merupakan sebuah lokasi yang sangat baik sebab dekat dengan banyak kedai dan tarikan yang ada di Baling contohnya chalet ini dekat dengan Gunung Baling dan Gua Sireh.
Fasiliti bilik di Baling Mountain Garden Village pun lengkap dengan keperluan asas seperti toiletries, tuala, memang dah disediakan. Barang elektrik seperti peti sejuk, cerek air elektrik, mandian air panas, seterika dan papan seterika dan televisyen bersama dengan servis satelit turut disediakan.
Sebenarnya, saya suka dengan design konsep English disini. Bila masuk je, terasa yang dekorasi disini memang lain daripada yang lain. Yang ada anak kecil tu, boleh juga enjoy main di kolam renang mini yang ada disini.
TARIKAN MENARIK DI BALING, KEDAH
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah
Contact: 04-4731024
Antara salah satu tarikan yang juga merupakan pilihan ramai orang Baling untuk melawat adalah di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ataupun Ulu Legong Hotspring. Menariknya, disini ada 4 jenis kolam untuk korang cuba:
🌸 Kolam Utama: Merupakan kolam yang terbesar, tapi tak boleh mandi di kolam ini sebab suhu yang tinggi yang boleh mencecah sehingga 50°C.
🌸 Kolam Dewasa: Ada 4 jenis kolam macam ni dengan suhu yang boleh mencecah sehingga 40°C.
🌸 Kolam Wanita: Khas untuk pengunjung wanita sebab kawasan kolam ini terhalang dari pandangan sebab ada penghadang.
🌸 Kolam Kanak-Kanak: Kolam ni tak dalam dan sesuai untuk kanak-kanak bermain, tambah lagi suhu maksima disini adalah 39°C.
Salah satu perkara yang saya suka di Ulu Legong Hotspring adalah sebab mudah sangat nak cari makanan. Kat sini ada banyak kedai dan gerai yang jual makanan berat dan makanan ringan dengan harga yang sangat berpatutan.
Selain daripada menawarkan perkhidmatan kolam air panas, korang juga boleh bermalam di bilik yang ada di Ulu Legong Hotspring. Tapi nak cakap siap-siap lah, better korang buat tempahan sebab tak banyak bilik yang ada untuk korang tempah.
Fasiliti bilik memang basic dengan keperluan asas biasa. Berbaloi la dengan harga dia, dan juga termasuk dengan bayaran tiket masuk. Kiranya, jimat juga boleh mandi kolam air panas dan rileks didalam bilik, pastu sambung mandi semula XD
Titi Hayun Lubuk Pedati
Kampung Lubuk Pedati, Baling, Kedah
Satu lagi port yang cantik dan sesuai untuk korang lepak sambil menghayati suasana semula jadi adalah di Lubuk Pedati yang terletak di Kampung Lubuk Pedati, Baling. Kat sini ada satu jambatan gantung atau orang sini panggil "Titi Hayun".
Sejarahnya, jambatan tu dulu dibina untuk keperluan orang kampung untuk seberang sungai, dulu pun pakai buluh saja. Dalam 4 kali juga deorang bina semula jambatan buluh tu sejak 8 tahun lalu, sebab ada banjir yang hanyutkan titi tu.
Dan sebab tu, sekarang deorang bina jambatan menggunakan kayu yang lebih kukuh dan tinggi. Material yang dipakai pun guna besi, dawai kabel, kayu dan papan dengan kedudukannya lebih 30 kaki tinggi dari paras air sungai.
Titi hayun sepanjang lebih 100 meter ini boleh dinaiki oleh seramai 10 orang dalam satu-satu masa dan yang paling best, naik pun percuma sahaja. Tapi kalau korang nak bantu derma untuk kegunaan pembaikan jambatan tu, boleh sumbangkan di tabung dekat titi ni.
Galeri Rundingan Baling
Bersebelahan Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Kampung Banggol Lada, 09100 Baling, Kedah.
Waktu operasi: Setiap Ahad (10.00am - 5.00pm)
Bayaran masuk: Percuma.
Galeri Rundingan Baling mula dibuka sejak dari 7 Januari 2024 dahulunya dikenali sebagai Galeri Putra yang dikendalikan dibawah Muzium Negeri Kedah. Galeri seluas 1,500sqft ini dibaikpulih dan ada banyak penerangan, diorama serta tayangan dokumentari tentang Peristiwa Rundingan Baling.
Rundingan Baling yang berlaku pada 28 dan 29 Disember 1955 merupakan sebuah tarikh bersejarah Malaysia dalam usaha menamatkan pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM). Walaupun usaha ini tidak berjaya, tapi ini merupakan titik mula sejarah kemerdekaan kita.
Rundingan ini melibatkan pihak Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dato’ Sir Tan Cheng Lock dan David Marshall dengan pihak PKM yang terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
Weng Valley
Felcra Berhad Kawasan Weng, Baling, Kedah
Contact: 019-6723392
Weng Valley diusahakan oleh penduduk kampung setempat dengan niat untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan income penduduk kampung dengan aktiviti dan fasiliti dengan tema dalam kampung. Specialnya Weng Valley sebab terletak didalam ladang kelapa sawit.
Kawasan Weng Valley yang seluas 55 hektar ini dijadikan kawasan rekreasi dan pengunjung dapat buat pelbagai aktiviti dan riadah bersama dengan keluarga dan rakan-rakan seperti mandi kolam renang, berlayak, ATV keliling kampung dan mencuba makan makanan lauk kampung.
Antara tarikan lokasi di Weng Valley adalah:
🌸 Kolam Renang,
🌸 Ladang Lebah Kelulut Weng Valley,
🌸 ATV di Weng Valley,
🌸 Berkayak di Tasik Weng Valley,
🌸 Ladang Timun Weng Valley
🌸 Lihat rumah kampung Weng Valley,
🌸 dan banyak lagi.
Baca lagi tentang [Ada Apa di Weng Valley Baling Kedah]
DUSUN TOK WAK DESA
DUSUN TOK WAK DESA BALING
Jalan Ulu Legong, K702, Kampung Kuala Kedua, Ulu Legong,
Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah.
Contact: 019-5088258 (Pak Long)
Kalini saya nak bawa korang untuk explore sebuah camping site yang popular di Baling, Kedah iaitu Dusun Tok Wak Desa Sentosa. Dusun Tok Wak Desa sebenarnya dah memang popular dalam kalangan penduduk di Baling sebab telah dipromosikan oleh pemilik campsite ini, Pak Long.
Camping Site di Dusun Tok Wak Baling Kedah
https://www.nurulzayani.com/2024/01/camping-site-dusun-tok-wak-desa-baling-kedah.html
Gunung Baling
Pejabat Pendakian Gunung Baling, Baling, 09100 Baling, Kedah
Contact: 04-4701803
Orang cakap, tak lengkap trip ke Baling kalau tak sempat naik ke Gunung Baling. Gunung ini bukanlah gunung yang paling tinggi di Baling, tapi sebab nama Gunung Baling, makanya wajiblah kami tawan Gunung Baling dalam trip kalini.
Gunung Baling merupakan gunung batu kapur termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops. Dengan ketinggian 546 meter dari paras laut, Gunung Baling ada banyak gua - gua batu kapur kat sini. Even masa perjalanan pun salah satu checkpoint adalah Gua Kambing.
Trek mendaki dia sederhana dengan banyak laluan berbatu yang kena panjat. Kami mengambil masa dalam 2jam naik dan 1.5jam turun. Itupun ada la few times berhenti sebab dah tak larat, tapi masih gagahkan diri untuk teruskan.
Jemput baca [Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah]
Gua Sireh
MVMQ+8Q Gua Sireh, Kampung Padang Che Mas, 09100 Baling, Kedah
Phone: 013-4114325
Waktu operasi: Setiap hari (9.00am - 4.30pm)
Bayaran masuk: RM15.00/ seorang.
Gua Sireh yang terletak di Kampung Padang Che Mas, di Bukit Wang ini adalah merupakan gua batu kapur yang telah wujud sejak 16,000 thaun lalu dengan keluasan mencecah 192 meter dengan ketinggian lebih kurang 60-80 meter.
Gua yang diuruskan oleh Koperasi Ekopelancongan Gua Sireh, dibawah Kerajaan Negeri Kedah kini boleh didaki sendiri sebab dihiasi lampu neon yang berwarna-warni menghiasi dinding gua. Secara purata, korang boleh habiskan pendakian dan eksplorasi gua ini dalam masa 2 jam.
Didalam Gua Sireh, korang boleh nampak dinding gua kelihatan berombak-ombak, batu besar berbentuk sireh junjung, formasi stalagmite dan stalaktit berbentuk singa, perahu patah, orang bertapa dan batu yang berbunyi seperti gong dan banyak lagi.
For Chinese infos about Gua Sireh in Baling Kedah, please read here :
Petubuhan Kebajikan Anak Yatim Umu Sabariah
Charok Sik Mukim, Pulai, 09100 Baling, Kedah.
Contact: 017-4660678 (Pejabat) | 019-4745388 (En.Sukri)
Trip kalini lebih bermakna sebab kami sempat kumpul dan sumbangkan sedikit hadiah untuk Pusat Jagaan Petubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/ Miskin Umu Sabariah. Dalam pada kita gembira, jangan dilupa juga mereka yang kurang bernasib baik.
Selain daripada sampaikan sumbangan yang dikutip, kami juga berpeluang untuk beramah mesra dan dengan kisah cerita anak-anak yang tinggal disini. Rupanya ada lebih kurang 51 orang anak-anak yang berumur dari 3-17 tahun disini.-
Sempena dengan kedatangan Bulan Ramadan yang akan tiba, Rumah Anak Yatim Umu Sabariah memohon sumbangan dari orang ramai yang berniat untuk memberi bantuan atau sumbangan dari segi kewangan untuk anak-anak ini berbuka puasa.
Jumlah yang diperlukan: 51 orang x RM16.00 = RM816.00
Jumlah yang diperlukan untuk persiapan Syawal: RM300 x 51 orang = RM15300.00
Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Petubuhan Kebajikan Anak Yatim Umu Sabariah:
✅ CIMB Bank: 02050000453104
✅ Bank Islam: 02048010051838
✅ Maybank: 552107608991
Derma di Petubuhan Kebajikan Anak Yatim Umu Sabariah |
List Kedai Restoran Makanan Sedap di Baling Kedah:
⭐ Sarapan di M Idaman Cafe, Baling
⭐ Makan malam di Nasi Kukus Ayam Penyet Berempah Maklang Matli, Baling
⭐ Sarapan dan Makan tengah hari di Warung Mat Noi Roti Bakar Route 67, Baling
⭐ Makan tengah hari di The Warong Santai Santai, Sungai Petani
⭐ Beli ole-ole Nazariah Cendawan Pekasam, Baling
Korang boleh jemput terus baca artikel [Kedai Makan Sedap & Best di Baling, Kedah] untuk baca dengan lebih lanjut lagi tentang kedai dan restoran makanan yang sedap, murah dan best di Baling Kedah.
Port makan sedap di Baling Kedah |
Kedai makan di Baling Kedah |
Kedai makan di Baling Kedah |
Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip QTT x KembaRojak To Baling yang berlangsung pada 13-17 Januari 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan team KembaRojak.Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh yang menjayakan FAM Trip QTT x KembaRojak To Baling.#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #qttgrouptravel #naturebasedtravelers #kolaglobaltravel
Zayani Zulkiffli.
0 Comments