Travelog Iran: Teroka Sejarah Iran di Shiraz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang,

Nak sambung entry tentang pengalaman saya melawat negara yang jarang orang datang, Iran. Untuk korang yang nak tahu serba sedikit tentang Iran, boleh baca blogpost pengenalam saya di LINK: Travelog Iran: Pengalaman ke Negara Parsi, Iran.

Untuk hari pertama selepas sampai di Tehran, kami terus ke selatan Iran dengan menaiki kapal terbang sebab nak mula mengembara ke bumi Persia dari selatan ke utara. Senang juga nanti nak balik Malaysia dari lapangan terbang Tehran.

Selama lebih 2000 tahun lamanya, Shiraz terkenal sebagai pusat bandar Persia pada zaman Dinasti Zand dahulu seterusnya dimana sejarah Islam lama bermula.



SHIRAZ, IRAN

Shiraz terletak di daerah paling selatan di Iran. Merupakan salah satu daripada 5 bandar yang paling popular dan merupakan bandar yang paling lama di Iran. Shiraz ini terkenal dengan nama bandar penyair mereka, poetry dan bunga yang cantik.

Shiraz merupakan sebuah bandar yang penuh dengan sejarah, tapi senibina kat sini memang lain dari bandar yang lain sebab Shiraz punya monumen sejarah dan seni buna banggunan disini adalah dalam bentuk taman bunga.


Musim yang kami kesana adalah pada musim bunga. Jadi memang banyak pokok bunga yang tengah mengembang. Bayangkan, pokok bunga mawar macam tu je tanam kat divider jalan, lepas tu segar-segar pula tu. Tulip dan lavender jangan cakap lah, cantik je.

Kat sini memang banyak bunya yang ditanam tepi jalan macam ni. Sebab itu nama lain Shiraz adalah Bandar Bunga atau Bandar Taman sebab merata-rata ada je bunga dan tumbuhan. Roundabout pun cantik sampai mereka berkelah kat situ.

Gambar kat bawah adalah pokok buah oren yang saya jumpa dalam taman monumen sejarah mereka. Elok-elok je buah oren dia naik. Pertama kali jumpa pokok buah oren, tinggi rupanya. Rasa buah oren kat sini pun manis-manis je.





Makam Hafez (Tomb of Hafez)

Makam Hafez dibina pada tahun 1935 oleh arkitek yang bernama Andre Godard dan merupakan sebuah lokasi yang menjadikan Shiraz ini unik dan lain daripada bandar yang lain di Iran. Tempat sini dikelilingi dengan kolam, pokok dan jalan-jalan kecil.

Sejarahnya, orang di Iran, mereka sangat menyanjungi seorang ahli puisi yang bernama Hafez. Hafez ni asal dia dari Shiraz. Mereka anggap setiap puisi dan sajak yang ditulis oleh Hafez ni macam satu doa sebab kata-kata dan ayat yang digunakan tu menusuk kalbu sesiapa yang baca.

Orang Persia sangjung Hafez ini bukan sebab ayat dalam puisi dia semata-mata, tapi sebab dia pandai ambil hati pengikut dia dengan puisi berbentuk nasihat, kasih-sayang, kepercayaan, kehidupan dan banyak lagi.



Pengikut dia punya lah taksub sampai letakkan hasil tangan ayat-ayat dia tu, jadikan frame letak di dinding rumah, letak dalam dompet seolah-olah nak berdoa dengan bacaan tu.

Masa saya datang, ingatkan tulisan ayat Al-Quran yang diukir pada batu kubur tu, tapi tak. Rupaya ayat panjang-panjang itu merupakan antara koleksi hasil tangan Hafez. Kalau tak faham bahasa yang ditulis tu, boleh tanya orang lokal je.



Tomb of Haft Tanan (Muzium Batu)




Shah-e-Cheragh Shrine

Shah-e-Cheragh Shrine merupakan sebuah tempat yang terkenal dan terletaknya kubur adik beradik Ahmad dan Muhammad. Mereka berdua ni pada zaman dulu, telah ditangkap sebab pengganut Shiah dan telah melepaskan diri daripada dihukum bunuh semasa zaman Abbasid. 

Lepas tu dalam abad ke 14, Permaisuri Tashi Khatun telah mengarahkan pembinaan masjid dan kelas pengajian yang menukarkan Shah-e-Cheragh Shrine kepada pusat pengajian agama. Kat sini, mereka belajar semua agama seperti Islam, Kristian, Shiah dan lain-lain.

Masa datang haritu, alang-alang dekat dengan waktu maghrib, sempat juga dengar bacaan ayat-ayat Al-Quran. Menariknya disini, ada masa-masa tertentu untuk setiap agama gunakan ruang yang disediakan.



Bahagian luar shrine ni dibina dengan senibina kubah berbentuk bawang yang popular di Iran dengan menggunakan beribu cebisan jubin. Tempah ni macam istana sebab ada pagar besar, bahagian luar, bahagian dalam dan kubur adik beradik Muhammad tu.

Kat bahagian luar pun dah cantik, bahagian dalam dia lagi cantik. Pernah dengar sebuah masjid di Iran yang ada kaca kristal? Ha itulah Shah-e-Cheragh Shrine. Ada berjuta kepingan cermin kaca yang digunakan untuk pembinaan sebahagian dalam masjid ni.




Masjid Nasir al-Mulk (Nasir al-Mulk Mosque)

Sejarahnya, Masjid Nasir-al-Mulk telah dibina di Shiraz pada tahun 1888. Walaupun masjid ini bukanlah masjid yang  besar, tapi merupakan antara lokasi tarikan yang popular di Shiraz.

Nasir-al-Mulk, atau lebih dikenali dengan nama Masjid Pink/ Pink Mosque dibina dengan menggunakan senibina dan seni arkitektur yang sangat unik. Bahagian pintu dan tingkap masjid ini dibina dengan menggunakan kaca berwarna warni supaya cahaya matahari dapat masuk.

Kalau korang jenis yang suka dengan senibina, korang mesti akan terpesona dengan penggunaan jubin, mozek, rekabina dan kaca yang mereka pakai untuk membina masjid ni. Memang terpukau.


Untuk pengetahuan korang, Masjid Nasir-al-Mulk dapat nama Pink Mosque bukanlah dari sinar cahaya pink yang masuk semasa waktu matahari terik, tapi sebab warna jubin yang ada pada dinding sekeliling masjid ini.

Saya cadangkan, nak datang sini baik datang pada awal pagi atau semasa waktu makan tengah hari sebab tempat ini memang padat dengan orang. Lagi satu, masa ini lah baru ada cahaya matahari cantik untuk bergambar.





Taman Eram (Eram Garden)

Salah satu tarikan yang paling popular di Shiraz adalah taman bersejarah Persia, Taman Eram. Dengar sejarahnya, taman ini dah wujud sejak dari abad ke 11-14 semasa Dinasti Seljuk dan selepas itu dibaikpulih pada oleh kerajaan Dinasti Zand. 

Eram dalam bahasa Persia membawa maksud 'syurga'. Kalau korang datang ke taman ni, korang akan nampak cantik dan banyak bunga yang unik, sesuai sangat dengangelaran nama taman syurga yang diberikan pada Taman Eram.

Taman Eram kini merupakan sebahagian daripada Taman Botani Shiraz yang diuruskan oleh Universiti Shiraz. Taman Eram ini telah diletakkan di bawah Tapak Warisan Dunia UNESCO.


Selain daripada pelbagai bunga yang cantik dan unik seperti bunga tulip, lavender, mawar dan pokok serta tumbuhan yang dah ada sejak beribu thaun dahulu, kat sini juga ada satu rumah agam yang merupakan pusat taman ni.

Siapa yang datang mencari tulip, kena singgah ke Taman Eram sebab boleh tengok tulip pelbagai warna. Nota: Tulip tak kembang sepanjang masa, ada musim dia.



Karim Khan Citadel

Karim Khan Citadel dibina pada pada abad ke 18, Dinasti Zand. Juga dikenali sebagai Istana Karim Khan merupakan sebuah banggunan tempat tinggal Karim Khan dan banyak pemerintah yang lain serta sebagai, pusat militari pada zaman dinasti lain.

Dengan pagar yang berketinggian 14meter, senibina arkitektur citadel dibina seperti kubu dengan penggunaan batu-bata dengan hiasan yang sangat minima sampai setiap perubahan zaman, mesti ada pemerihtan nak ubah sikit dinding citadel ni.




Bazar Vakil (Vakil Bazaar)

Vakil Bazaar merupakan sebuah bazar yang terbesar dan paling popular di Shiraz. Rugi kalau ke Shiraz tapi tak singgah membeli barang di sini. Vakil Bazaar yang diusahakan oleh Karim Khan memang dah wujud sejak dari abad ke 11 lagi. Dulunya, deorang nak buat bazar ni sebab nak majukan Shiraz sebagai tempat untuk perdagangan.

Saya suka tengok senibina bazar ini, diperbuat daripada bata dan batu kapur, merupakan antara bazar yang terunik dan cantik di Iran. Kat sini bukan saja ada kedai menjual barang, tapi ada taman bunga, tempat duduk dan pancuran air.

Jangan lupa usha karper Parsi, barangan antik, manisan, kekacang dan rempah ratus kat sini. Kalau penat jenjalan pusing bazar ni, boleh lepak kat restoran dan cafe cuba makanan Iran.





Muzium Naranjestan (Naranjestan Museum)




Persepolis

Persepolis merupakan sebuah pusat pemerintahan semasa Empayar Achaemenid. Sayangnya Persepolis yang asalnya telah runtuh masa berakhirnya zaman pemerintahan Empayar Achaemenid. Kita bernasib baik sebab dapat juga tengok hasil sejarah zaman batu.

Di dalam Persepolis, ada banyak struktur banggunan dibina. Ada pintu masuk utama Gate of All Nations, Dewan Besar Apadana, Istana Tachara dan makam.

Banggunan paling penting adalah pintu Gate of All Nations, yang dahulunya, setiap orang yang nak masuk ke Persepolis pasti akan lalu di pintu ini dan dikenakan bayaran, macam tol. Duit itulah yang akan digunakan untuk membaik pulih kota Persepolis.


Untuk mereka yang macam saya, tak familiar dengan sejarah ketamadunan manusia dan tak tahu baca cerita sejarah berdasarkan lukisan yang ada di dinding banggunan di Persepolis, eloklah ambil tour guide. Nasib baik saya datang dengan pakej lengkap bersama HOSTravel.

Lepas dengar cerita tentang zaman pemerintahan mereka, mesti korang kagum dengan orang zaman dulu. Bukan sahaja ada cerita tentang Empayar Achaemenid, tapi ada cerita tentang 23 puak tentera yang terdiri dari orang Turki, Arab, Ethiopia, Assyria, Parthia, Bactria dan askar Ionia.

Ukiran lukisan yang ada di dinding menceritakan banyak benda, ada bahagian yang cerita tentang askar Persian dan Median, macam mana mereka kekalkan persahabatan, berbuat baik dan persefahaman untuk terus hidup aman selama berabad lamanya.




Naqsh-e Rostam Necropolis

Necropolis yang terletak lebih kurang 12KM dari Persepolis membawa maksud makam atau kubur besar. Naqsh-e Rostam adalah nekropolis kuno Iran, salah satu tapak purba suci selama beribu-ribu tahun pada waktu itu.

Disini, terletaknya makam 4 raja zaman Empayar Achaemenid. Makam-makam ini terletak tinggi di tebing gunung batu yang diukir. Tahlah macam mana orang zaman dahulu boleh siap ukir buat makam untuk raja mereka kat batu macam tu.

Berdasarkan ukiran cerita sejarah didalam ruang didalam makam tu, ahli arkeologi percaya pemilik makam ini adalah Darius the Great, manakala lagi 3 tu anak dan cucu beliau, Xerxes, Artaxerxes I, dan Darius II.



Persepolis International Hotel, Shiraz

Selalunya hotel yang pihak agensi pelancongan HOSTravel berikan adalah hotel yang diantara 4-5 bintang. InshaAllah dah tak payah fikir tentang hotel selesa atau tidak sebab selama 9 malam saya kat Iran, semua bilik hotel selesa dan memuaskan.

Dah tak perlu risau tentang kelengkapan peribadi seperti sabun, syampu, tuala, berus gigi dan ubat gigi serta sejadah sebab memang dah disediakan di bilik hotel. Saya personally suka betul dengan gel mandian di hotel ni sebab bau dia manis macam vanilla campur coklat.




Sedikit info yang menarik tentang Iran, disini kalau korang pergi kat mana-mana, kebanyakan banggunan yang tepi jalan akan ada tempat atau batu macam gambar kat bawah. Tujuan dia mudah sahaja, untuk orang yang penat berjalan tumpang duduk.

Bagus juga idea macam ni. Iran merupakan negara yang besar, jadi nak berjalan dari satu lokasi ke lokasi yang lain memang jauh. Jadi dengan adanya tempat untuk pejalan kaki duduk berehat ni, serupa macam satu benda yang  terpuji.



Terima kasih kepada Heritage One Stop Travel atas trip yang best dan teratur. Tour guide awesome, Manije dan Ahmad. Nasib baik deorang dua ni cakap bahasa English yang tak ada slang, mudah nak faham semua info. Kudos to HOSTravel.

Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel


Jemput baca entry seterusnya:
2. Travelog Iran: Yazd & Esfahan
3. Travelog Iran: Apa Nak Buat Dalam 1 Hari di Tehran
4. Travelog Iran: Main Salji di Tochal Ski Resort, Tehran


Till then,

Post a Comment

18 Comments

Julia Mahir said…
Wow! Jarang baca org kongsi cerita pergi Iran. Seronok baca travelog ni. Best nya dapat jelajah tempat baru.
Mohd Zarin said…
MasyaAllah cantiknya sis. Tengok gambar-gambar je pun dah terpukau dan terpegun. Cantik dan tenang je dapat melawat dan belajar sejarah negara Iran. Saya harap saya dapat pergi 1 day ke sini
juju zinlai said…
untungnya dapat pergi sana. rajin pula tu nak buat research dan share kat sini. buat kita rasa macam kita pun ikut pegi sekali. nice sharing 😋
Rubiah Kadir said…
Jauh berjalan luas pengalaman kan Nurul.

Masa Nurul pergi tu musim bunga ya. Bestnya.

Cantik cantik ukiran seni bina pada masjid dan bazar yang Nurul singgah tu 😊
Aerill Hassan said…
Wah bestnya. Terima kasih kongsi ya, baru tau tentang tempat2 menarik ni. Teringin pulak nak travel, tapi belum mampu. In shaa Allah. 😊
adianiez AIDA said…
Wah. Iran. Best nyer.
Senibina nyer unik kan. Ciri2 islam. Ukiran yg ohsem. Yes jrg dgr org ke Iran. Aida x terfikir! This is actually a great place to go.
Dakwat Pena said…
Wahh seronok dpt mengembara ke Iran...2016 masa BC ke Dubai, transit di Iran...tp xkeluar laa dari airport...cuma dpt pengalaman tgk mcm mana org syiah solat kt airport tu...
Mahamahu said…
Bestnya dapat pergi Iran kita tak pernah sampai pun nak juga pergi satu hari nanti kita paling suka tengok Masjid yang ada senibina kubah berbentuk bawang tu cantik giler....
Bella Jamal said…
Memang cantik dan kagum dengan senibina bangunannya. Senibina jubin dan kaca kristal tu menarik perhatian Bella. Seronoknya Zayani dah berjalan ke sana. Ada kawan yg 3,4 kali ulang alik pergi Iran, tapi tak tertanya pula bagaimana keadaan kat sana.
Alia Farhan said…
Menarik la Iran ni.. Akak kita pun ckp Iran ni cantik. Tpi kurang popular di kalangan kita2 ni
Māmy Syu said…
Cantik cantik seni dalaman dan architecture kat iran ni ya. Ohh btw berapa nilai tukaran wang asing iran dengan ringgit malaysia ye?
Ana Suhana said…
Cantik suasana musim bunga di sana. Seni bangunan pun nampak klasik dan gah. Penuh dengan sejarah yg menarik.
MasyaAllah. Jarang-jarang nampak orang jalan ke Iran. Tak sangka ya rupanya cantik juga Iran ni. Maybe boleh letak dalam next bucket list. 😊
Atul Hamid said…
MasyaAllah, cantiknya seni bina di sana, unik sangat seni binanya.
Rezeki awak masa pergi tu musim bunga, confirm cantik & wangi2 je bunga2 tu
Seronok awak dapat tengok tempat orang, sambil travel kutip ilmu & pengalaman. Terbaik
cantiknya negara Iran. tak sangka zayani dah sampai ke sana. seronok tengok budaya sana. boleh la consider travel ke Iran lepas ni.
Sunshine Kelly said…
Wow! i have not been to Iran but heard and read that there are many scenic places there. Thanks for sharing.
aliah syafiqah said…
Cantiknya kat sana. Jarang tengok orang pegi Iran. Saya penah pergi turki je. Alhamdulilah. Nanti nak try pulak iran
Pamela Yeoh said…
wow love the architecture dia. colours is so nice and vivid. very instafriendly too . makes me wanna go visit too

FOLLOWERS