Norman Hakim Duta Produk Ecolite Waist Tonic

Assalamualaikum dan hai korang!

Tahutak korang, seramai 70% orang dewasa di Malaysia mesti akan ada sakit pinggang sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka disebabkan gaya hidup kita. Buat pula musim lepas COVID-19, musim lepas bekerja dari rumah, asyik duduk saja kan.

Selepas kejayaan produk Ecolite yang lepas [The Joy of Life: Minuman Kolagen Sarang Burung], kalini, Ecolite berjaya mengeluarkan satu lagi produk penjagaan diri dan kesihatan yang terbaru, Ecolite Waist Tonic.

Ecolite Waist Tonic merupakan supplement jenis liquid yang diformulasikan menggunakan gabungan 17 herba tradisional termasuk Tongkat Ali Physta® yang mampu membantu  melegakan sakit belakang, pinggang dan keletihan selain daripada melancarkan peredaran darah.


Ecolite merupakan sebuah jenama produk penjagaan kesihatan yang telah berada didalam pasaran Malaysia sejak dari tahun 1996 lagi. Ecolite juga merupakan salah satu syarikat yang ada kilang tersendiri yang terletak di Batu Pahat, Johor.

Tak mudah sebenarnya nak hasilkan Ecolite Waist Tonic sebab nak kena buat kajian bertahun-tahun tentang keselamatan penggunaan, dos yang selamat, keberhasilan produk, gabungan bahan herba dan siapa yang sesuai ambil tonik ni.

Nasib baik Kilang Ecolite dilengkapi dengan pusat R&D, peralatan canggih dan kawalan kualiti. Maka mudah dan pantas untuk mereka dapatkan hasil yang mereka mahu. Produk ini turut juga mendapat pensijilan GMP, HACCP, MeSTI, VHM dan Halal daripada JAKIM.



Antara 17 bahan aktif isi kandungan yang ada didalam Ecolite Waist Tonic termasuklah:

✔ Ekstrak Tongkat Ali Physta® - Membantu mengurangkan sakit belakang, mengurangkan stress, meningkatkan stamina dan membantu mengawal tahap hormon.
✔ Cortex Eucommia Ulmoides - Membantu merawat sakit belakang, kaki dan lutut serta membantu menguatkan tulang dan otot.
✔ Cordyceps Sinensis - Membantu melancarkan peredaran darah, menguatkan badan dan meningkatkan tenaga.
✔ Radix Achyranthes Bidentata - Membantu melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot.
✔ Radix Panax Ginseng (American Ginseng)-  Membantu membuang haba dalam badan.
✔ Rhizoma Lingusticum Chuanqiong - Membantu membuang angin dalam badan dan mengurangkan sakit.
✔ Achyranthes,
✔ Psoralea
✔ dan banyak lagi.

Cara pengambilan Ecolite Waist Tonic:

⭐ Untuk mengurangkan kesakitan → 1 paket (30ml), 2 kali sehari sebelum makan.
⭐ Untuk penjagaan kesihatan harian → 1 paket (30ml) sehari.

* Ecolite Waist Tonic tidak sesuai diambil melebihi had yang dibenarkan dan kondisi kesihatan seperti ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit yang ada tekanan darah tinggi dan kencing tidak digalakkan untuk ambil tonik ini kecuali atas nasihat doktor.



Suplemen Ecolite Waist Tonic digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit belakang, pinggang dan melegakan keletihan sambil melancarkan peredaran darah. 

Antara kebaikan pengambilan Ecolite Waist Tonic:

⭐ Meningkatkan sistem imunisasi badan.
⭐ Membantu mengurangkan tahap stress.
⭐ Membantu mengurangkan lemak.
⭐ Membantu meningkatkan stamina dan kecergasan badan.
⭐ Membantu mengekalkan tahap hormon yang stabil dan sihat
⭐ Membantu meningkatkan kesuburan.

Kandungan Tongkat Ali Physta® yang telah dipatenkan didalam Ecolite Waist Tonic juga telah diuji dan terbukti mengikut piawaian melalui 15 kajian klinikal dan 9 kajian toksikologi untuk menentukan dos yangs elamat diambil oleh pengguna.


Norman Hakim sebagai Duta Produk Ecolite Waist Tonic

Terkenal sebagai seorang selebriti, bapa dan suami yang selalu mengamalkan gaya hidup sihat, Norman Hakim telah dipilih sebagai duta produk Ecolite Waist Tonic. Katanya, dah dekat 6 bulan Norman ambil tonik ini dan memang ada nampak kesan positif pengambilan Ecolite Waist Tonic.

Disebabkan gaya hidup yang aktif dengan tawaran belakon, dan juga aktif didalam sukan seperti gimnasium dan berbasikal, Norman kadang-kadang selalu juga sakit belakang, pinggang dan lutut tapi dah makin kurang lepas amalkan Ecolite Waist Tonic.

Tahniah saya ucapkan kepada Norman Hakin dan Ecolite atas kolaborasi ini.


Norman Hakim Duta Produk Ecolite Waist Tonic


Ecolite Waist Tonic kini boleh dibeli di semua cawangan Guardian dan farmasi diseluruh Malaysia. Selain itu, Ecolite Waist Tonic juga boleh didapati secara dalam talian di laman web Ecolite untuk dapatkan tawaran promosi yang terkini.

Untuk maklumat lanjut:

Ecolite Malaysia
Website: www.ecolite.com.my/pages/ecolite-waist-tonic
Facebook: www.facebook.com/ecolitemalaysiapage
Instagram: www.instagram.com/ecolite_malaysia

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

7 Comments

Bae Roslan said…
tahniah norman hakim atas perlantikan duta ecolite..moga terus sukses bersama ecolite
Rawlins GLAM said…
Rawlins pun nak check Ecolite out sebab nak tingkatkan stamina dan kesihatan, almaklum saya dan Norman Hakim ala-ala sebaya hahaha
Jia Shin Lee said…
Just the tonic I would love to try because of my work I selalu sakit tulang belakang, will grab some from Guardian.
Jia Shin Lee said…
Just the tonic I would love to try because of my work I selalu sakit tulang belakang, will grab some from Guardian.
仙妮 said…
Wowo ...congrats of the ambassador appointment & thanks for sharing about this body ache cure. Will check out . Cheers Siennylovesdrawing
tahniahhhh... norman hakim.... produk ni nampak bagus esp pd mereka yg memang mengalami mslh sakit belakang
Kitkat Nelfei said…
Good choice to go with this supplement kan dengan 17 bahan aktif yang good for us! Boleh consider this bah

FOLLOWERS