Tuesday, April 3, 2018

Pengalaman Pertama Kali Mencandat Sotong di Perlis

Assalamualaikum korang,

Blogpost kali ni merupakan blogpost yang paling saya tak sabar nak carita, Pengalaman Pertama Kali Mencandat Sotong di Perlis. Tak pernah terfikir seumur hidup saya akan dapat peluang untuk mencandat sotong. 

Buat pulak, saya yang mencadat dan dapat tangkap sendiri sotong tu, dan boleh masak fresh! Bayangkan feeling mencandat tengah malam, demi mencari seekor sotong untuk masak sotong soreng celup tepung. Nelayan sangat.


Alang-alang kami check in di homestay di Kuala Perlis, malam tu dalam sekitar jam 9 malam, kami pun ke jeti Kuala Sungai Baru, yang terletak di sempadan negeri Kedah dan Perlis. Lepas deal dengan abang bot kat situ, maka kami pun bersiap untuk mencandat.

Port best mencandat sotong adalah di Tukun Rahsia Utara, Kuala Sungai Baru, Perlis.

Aktiviti mencandat kat sini deorang cas harga dalam RM650- RM700 satu bot. Boleh naik dalam 5-6 orang. Memang confirm akan dapat sotong dan semua hasil tu kita boleh bawak balik dan akan ada paling kurang seekor ikan yang deorang akan pancing.

Kapten bot kami ini sebenarnya merupakan seorang ustaz!



Paling saya teruja, bot sekarang dah moden, siap pakai ada pakai gps untuk cari lubuk dan bot lain. Deorang dah siap-siap tahu port yang mana banyak sotong dan port mana yang tak ramai orang untuk lepak mencandat.

Masa ni lah saya tengok macam mana nelayan ni setup untuk tangkap sotong. Bukan senang, kita tau nak makan dan mintak yang murah saja. Nak set-up lampu semua ni dah makan kos dekat beribu-ribu, dengan makan banyak masa lagi.

Nelayan keluar pada waktu tengah malam, untuk mencandat sotong tengah laut demi mencari rezeki macam ni, kerja yang memang mencabar dan memenatkan. Tak masuk bahaya laut lagi.



Aktiviti candat ni, korang kena cuba paling kurang sekali seumur hidup. Baru korang faham kenapa orang suka pergi memancing. Jujur cakap, memang bosan masa memula tu, tapi bila dapat seekor, punya lah excited sampai rasa macam tak nak balik dan walau duduk kat laut dekat 5 jam.

Mabuk? Ala, takkan tak biasa naik bot. Alhamdullilah so far saya ok je, takde mabuk pape. Tips: Jangan makan banyak sebelum aktiviti tu, cukup setakat roti dan gula-gula alas perut. Pening sebab bot berhenti tengah laut, dengan ombak dia.



Nampak ada 3 jenis lampu untuk aktiviti mencandat. Lampu dia macam traffic light juga, sebab ada lampu merah, kuning/ putih dan hijau. Selalu kalau tengah lepak tepi pantai nampak lampu hijau tu, tengah mencandat sotong lettew.

Fungsi warna lampu pada aktiviti mencandat sotong. Pemakaian lampu kena ikut turutan ya.

1) Hijau: Tarikan kepada sotong untuk datang lepak kat bawah lampu, tapi hanya pada dasar laut.
2) Kuning/ putih: Tarikan kepada sotong untuk berkumpul pada satu kawasan yang lebih kecil, selepas lampu hijau tapi pada dasar juga.
3) Merah: Tarikan kepada sotong untuk naik keatas selepas tertarik dengan lampu tadi. Selalu dipakai untuk proses menjala, memang boleh nampak sotong tu dipermukaan laut.


Zaman dahulu, bila nak mencandat, hanya pakai satu tali pancing dengan mata kail, tapi sekarang untuk memudahkan dan untuk keselamatan sebab ramai orang tangan luka terpotong tali, maka dah pakai joran. Lebih mudah juga sebenarnya.

Saya tak biasa sangat dengan aktiviti macam ni, tu yang nak cuba. Sebab ada orang dah dapat 2-3 ekor sotong dan saya hanya dapat sesungut janggut sotong je, itu yang bertambah semangat nak dapatkan sotong sendiri. 

Bila dah dapat tuu, memang seriously excited sangat! Feel dia, tak tahan nak senyum sepanjang masa, rasa macam baru menang anugerah. Haha.



Tengok muka saya bila dapat tangkap sotong. Sebenarnya, tak mudah candat sotong. Untuk orang yang tak biasa memancing atau mencandat sotong macam saya, susah nak dapat feel dan rasa yang patut rasa tu.

Kadnag-kadang rasa macam dah dapat, tapi sebenarnya bukan sotong pun. Mungkin selut dasar laut, atau rumpai atau ikan main-main je.

Lepas dah dapat sekali, baru sensitif sikit, sotong baru nak terkena kail, dah terasa dan pandai dah. Sebab bila mencandat, kita main dengan dasar laut, kalau tak biasa, memang agak pening dengan feeling kail masuk pasir dan kail kena sotong.



Dikawasan kami candat ini, kedalaman dia dalam 6-7 meter sahaja. Sangat sesuai untuk orang yang nak mencari pengalaman mencandat sotong. Korang kena faham, ada beza sotong di Selat Melaka tak besar gedabak macam di Laut Cina Selatan.

Nak mencandat, kena tunggu air mati bukan air pasang, sebab tu ada masa yang tertentu baru boleh ke laut. Kalau sanggup, boleh tunggu kat tengah laut sampai subuh. Dapat dalam 3-4 kali air mati, lagi banyaklah hasilnya.


Kan tadi cakap, deorang akan memancing paling minima 1 kali untuk kita. Dan kita sure akan dapat seekor ikan sepanjang trip tu. Maka, kami dapat dalam 2 ekor ikan, paling besar ikan pari ni. Tengoklah, besar betul. Balik malam tu buat BBQ fresh sangat. 

Sotong pun banyak dapat. Lebih daripada 100 ekor dengan berat lebih kurang 5 kilogram. Not bad untuk kami yang kebanyakan pertama kali belajar mencandat sotong. Itu pun pergi masa bukan musim dia. Bayangkan kalau pergi masam musim sotong?

Overall memang happy sangat dengan peluang dan pengalaman yang saya dapat. Tak pernah terfikir yang saya akan buat benda macam ni dengan kawan-kawan blogger dan media lain.




Sewa Bot Candat Sotong 
Kuala Sungai Baru, Perlis
Contact: 016-4618115 (Saiful)


Entry ini diterbitkan sempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri 4 -  Zon Utara anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Till then,

20 comments:

  1. Waaa baru mommy tau macam mana nak candat sotong baca entry ni..tahu dah mesti tak tak mudah..tapi tu lah mata pencarian mereka kan..kerja lain pon ada cabaran dan bahaya..seronok nurul dapat candat sotong

    ReplyDelete
  2. Best nya candat sotong..tak penah try lagi tp mak ade ckp best activity ni..tp jauh la pulak smpi ke perlis..if ada kat area selangor blh la nak try kan..bwk satu family lps tu sotong ru blh buat sotong grg tepung perghhhh sedappp

    ReplyDelete
  3. Alaaaa..seronoknya...next time kalau ada lagi trip akak nak join please..seronok tgok zayani dan otomen candat sotong...kalau dah dapat hasil lumayan macam tu sure best kan...megah dengan diri sendiri...boleh tahan besar gak sotong tu..mana gambar hasil dah bbq?

    ReplyDelete
  4. wow~ interesting experience... boleh mencandat sotong macam ni... very nice...

    ReplyDelete
  5. bestnya pengalaman mencandat sotong ni. Dah dapat tangkap, bawak balik rumah pulak tu. Tak da nak berkira macam beli kat pasar. sedap ni masak sambal.

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat pengalaman mencandat sotong ni. Teringin sangat nak cuba. Nanti boleh ajak famili mencandat sotong. Suka sangat bab-bab ni.

    ReplyDelete
  7. Meriahlah makan sotong ye. Dpat bawa balik semua sotong yang dicandat memang berbaloi lah. Pertama kali juga tau ada pakai GPS! Best2 pengalaman macm ni tapi takut dok tengah laut.

    ReplyDelete
  8. Wah .bestnya dapat pengalaman mencandat sotong ni . At least ada ilmu baru . CCL yang stay perlis ni pun tak pernah lagi berpeluang mencandat sotong

    ReplyDelete
  9. pernah jugak org offer candat sotong ni. nampak best, tp tu lah.. tak minat. hehe

    ReplyDelete
  10. Bestnya mencandat sotong pengalaman yang menarik tak pernah cuba tapi tak mabuk laut ker lama-lama kat tengah tu kalau kejap-kejap naik boat ok jer...

    ReplyDelete
  11. Wah seronoknya candat sotong..teringin jugak nk wat aktiviti mcm ni tapi memandangkan anak2 kecik lagi..kena lupakan dulu keinginan

    ReplyDelete
  12. Bestnya dapat peluang mencandat sotong. Tak semua orang dapat peluang macam ni. Cas harganya pun berpatutan. Bolehlah share sikit sorang dengan ahli-ahli lain. Boleh tahan besar ikan pari tu ye..

    ReplyDelete
  13. Wahhh bestnya mencandat sotong. Sis x pernah rasa mencandat ni. Satu pengalaman berharga sangat kan.

    ReplyDelete
  14. Is not easy to catch a squid. I can't imagine how long you been sitting there just to catch one squid. Really need a lot of patience.

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya zayani candat sotong.pengalaman best ni.teringin juga nak merasa candat sotong

    ReplyDelete
  16. This is a great experience. Too bad I missed out this trip or else will be joining you too feel this moment...

    ReplyDelete
  17. seronok kan kalau dapat pengalaman macam ni. rasanya last mencadat masa zaman belum kahwin dulu. bersengkang mata menunggu sotong hahaha

    ReplyDelete
  18. wah... seronoknya, fotonya juga bagus-bagus.

    ReplyDelete
  19. wow...that looks like fun and something that will definitely take some test of patience..haahha...wouldn't mind trying this kind of activity once in awhile...

    ReplyDelete
  20. Salam awak, firstly gambar awak masa tengah gelap tu memang wowww! lawa gambar! and lampu tu nama dia holagen bulb, dia ada banyak jenis holagen/sodium bulb yang watt dia tu panas yang amat dan terangkan? Rupanya lampu jenis gitu banyak fungsi dia. Baru tahu. So far onie pun tak pernah lagi mencandat sotong, nanti nak kena try at least sekali seumur hidup,ehehe. maaf awak kita lambat balas kunjungan awak :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^