Friday, May 25, 2018

Ancasa Hotel Anjur Majlis Berbuka Bersama Anak Yatim & Asnaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai orang yang berebut-rebut nak buat baik kepada sesama saudara Islam. Besar tau ganjaran kalau bagi makan orang Islam yang berpuasa dalam bulan ini. Tak mampu ramai, sikit pun jadi lah.

Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan sumbangan pada bulan ini. 21 Mei lepas, mereka telah menganjurkan Program Berbuka Puasa selain dari memberi sumbangan dan  duit raya kepada anak yatim dan asnaf.


Menariknya, rezeki 35 orang anak- anak, pihak Ancasa Hotel akan membawa mereka untuk membeli baju raya di JAKEL MALL, Kuala Lumpur. Selain itu, sesi duit raya juga turut diadakan untuk meraikan tetamu khas ini.



Tahun ini, Pusat Jagaan Kasih Murni menjadi pilihan untuk dijemput untuk berbuka puasa disini sekaligus merasmikan Ramadan Buffet bertemakan "Kampong Boy" sempena dengan Piala Dunia 2018 yang akan datang.






Khasnya pada tahun ini adalah, pihak ADABI telah sudi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barangan keperluan asas anak-anak yatim untuk keperluan mereka sepanjang bulan Ramadan.


Untuk membaca review saya tentang buffet Ramadan tahun 2018 di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, boleh layari: www.nurulzayani.com/2018/05/tawaran-berbuka-puasa-paling-berbaloi-dari-ancasa-hotel.html

Ancasa Hotel & Spa
Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50050 Kuala Lumpur.
Contact: 03-20266060 (Ext. 7703)



Till then,

12 comments:

  1. Bagus Ancasa meraikan mereka. Happy mereka dapat berbuka di Hotel. Adabi pun bagus sebab sediakan bubur lambuk. Moga banyak lagi syarikat tampil untuk menderma ni. Usaha ini patut diteruskan.

    ReplyDelete
  2. Meriahnya majlis... Moga majlis ini memberi kegembiraan buat anak² yatim. Bagus effort pihak Ancasa dan sponsor yang lain . Harap program sebegini harus diteruskan dari masa ke semasa

    ReplyDelete
  3. Seronok Ancasa tak lupakan golongan unfortunate. Bagus bagus dapat they all merasa makanan sedap sedap.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...it's good that Ancasa did this...I surely hope many more other places will host similar buka puasa with more orphanages...last year I got to join one...sadly this year can't make it...schedule too tight..T.T

    ReplyDelete
  5. Bestnya bulan puasa ni dapat pergi program amal dengan anak yatim dan juga dapat meraikan mereka setahun sekali jer kalau dapat join pun....

    ReplyDelete
  6. Bagus Ancasa ni..saban tahun tak pernah lupakan mereka yg memerlukan. Tak silap sis dah 2 kali sis join masa diaorg panggil anak2 yatim ni tapi tahun ni tak dapat join sb clash gan hal lain..

    ReplyDelete
  7. Seronok kan Zayani dapat melihat kanak2 comel nie diraikan. Jelas terpancar keterujaan anak2 itu menerima duit raya dan baju raya dari pihak Ancasa Hotes n resorts. tambah2 dapat menikmati hidangan yg maha sedap.

    ReplyDelete
  8. Setiap tahun Ancasa memang buat bufet ramadhan sambil meraikan anak anak yang memerlukan. Makanan pun banyak jenis dan pilihan

    ReplyDelete
  9. Bestnua berpeluang iftar bersama anak yatim . Bukan selalu kn nk merasa pengalaman ni . Mereka lagi memerlukan dari kita .

    ReplyDelete
  10. best.. semoga anak2 yatim ini terus terpelihara..

    ReplyDelete
  11. Dalam bulan ramadhan ni banyak majlis bersama anak yatim memang sesuai tapi bulan lain pun kena ambil tahu juga kan.tapi program macam ni memang bermanfaat

    ReplyDelete
  12. This is a great CSR event. Hope more and more hotels could provide this to the under privilege one. Let them fell the same as we are too... Love it

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^